Dari sudut SEO, saya kurang pasti mengenainya, tetapi menurut beberapa rakan blogger yang bijak dalam SEO (Search Engine Optimization), ia akan membantu seandainya entri itu punyai tarikh dan masa dalam format yang betul. Ia akan memudahkan robot enjin carian memberikan merit kepada entri anda. Selalunya, entri yang berusia dan kandungan bermutu akan diberikan merit yang tinggi dan kebarangkali untuk berada di laman pertama adalah tinggi.
Penetapan Tarikh Masa Betul Elak Keliru Untuk Rujukan
Dari sudut lain, saya berpendapat perlu bagi anda sebagai blogger meletakkan waktu atau masa sesebuah entri itu diterbitkan bagi membolehkan anda di masa akan datang membuat rujukan, mahupun kepada orang lain yang mungkin mahu merujuk kepada entri tersebut.Letakkan atau set format yang mudah difahami oleh semua seperti contoh 5 Mei 2013 atau 5th May 2013 atau Sunday, 5th May 2013. Bagi pengguna blogspot, anda dengan mudah boleh ubah atau tukar setting bagi tarikh dan masa di bahagian dashboard blogspot anda.
Anda perlu pergi ke bahagian Settings-Language and formatting, seperti yang ditunjukkan di bawah ini:
Anda perlu pastikan tarikh dan masa dalam format yang sama atau hampir sama. Ehemmm ... ada impak tersendiri dari segi SEO kalau anda lakukan dengan betul. :)
Jadi, cuba periksa kembali bahagian di atas dalam dashboard blogspot anda. Jika ia menggunakan format tersedia, maka cepat tukarkan ke tarikh dan masa dalam format yang standard dan mudah difahami.
Anda perlu ingat, sesetengah dari kita termasuklah enjin carian akan membaca format ini agak berlainan, dan ia mungkin mengelirukan:
May 2, 2013 atau 05/02/2013 atau 2013-05-02
Jadi pilih format yang anda fikir difahami oleh semua, seperti contoh di bawah ini:
waaahh.. bestnyaaa.. byk maklumat best kat sinii! teman pun x perasan setting mcm mana.. nanti nk ikut macam blogger hasrul buat lah.. heee.. thanx! err.. nak mintak izin save image RM50 cash back tu bole?
ReplyDeleteslm jumaat HH.saya mmg dh lama ltk masa dan tarikh tu pulak,gunakan icon kalendar.tapi kalendar tu mcm x function.tak bertukar pun hari2 tarikhnya 17 17 17 he3...
ReplyDeleteNice sharing HH...thanks, nak tanya macam mana pulak kalau nak tukar title di search enjin..
ReplyDeleteSbg cth:
Penetapan Tarikh Masa Betul Elak Keliru | The Blog Of Elih
Menjadikan ia sebagai..
Penetapan Tarikh Masa Betul Elak Keliru
Boleh kongsikan tak HH..TQVM.
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.