As-Salam. Salah satu cara untuk buat pengunjung melekat membaca entri-entri dalam blog adalah dengan memasang widget pautan dalaman untuk entri-entri lama dan baharu yang berkaitan. Salah satu cara yang selalu atau ramai blogger Malaysia buat ialah dengan memasang Linkwithin. Namun, ada banyak lagi widget seumpama Linkwithin yang boleh dijadikan alternatif untuk blog anda.
Salah satu yang saya suka guna dalam blog-blog saya ialah NRelate. Mengapa saya pilih NRelate berbanding widget lain seperti Linkwithin atau Outbrain? In Sha Allah, saya akan kongsikan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan NRelate untuk blog kepada anda semua.
Salah satu yang saya suka guna dalam blog-blog saya ialah NRelate. Mengapa saya pilih NRelate berbanding widget lain seperti Linkwithin atau Outbrain? In Sha Allah, saya akan kongsikan sedikit pengetahuan mengenai penggunaan NRelate untuk blog kepada anda semua.
10 Kelebihan Menggunakan NRelate
- Anda boleh ubahsuai penampilan NRelate mengikut kesesuaian blog anda, ada beberapa pemilihan tema yang boleh anda pilih, dan salah satunya menyerupai Linkwithin.
- NRelate membolehkan anda untuk memilih samada menyediakan link text sahaja, atau link text berserta imej.
- Entri blog yang tiada imej, akan diberikan pilihan untuk memilih imej sendiri (muat naik) ataupun menggunakan pilihan yang disediakan - dan ia akan saling silih berganti dengan menyediakan lima pilihan tersendiri yang akan dimuatkan secara rawak.
- NRelate juga memberikan pilihan untuk anda menjana pendapatan menerusi widget mereka dengan beri kebenaran papar iklan menerusi widget yang disediakan.
- NRelate membolehkan entri-entri dari blog lain juga dimasukkan asalkan ia berkaitan antara satu sama lain. Bagus jika anda ingin promosikan blog anda yang lain (jika ada).
- Kita boleh set entri yang bagaimana yang ingin kita paparkan menerusi widget NRelate ini, iaitu samada ia kurang berkaitan (low), agak-agak ada kaitan (medium) dan yang berkaitan (priority).
- Kita boleh set entri yang ingin dipaparkan mengikut jangkamasa entri lama diterbitkan - iaitu selama 6 bulan, setahun atau dua tahun.
- Saiz paparan (thumbnails) boleh diubah, dan anda boleh memuatkan sehingga maksimum 10 entri berkaitan menerusi widgetnya.
- Anda boleh reindex kembali atau susun kembali entri-entri yang ingin dipaparkan - digunakan andai ada entri blog yang telah anda padam. Ia bagus untuk memadamkan dead-link yang tidak disukai oleh enjin carian.
- Ia mudah untuk diadaptasi ke dalam blog.
Kekurangan NRelate
- Anda perlu daftar percuma untuk dapatkan segala kelebihan yang ada dalam NRelate, namun widget umum boleh digunakan tanpa sebarang pendaftaran.
- Masa lama diambil untuk buat setting tertentu.
Ok, rasanya dah cukup kot, saya angkat NRelate ini .. hehehe.... tapi terpulang pada anda untuk menggunakannya.
Anda boleh baca kekurangan LinkWithin: Klik Sini.
Untuk mula menggunakan NRelate bagi blog anda, anda boleh daftar percuma di sini: NRelate - Free Product For Online Publisher
satu pencerahan yg bagus...
ReplyDeleteooo..baru tau pasal NRelete ni. Nampaknya kelebihan lebih banyak dari kekurangannya.
ReplyDeleteHmm ... ramai lagi yang tak tahu ni ... kebanyakkan hanya tahu mengenai linkwithin je
ReplyDeleteWah bagus ni. Baru tahu ..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.