As-Salam. Trafik blog telah diduga akan naik, bukan disebabkan oleh pilihanraya umum kali ketigabelas tetapi disebabkan oleh negeri Pulau Pinang cuti pada 6 Mei 2013. Ini adalah kejayaan daripada salah satu teknik SEO yang pernah saya tampilkan iaitu menjadi jaguh untuk sesuatu benda yang kecil yang merupakan sebahagian dari benda yang besar.

Saya pernah katakan untuk berjaya dalam teknik SEO adalah bukan kerana anda menyajikan sesuatu yang sensasi dan ingin orang tahu secara am, tetapi buatlah secara khusus. Anda perlu pastikan entri dan kandungan anda unik di sebalik kata kunci yang popular.

Menerusi entri - PRU13 - Pulau Pinang Cuti 6 Mei Hari Kelepasan AM, blog telah berjaya menerima hampir 2.5 ribu hit (setakat jam 3 petang). Entri itu ditulis semalam 5 Mei 2013, dan dalam masa sehari sahaja, ia telah berjaya menarik trafik yang begitu banyak. Entri tersebut berjaya berada di laman utama dan kedudukan atas dalam enjin carian Google untuk beberapa kata kunci berkaitan - penang cuti 6 mei, penang cuti pru13, pulau pinang cuti kelepasan am dan beberapa variasi lain.

Pada mulanya, ingin juga buat entri mengenai keputusan PRU13, tetapi memikirkan banyak laman web dan blog akan papar entri sebegitu, maka saya cuba cari tajuk lain yang mungkin tak berapa popular tetapi akan dicari oleh kebanyakkan orang - jadi saya pilih cuti sebagai kata kunci utama. Saya nampak ada beberapa blog lain telah buat entri mengenai cuti umum disebabkan pilihanraya, tetapi banyak yang hanya umum dan bukan khusus. Maka, saya pun buat entri yang khusus iaitu cuti Pulau Pinang. Dan alhamdulillah, strategi berjaya.


Bukan mahu tunjuk eksen atau kepandaian, cuma mahu memberitahu bahawa teknik-teknik SEO yang saya kongsikan dalam blog ini boleh membantu blog anda terima trafik yang mengujakan. Saya bukan pakar SEO, tetapi in Sha Allah, teknik SEO yang saya kongsikan adalah merupakan teknik-teknik terbaik yang pernah, telah dan sedang dipraktikkan ramai blogger hebat.

Rugi kan, andai anda sudah tahu dan belajar mengenainya tetapi tidak praktikkan dalam blog anda. Jadi, dalam sedap-sedap anda baca entri blog ini, jangan lupa untuk praktikkan dan mendapat apa yang sepatutnya blog anda dapat.

Saya tentu amat gembira andai blog anda berjaya dapat ribu-ribu trafik sehari kerana belajar dari blog ini, bukan sebab saya promosikan blog anda, tetapi sebab anda telah belajar cara untuk membuat sebuah entri dan blog yang baik hasil ilmu yang dikongsi.


9 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. yup..tp seo pilihan raya juga membantu...walaupun ramai blogger dh buat..

    ReplyDelete
  2. Entri yang ditunjukkan dalam contoh di atas tak guna pun kata kunci pilihanraya, dan kalau taip kata kunci cuti pilihanraya ..entri ni tak keluar pun. Ia mungkin ada bantu tapi dalam peratusan yang sangat kecil... sangat sangat kecil.

    ReplyDelete
  3. berharap sangat menjadi mahir dalam SEO ni.. ;)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih. Cubalah nanti ye. Mana tahu boleh dapat trafik blog yang tak terduga.

    ReplyDelete
  5. Anda perlu praktis untuk mahir. Kalau anda tak praktis ... takkan nampak.

    ReplyDelete
  6. Terima kasih berkongsi tips. Masih mentah dalam bidang ini; Masih banyak yang perlu dipelajari.

    ReplyDelete
  7. thniah..thniah.. hahaha btul tu .. sy pn dpt hits plg byk utk entri cti umum slangor .. hits plg byk dlm 1 hari .. wlaupn x smpai 1K la .. tp agk tkejut..cuma silap sy adlh , entri tu sy buat bdoh2 je .. huhuhu

    ReplyDelete
  8. hebakkk...


    bro area nibong tebal kan... same lah kita ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement