As-Salam. Waduhhh ... tercapai jugak angka RM100 untuk 3 bulan ni. Jenuh juga nak buat duit menerusi Churp Churp ni, kena ada strategi yang betul dan berkesan. Buat masa ini, tak ada cara lain selain dari melakukan apa yang sedang dilakukan - promosi iklan Churp Churp di Facebook dan Twitter.
Churp Churp Cashout - Janji Ditepati - Tips Income

Tips Dapat Duit Dari Iklan Churp Churp

Cuma ada sesuatu yang saya nampak, kalau nak promosi iklan-iklan dari Churp Churp dan dapat income yang dijanjikan, pastikan anda olah ayat anda sendiri, sebab ayat-ayat yang dah tersedia tu dah ramai orang guna, jadi dah macam tak berapa nak ada umpph sangat. Buat ayat yang ada kaitan dengan iklan yang ingin disiarkan dan jangan sesekali lupa akan hashtag (#) yang diberikan. Kalau tak, sia-sia je nanti kena penalti dan akaun anda dibatalkan oleh mereka.

Bukan tak ada kes, ada je kes di mana blogger menipu, cuba pengaruhi orang lain klik iklan Churp Churp dengan ayat yang simpang jauh dari apa yang disampaikan. Contohnya seperti ini:

Jom lihat gadis ini kena tangkap dengan JAIS, ceritanya di http://... ...

Tak kenalah begitu, dah la tak gunakan hashtag (#) pengiklan, pastu ayat sikit punya lari. Tentu orang akan kecewa bila klik pautan tu, rupanya pergi ke Churp Churp ... menipu tu namanya. Kalau tipu ... ianya adalah bohong... kan kan? Pernah dengar bidalan lama ini tak:

Siakap Senohong Gelama Ikan Duri, Bercakap Bohong Lama-Lama Mencuri

Yang ni bukan main lama-lama dah, pakat buat serentak ... bohong dan mencuri ... curi apa? Curi pendapatan orang lain yang sepatutnya dapat melalui cara dan kaedah yang betul.

Churp Churp Cashout Janji Ditepati

Saya bercakap ini sebab sebelum ini dah pernah kena amaran, itupun sebab saya bertanya pada mereka mengenai iklan-iklan yang Churp Churp berikan. Yelah, kata orang, kalau tak tahu .. maka tanyalah, jangan sombong macam bangkai ...

Tak banyak saya dapat untuk 3 bulan punya usaha. Bukan mudah nak kutip sen sen tu jadi ratus ye tak? Nasib baiklah ada special Tweet yang diberikan kepada saya, kalau tak mungkin lambat lagilah nak capai had minima RM100 yang saya tetapkan di akaun Churp Churp tu.

Kalau sesapa yang masih belum ada akaun Churp Churp, silalah daftar percuma sekarang, dan pelbagaikan lagi sumber online buat anda dapat duit.

Firman Allah SWT yang bermaksud:
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata. (Saba’:24)

11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya baru buat 2minggu...dapat la rm30 stkt ni....

    ReplyDelete
  2. Tengah gigih collect earning untu cashout kali kedua.. Thanks for the tips by the way.. =)

    ReplyDelete
  3. Hmm .. kalau serius ... mesti tgk ..sbb saya nampak skrng ni dah tak ramai blogger yang ambil kesempatan dengan churp churp ni

    ReplyDelete
  4. INi cashout saya yang ketiga rasanya .. :)

    ReplyDelete
  5. Ok, selamat berjaya dan berusaha .. moga kaya dan berjaya @Afendi Abu Talib

    ReplyDelete
  6. Akaun churp-churp saya dah ada earning RM60...
    tak sabar nak cukupkan ke angka RM100...WEEEE!
    ~eh...termaterialistik pulak....agaga!


    www.jaakechik.com

    ReplyDelete
  7. Hmm..sampai sekarang saya tak faham concept Churp Churp ni..hehehe

    ReplyDelete
  8. ada akaun churp2... tp dh lme xbukak... :-)

    ReplyDelete
  9. thniah bro .. da btahun ad acc churp2 tu, tp xde hasil pn .. xtahu da nk wat cner ... xde spe sudi bntu . :(

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement