As-Salam. Mungkin tak ramai yang tahu mengenai Domain Authority dan juga Page Authority. Saya ada cerita ringkas mengenai Page Authority ni, nanti belek-beleklah ye, dan kali ini nak cerita serba sedikit mengenai benda yang agak penting untuk SEO dan Pagerank iaitu Domain Authority.

Oppss sebelum tu, siapa blognya belum ada domain sendiri, rasanya tak perlulah baca dari A sampai Z, cukup baca tang tengah-tengah .... pastu leh pangkah blog ni. Namun, kalau anda seorang blogger yang tak mahu ketinggalan mengenai ilmu blogging, maka bacalah dari awal sampai habis, saya tak paksa .. tapi kalau buat jugak, naiklah kadar bounce rate blog saya ni ...huaaaaa....

Apakah Domain Authority?

Ok, Domain Authority (DA) ni lebih kurang macam kebolehpercayaan dan juga berkaitan dengan pengaruh. Semakin tinggi nilai DA, maka semakin tinggilah kebolehpercayaan domain tersebut; sehingga dianggap boleh memberikan pengaruh dan impak kepada pengunjung dan pembacanya.

Kata blogger terkenal dengan SEO (Search Engine Optimization) - Tuan Ariff Shah; DA ini berkaitan dengan reputasi - lama mana domain tu dah hidup, ada masalah malware tak? trafik macamana? ada pindah mana-mana domain server tak .. dan kedudukan PR domain tersebut.
Cara periksa domain authority menggunakan site explorer

Siapa yang tetapkan dan buat DA ini?

Tidak lain dan tidak bukan ialah SEOMoz yang memang dah jadi agen menilai apa benda yang ada dalam dunia maya ni. Skor yang diberikan adalah dari 1-100. Makin tinggi skor DA, maka makin bagus. Untuk tetapkan skor ini, ada metrik tertentu digunakan oleh pihak SEOMoz dan saya sendiri tak bijak pandai nak bercerita, yang penting ... kalau nak dapatkan skor yang baik, pastikan domain anda sentiasa hidup, sentiasa ada entri menarik, sentiasa relevan dengan perkara-perkara baru ...

Yang pasti, anda kena jaga domain anda agar jangan buat tahik.. itu je.

Mungkin satu hari nanti, pengiklan takkan beriklan dengan blog atau laman web dengan domain sendiri yang ada ranking Alexa atau PR yang bagus tetapi lebih kepada DA dan PA (Page Authority) antara skor yang lebih daripada 40.

Anda boleh lihat senarai DA yang rakan blogger ni buat untuk blog domain di Malaysia ni - Top Blog Dengan Domain Authority.

Kalau anda nak periksa domain authority blog anda, boleh je anda buat menerusi Open Site Explorer. Hasilnya akan nampak seperti ni.

Ingat ye, jangan nak mengada-ngada letak alamat url yang ada .blogspot sebab ia bukan domain milik anda, tu pinjam je ... hanya blog-blog dengan nama domain sendiri je, cam contoh yang saya berikan kat atas tu.

Anda juga boleh check di sini - Moonsy - Domain Authority Checker



27 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bnyak btol penanda aras dalam dunia blog ni. kejap PR, kejap SEO, kejap alexa. skrg, domain authority la pulak... x larat nk kejar semua.. hehehe

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronJune 13, 2013 at 11:48 AM

    DA saya 95/100 apa maksudnya HH...?

    ReplyDelete
  3. Erkkkk ... hebat sangatlah tu .... Najib pun baru 60 lebih kalau tak silap ... nih mesti tak baca entri ni betul2 .... :P ... kan dah cakap .... url ada .blogspot tak boleh guna benda ni .. sbb tu domain pinjam .. bukan sendiri punya ...

    ReplyDelete
  4. Semua tu berkait @pha is .... tak yah kejar .. benda tu datang sendiri, buat SEO ..... Alexa akan naik, PR akan naik dan DA akan naik ..... SEO je kuncinya.

    ReplyDelete
  5. kalau blogspot, tak dikira. tu google punya. mesti ada domain sendiri.

    ReplyDelete
  6. Nak check la...adakah domain kita ada nilai? Kalau tiada nilai....bagaimana nak bagi ada kualiti DA kita?

    ReplyDelete
  7. Err... Kalo PA bleh dikira utk yg berdomain blogspot.com?
    PA - Page Authority.

