As-Salam. Ada rakan blogger bertanya, apakah teknik dan kaedah terbaik untuk menarik lebih ramai peserta join Giveaway dan Kontes. Saya sebelum ini pernah bercerita mengenai perkara Giveaway dan Kontes ini, dan sebenarnya masih lagi bereksperimen mengenainya.

Panduan Blogger - Teknik Ayat Tarik Peserta Join Giveaway dan Kontest


Apapun, sedikit ilmu yang ada bolehlah saya kongsikan dengan anda yang mungkin mahu mencuba teknik ini, almaklumlah, teknik ini kalau digunakan oleh lelaki kacak dan gadis comel, mesti akan jadi meletop punya. Ingat lagi pesanan saya mengenai sedekah dalam satu status di Fanpage Panduan Blogger? Ada kaitan dengan teknik ayat menarik peserta join giveaway dan kontes.

Teknik Ayat Guna Hadiah

Ok. Jika anda mahu giveaway dan kontes anda mendapat sambutan yang baik di kalangan pengunjung dan pembaca blog anda, pertama sekali anda perlu fikirkan hadiah yang perlu diberikan. Hadiah inilah yang menjadi kata kunci untuk anda membina ayat untuk tarik peserta menyertai sebarang giveaway dan kontes yang dianjurkan.

Bukan mudah, tetapi boleh dilakukan.

Katakan anda telah memikirkan hadiah utamanya ialah wang tunai, maka tetapkan pula jumlah dan nilainya. Maka, ayat tarik peserta join giveaway dan kontes boleh menjadi seperti ini:

  • Tunai RM300 Giveaway Ulangtahun Blog
  • RM1000 Keseluruhan Untuk Pemenang Kontes
  • Hadiah Tunai Sehingga RM300 Untuk Pemenang Kontes
  • Giveaway Tunai Sehingga RM200

Teknik Ayat Guna Kaedah atau Cara Giveaway dan Kontes

Perkara kedua ialah cara atau kaedah. Anda boleh gunakan cara dan kaedah giveaway atau kontes dijalankan bagi menarik pengunjung dan pembaca menyertainya. Diingatkan, seharusnya cara dan kaedah ini mudah dan menarik, selain boleh memberikan keadilan buat semua. Jangan terlalu banyak syarat diletakkan, sebab ia akan merenyahkan.

Ayat menggunakan tips kedua ini lebih kurang seperti ini:

  • Hanya LIKE dan Menang Tunai RM200
  • Daftar Sahaja dan Menang Hadiah Produk Kecantikkan RM200
  • Menang Tunai Hanya Share - Tunai RM500 Disediakan

Dan begitulah seterusnya. Saya sendiri ada anjurkan beberapa giveaway dan kontes dan mencuba teknik yang dilakukan. Ada yang berjaya, ada yang tidak berjaya, apapun, tidak salah mencuba teknik yang dikongsikan ini. Mana tahu, orang lebih suka anda daripada saya yang sudah mula 'hilang ingatan'.

Selamat mencuba.


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. fairus mohamad noorMay 3, 2013 at 12:57 PM

    tu la kan,bkn senang nk jd penganjur kontes/giveaway ni..hehe..yg paling penting kene ade modal..promosi pun penting jugak..utk menggalakkan lbh ramai lg yg join.

    ReplyDelete
  2. kalau jumlah hadiahnya lumayan, lagi ramai yang join :)

    ReplyDelete
  3. salam HH,nanti boleh tak berikan pdgn HH ttg sesi tag-menge'tag' utk ajak kawan join segmen/contest?apa pro n kontra?sebab kadang2 saya serba salah nk tolak kalau kawan tag.tapi bila saya pulak kena tag kwn yg lain,msg2 beri alasan...leceh..rasa macam paksa org je utk join.padahal segmen tu bagus sebenarnya.saya jarang join segmen melainkan segmen yang xda tag..mmg laju saya support :)

    ReplyDelete
  4. hah? mr. HH sudah mula hilang ingatan? sy ada bercadang nak buat segmen lg tp tnggu duit jatuh dr bulan. hehe...

    ReplyDelete
  5. yang penting penganjur haruslah jujur dalam memberi hadiah giveaway...banyak kes blogger yg sertai giveaway tidak dapat hadiah seperti yg dijanjikan....

    ReplyDelete
  6. giveaway mesti la sesuai dgn syarat...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement