Ayat Umpan Pikat Bukan Menipu Pengunjung Blog
Ayat umpan bukan untuk menipu tetapi ia merupakan teknik bagi anda untuk menulis tajuk entri yang baik, yang ada ciri SEO, yang ada impak psikologi dan paling penting ia adalah ayat supaya pengunjung membaca entri berkualiti yang blog anda sediakan.Teknik Ini Untuk Mereka Yang Tidak Pakar SEO
Sesetengah blogger yang mungkin kurang arif mengenai SEO, maka sukar baginya untuk menjana trafik dari enjin carian, maka HH beritahu teknik umpanan ini agar entri best anda dibaca dan mendapat trafik daripada laman sosial, bukan bertujuan untuk anda pancing mereka semata-mata mahu trafik blog anda naik beratus kali ganda.Blog Hilang Kebolehpercayaan
Jika anda sering sahaja melakukan perkara sebegini, lama-kelamaan blog anda akan hilang kebolehpercayaan. Paling teruk, blog dan entri dalam blog mungkin dikenakan penalti oleh enjin carian kerana dengan sengaja memperdaya untuk peroleh trafik blog. Anda perlu ingat, enjin carian ada beratus algorithma yang berupaya mengesan sebuah blog atau entri yang cuba manipulasi tajuk dengan isi kandungan.Andai anda beri tajuk best, dan isi kandungan pun best yang ada kena mengena dengan tajuk entri anda, pasti mereka yang berkunjung itu akan menyukai apa yang anda sediakan dalam blog. Dan disini, bukan sahaja dapat menerima pengunjung baru, malah akan berpeluang untuk mendapat pembaca setia. Jadi, gunakan pendekatan ayat umpan atau perkataan umpan dengan baik dalam cara yang betul.
Thank you HH, krn banyak berkongsi maklumat berkenaan blogging. Banyak tips & pengetahuan boleh dibaca dalam page anda.
BalasPadambaik2 kalau nak mengumpan tu./.. jangan sampai tersalah... ;)
BalasPadamassalamualaikum hh... oh mcm tu ke kena berhati2la bila meletakkan tajuk n3 kita...
BalasPadamThank you.
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.