Saya sendiri pun, dek kerana ada rasa ingin tahu yang menikam kalbu ... tu yang dok cari. Kalau tak, saya seperti kebanyakkan blogger lain takkan nak buang masa sesuatu perkara seperti post-footer dalam kod HTML blogspot.
Manfaatkan Penggunaan Post-Footer Dalam Blogspot
Sebagai pengetahuan umum bagi blogger blogspot Malaysia, post-footer ini sering diperletakkan perkara-perkara yang kecil tetapi penting untuk sesebuah blog. Di post-footer yang sering kita nampak dalam blogspot akan ada paling kurang dalam tiga bahagian - post-footer-line-1 ... pastu post-footer-line-2 ... dan post-footer-line-3. Ada blog cuma ada dua, dan ada blog cuma ada 3.Mengkategorikan Post-Footer Blog
Bagi saya, post-footer ini saya kategorikan pengisiannya, contohnya post-footer-line-1 adalah untuk vcard author atau kad identifikasi saya sebagai pemilik blog, lepas tu tarikh dan masa sesuatu entri itu ditulis dan juga label untuk entri tersebut.Manakala pada post-footer-line-2 akan diletakkan pula mengenai widget untuk pembinaan link atau pautan dalaman menggunakan link-within atau outbrain atau nrelate. Di sini juga boleh letakkan widget related-post dan beberapa entri lain yang berkaitan dalam kategori yang sama.
Dan post-footer-line-3 bagi kebanyakkan blog saya, diletakkan ruang iklan terutama untuk Nuffnang, atau 8Share atau mungkin Churp Churp atau juga iklan sewaan.
Mudah Edit Dengan Editor HTML Baru
Dengan cara dan keadah ini, mudah saya nak edit, mudah saya nak tukar atau buat pembetulan kerana setiap post-footer itu ada peranan masing-masing.Cara ini akan bantu anda untuk edit menggunakan editor HTML terbaru yang diperkenalkan oleh blogger.com. Kerana anda perlu cari post-footer berkenaan sahaja untuk buat editing tertentu jika berkenaan.
masih belajar lagi kod-kod kat HTML...pening tengok kod-kod ini.....
ReplyDeletetak pasti maksud entry ni..tak pa baca dulu kemudian faham..
ReplyDeletesaya kurang faham HH..masih cuba untuk baca dengan teliti dan search info for it
ReplyDeletefaham.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.