As-Salam. Saya baru mendapat email daripada pemilik sistem komen CommentLuv iaitu Andy Bailey. Sebagai pemilik dan pencipta sistem komen CommentLuv yang sangat mesra pengunjung, beliau mengambil serius akan beberapa laporan atau aduan yang telah dibuat oleh pengguna-pengguna sistem CommentLuv.
Menurut mereka yang mahu meninggalkan komen menerusi blog yang punyai sistem ini - selalunya blog Wordpress (WP), akan muncul satu amaran - 'XML document invalid'. Menurut Andy Bailey, ini adalah disebabkan kod tersembunyi - IndiPayDayLoans yang terdapat dalam HTML kod blog Wordpress tersebut.
Kod ini perlu dibuang - yang dianggap sebagai salah satu penyelesaian kepada masalah blog WP kena hacked.
Memandangkan kod WP melibatkan banyak-banyak kod html mahupun kod php, mencari kod seperti dinyatakan agak sukar. Malah, Andy Bailey tidak tahu di mana kod ini boleh dijumpai.
Nampaknya pemilik-pemilik blog WP perlu bekerja keras bagi memastikan blog mereka bebas daripada mudah digodam. Disarankan mana-mana blog yang menggunakan sistem komen ComLuv untuk sentiasa aktif menjenguk forum wordpress.org bagi membolehkan mengetahui amaran, kaedah, dan cara terkini mengelakkan blog dengan mudah kena godam oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
ADEyh bahayanya macam ni..
ReplyDeleteinfomasi yg bgs.. nmpknya Kene periksa blog wordpress nie...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.