As-Salam. Saya pasti ramai daripada anda, blogger Malaysia yang pernah buat entri mengenai petua. Ada petua masakan la, petua perhubungan la, petua percintaan la, petua beranak la, petua belajar la .. uhh macam-macam la petua. Tapi, ramai yang suka main letak je tajuk petua tu tanpa tahu apa maksud petua.

Selalunya petua ni merujuk kepada sesuatu tips yang dah lama orang guna. Dan petua ini tidak semestinya menjadi kerana ia bergantung dengan usaha dan tatacara yang dibuat. Setengah orang tidak rasi dengan sesetengah petua tu. Dibuat lapan juta kalipun, lapan juta kali juga tak menjadi. Haaa... itu namanya petua.

4 Tips Buat Blog Petua Terbaik

Saya nak kongsikan kepada anda tips buat blog petua lama terbaik. Petua lama yang saya maksudkan ini adalah berkaitan kesihatan dan juga kecantikkan. Nampak macam mudah je buat blog atau entri petua lama ni, tapi sebenarnya ... entri sebegini terdedah dengan risiko. Risiko ini pula, anda harus bertanggungjawab menanggungnya kerana anda yang dok kongsi dan sebarkan ke serata alam.

Jadi, bagaimana nak buat sebuah blog ataupun entri petua yang baik?

Cuba Dahulu Baru Kongsi Cerita

Apabila buat entri mengenai petua ni, paling penting sekali adalah anda dah mencuba petua yang dikongsikan di blog. Kalau tak cuba, anda tak boleh nak cerita dengan lengkap mengenainya, lebih-lebih lagi mengenai kesan selepas lakukan petua tersebut.

Bukan apa, sesetengah orang ... seperti yang saya cakapkan awal tadi, ada petua yang tak rasi dengan mereka. Bila buat, benda lain lak yang berlaku. Ini sangat serius kalau anda kongsikan petua yang melibatkan kesihatan dan kecantikkan ni. Anda harus faham, tidak semua orang akan dapat hasil seperti apa yang anda lakukan. Muka anda jadi lawa, muka orang lain jadi gerutu ... uhhh bahaya .. bahaya.

Cari Petua Sama dan Bandingkan

Kadangkala dalam satu-satu petua yang sama, ada variasinya tersendiri. Contohnya, satu petua tu guna air sejuk, satu tu guna air suam, walhal bahan-bahan dan tatacaranya sama. Jadi, anda harus buat entri yang ada variasi ini. Cuba berikan pilihan kepada pembaca blog atau entri petua anda tu. Mana tahu, kot-kot cara A tak menjadi, boleh guna cara B.

Perbandingan ini juga melibatkan kepada kesan. Mungkin sebab variasi tadi, petua anda akan buat wajah jadi putih tapi berminyak, yang variasi satu lagi pula, buat muka jadi gebu tapi berdaki .. haaa ... benda-benda ni kalau boleh beritahu juga.

Tunjuk Bahan-Bahan Menerusi Gambar

Serius. Ada orang tak kenal mata satu daun Misai Kucing dengan daun Mata Kucing. Silap-silap bantai guna daun Mata Kucing yang sebenarnya kena guna daun Misai Kucing. Kalau anda boleh sediakan gambar sendiri, lagi bagus. Kalau tak ada, saya syorkan anda berikan pautan untuk pembaca blog anda kenal dahulu bahan-bahan petua tu. Ingat ni .. silap info naya je weihhhh .... dari nak jadi kurus, buat jadi gemuk gedempul.

Tunjuk Gambar Kesan Percubaan Sendiri

Ada gambar sendiri mengenai kesan guna lagi bagus. Bukan setakat orang percaya bahawa apa yang anda kongsikan itu benar lagi sebenar-benarnya, malah buat anda jadi pakar mengenainya. Mana tahu, silap-silap nanti ada syarikat mana-mana guna bahan produk yang sama, suruh anda jadi jurucakap buat mereka.

Oh ya, gambar ni tak semestinya muka anda atau tubuh badan anda. Boleh je minta jasa baik mereka yang guna petua tu untuk kongsikan... yelah, kadangkala ada yang suka menulis ni tak suka tunjuk wajah sebenar mereka... segan katanya.

Dan kalau mahu buat duit, entri sebegini boleh juga digunakan untuk promosi produk-produk tertentu kalau kena gayanya.

Selamat buat entri atau blog petua ..... yehaaa...




14 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kena buat analisis dahulu...

    ReplyDelete
  2. haisssyyyy... dulu2 time start blogging pernah gak copy entry petua ni,, takut lak,, haha

    ReplyDelete
  3. yuppp.... memang betul tu. cubalah dulu...

    ReplyDelete
  4. Hi abang HH.. Newbie here. I am following you by G+ :)

    Happy blogging!

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. tip yang bagus....thanks bro... bro mcm susah je komen guna benda ni...

    ReplyDelete
  6. Disqus sedang upgrade sistem tatkala ni ... :)

    ReplyDelete
  7. Tak cuba takkan tahu kan @mia liana

    ReplyDelete
  8. sukmawati binti haronJune 10, 2013 at 4:10 PM

    good sharing......

    ReplyDelete
  9. Tak perlu takut, muja... Sharing is caring... Hehehe...

    ReplyDelete
  10. Belum cuba, belum tahu... Hehehe...

    ReplyDelete
  11. Bukan satu tips shj... Err... Ada 4 tips yg sgt bagus... Hehe...

    ReplyDelete
  12. sangat menarik tip yang dikongsikan ini..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement