Adakah penggunaan variasi tersebut akan pengaruhi enjin carian untuk indeks blog dan entri anda? Bagaimana pula kalau penggunaan variasi huruf berkenaan dalam penulisan entri, dan apa pula kesannya jika url entri blog dalam variasi yang disebutkan di atas?
Perbezaan Penggunaan Kata Kunci Huruf Besar Bagi Search Engine Optimization (SEO)
Ok. Pertama sekali mari lihat contoh yang saya berikan ini. Dengan menggunakan Crome version Incognito, saya menggunakan enjin carian Google untuk kata kunci berikut - Blog Paling Popular Malaysia, BLOG PALING POPULAR MALAYSIA dan blog paling popular malaysia. Ini hasilnya:Sekali imbas tak nampak perbezaan ketara, sebabnya kata kunci walau macamana ia digunakan - samada secara huruf besar secara keseluruhan, huruf kecil keseluruhan atau ayat tajuk, ia tetap memberikan jawapan yang sama. Ini bermakna, robot carian tidak ambil kisah pun, samada anda guna variasi-variasi tersebut.
Lihat Pada Jumlah Carian
Tetapi cuba lihat dengan lebih teliti pada jumlah carian. Ada beza dari segi angka di situ. Pada yang pertama 620K, yang kedua 621K dan ketiga 631K. Jadi, mungkin pada halaman pertama dan kedua tak banyak beza, tapi ... yang lain-lain mungkin ada perbezaan kedudukan. Tak percaya? Cubalah sendiri ehh ....Ok. Dari contoh di atas, blog mana paling hebat? Sayakah? Jika jawapan anda ya, sebenarnya anda silap.
Beza Tarikh Kesan Visual Pada Pencari Maklumat
Sekarang cuba lihat pada tarikh entri tersebut diterbitkan. Nampak tak? 2012 dan 2013. Ok, sekarang fikir, blog mana lebih hebat? Tentulah entri yang ditulis pada 2012 kerana masih berada dalam carian Google di halaman pertama walaupun ianya telah ditulis pada tahun lepas. Sekaligus, andai kata tahun 2013 ni tak ada entri mengenai kata kunci 'blog paling popular malaysia' ... ia masih tetap dapat menarik perhatian pencari maklumat dan entri tersebut boleh memberikan trafik yang tak dijangka!Tapi tak dinafikan juga pengaruh tarikh dan tahun terkini ada impak tersendiri sebab tentu orang mahu berita dan cerita terbaru dari cerita yang lama, ye tak?
Variasi URL Entri
Sekarang tengok pada variasi url entri-entri tersebut. Semua yang dipaparkan adalah huruf kecil Dan kemudian lihat pula bagaimana Google menilai kata kunci tersebut dalam entri-entri yang dipilih berada di laman utama carian.Semua kata kunci tersebut digunakan atau ditulis pada perenggan pertama entri tersebut. Seperti mana telah saya katakan dalam entri-entri berkenaan SEO sebelum ini, adalah penting anda menulis variasi kata kunci tersebut jika mahu bersaing tempat dalam enjin carian.
Kelebihan diberikan pada blog WP kerana ada plugin yang boleh digunakan untuk menginput variasi kata kunci, seperti yang boleh kita lihat pada Denaihati.com - hebat tak? Walaupun kata kunci utama tidak ada, tetapi tersenarai juga pada laman utama.
Tips Penggunaan Kata Kunci Bagi SEO Bagi Blogspot
Kesimpulan mengenai perbezaan kata kunci huruf besar bagi SEO boleh dikatakan begini:- Tiada impak ketara pada penggunaan variasi huruf besar atau kecil, tetapi dari segi realiti, orang akan taip terus tanpa memikirkan nak tulis besar atau kecil. Jadi penggunaan kata kunci dalam ayat biasa sudah cukup. Tak perlu nak tekankan penggunaan huruf besar pada kata kunci.
- Semua url untuk kata kunci tersebut ada kata kunci yang dicari, jadi penting untuk pastikan url atau permalink entri tersebut punyai kata kunci yang kita nak.
- Semua url adalah dalam variasi huruf kecil, maka elakkan url yang menggunakan huruf besar atau huruf ayat.
- Kata kunci perlu berada dalam perenggan pertama entri.
- Untuk jadi paling top, entri tersebut mesti diberikan Authority atau Authorship sebab dianggap lebih dipercayai .. :)
- Dan mesti ada entri terkait dengan kata kunci tersebut dalam entri yang anda tulis - itu sebab blog Denaihati berada dalam carian kerana di dalam entrinya ada permalink atau pautan ke 18 Blog Paling Popular di Malaysia.
Ok. Banyak tips mudah untuk SEO blogspot tu yang boleh anda gunapakai dalam penulisan entri anda. Silap-silap dengan ilmu yang didedahkan kepada anda ini, mungkin lepas ni sukar dah blog saya nak berada seperti di atas tu ....
Dan satu lagi, andai anda tulis entri yang copy-paste, pastikan anda berikan backlinks, kerana ia juga ada merit tersendiri. Tak percaya? Cuba lihat entri saya, dan blog yang tersenarai di nombor dua tu.... oh ya, dan yang lain-lain juga... ada backlink diberikan ...
Selamat mencuba.
*p.s: Hasil carian mungkin berbeza kerana setiap komputer itu dan versi pelayar internet yang digunakan.
saya dah buat expirement. selalunya org org yang mencari akan akan taip terus tanpa nak on dulu Caplock, dan selalunya entri yang bertajuk kecil mudah nak berada di first page. tu pun kalau hanya harapkan keyword dari tajuk lah..
ReplyDeleteermm..banyak nak kena belajar nie...
ReplyDeleteNoted!! Thanks Abg HH. ^_^
ReplyDeleteBanyak boleh belajar kat sini. Terima kasih atas info :)
ReplyDeleteTerima kasih kerana menjadikan blog ini sebagai rujukan.
ReplyDeleteSama-sama @Nurul Syarafina II
ReplyDeletethanks HH...banyak manfat dari blog HH yg ohsem ni....tapi blog sy stay mcm gitu gak....hahahaha
ReplyDeleteTak kissh sangat dgn huruf besar atsu kecil.
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.