    ReplyDelete
  8. owh.. okay...nampaknya skrg nk berblog dah tak boleh nk main-main dah... hehehe

    ReplyDelete
  9. Trima kasih info bermanfaat buat saya yg sdg belajar blogging :)

    ReplyDelete
  10. cuba memahamkan bab ni. agak blur juga sbb sambil study nak exam pagi nanti. huhu...

    ReplyDelete
  11. assalamualaikum hh..yer la kena fahamkn betul ni...;)

    ReplyDelete
  12. Pagerank, domain authority, alexa la.. HT cuba-cuba jugak nak faham benda2 ni semua. Tp ada bainknya tak tahu dari tahu. Mcm blog saya, dah bukak 5 bulan tapi domain authority cuma 39 aje. hahaha sabau aje la. Dah la banyak penerangan dalam English, mcmana nak faham. Harap Bro Hasrulhassan boleh banyakan lagi panduan dlm bahasa melayu ya...
    Trimas! HT byk belajar disini

    ReplyDelete
  13. Saya sebenarnya dah beritahu dalam entri ni ... :)

    ReplyDelete
  14. Terima kasih @ieta kerana sudi baca blog HH ni

    ReplyDelete
  15. Hmm tak susah mana pun sebenarnya @Maszull .... yang penting jangan delete entri, pastu pastikan blog update ..tu je.

    ReplyDelete
  16. Domain Authority lebih kepada kepercayaan. Pagerank tu lebih kepada kualiti. Alexa pula trafik. :)

    ReplyDelete
  17. Kalau nak serius @pha is memang tak leh nak main2 .. kena cari pengiklan, bukan pengiklan cari kita .. :)

    ReplyDelete
  18. DA sama juga PA adalah dari SEOMoz. Kalau sapa dah buat laman web dengan blog sejak bertahun dulu tentu tahu. SEOMoz ni dah 12 tahun dalam dunia internet ni,

    SEOMoz tiada kaitan dengan Google. Google hanya Pagerank yang diambil dari Lary Page.


    Ia juga boleh dikatakan satu alternatif untuk Google Pagerank.



    Tapi kalau dapat SEOMoz terbaik, maka bukan setakat Google je, malah Yahoo, Bing dan hampir seluruh enjin carian akan menyukai blog anda. Tapi SEOMoz ni agak susah sikit, sebb cerewet. Lebih cerewet dari Google sendiri.

    ReplyDelete
  19. Kepercayaan dari isi kandungan blog anda. Katakan anda cerita pasal alien mendarat di belakang rumah ... kalau ada DA bagus, maka berita anda tu boleh dikatakan boleh dipercayai.



    Tak caya? Cuba try check DA untuk blog PM kita .. :)

    ReplyDelete
  20. Kepercayaan dari isi kandungan Blog, jadinya kalau isi entri agak merapu dan penulisan yang tak serius DA akan rendah. Bila tengok blog PM guna bahasa melayu pun DA nya tinggi, tu brmaksud penggunaan bahasa melayu xmenjejaskan DA.

    Kalau Bro Hasrul kata SEOMoz cerewet, mmng tu menakutkn. Sbb pd saya cerewet Google pun dh cukup hebat. Sy ada mrujuk panduan blog ni untuk apply google adsense. Mcm rakan blogger lain juga, ditolak dan terus mencuba, hingga yg paling akhir, req sy ditolak dgn alasan blog sy ada kandungan lucah.
    Smbil garu kepala sy brkata "kita jumpa lagi tahun depan wahai google adsense" hehehe

    Trimas atas penerangan diatas.
    Much morerespect

    ReplyDelete
  21. Google sejak akhir2 ni memang cerewet, 3 blog saya tak boleh dah guna Adsense, nasib baik saya ada blog WP hosting sendiri, jadi tak terkesan sangat sbb dia tak link dengan blog-blog blogspot saya.


    Untuk blog ini, dua kali saya kena warning, dan last blog ni kena banned kerana ada pautan ke sebuah laman web yang kena banned dengan Google Adsense. Tapi pernah rayuan saya dilepaskan ... lebih kurang dalam 2 bulan kot, dapat jugaklah merasa USD30 lebih. :)

    ReplyDelete
  22. DA saya 29...wah banyak lagi ni nak kena kejar 40

    ReplyDelete
  23. Domain Authority lebih kepada kepercayaan, kepercayaan dari segi apa tu Bro hasrulhassan. Google juga ke yang uruskan Domain Authority. Masa du try cari info tadi ada pula terjumpa istilah Trust Rank.. aduyai, terus saya bukak youtube layan lagu..

    ReplyDelete
  24. Baru berada di tahap 32... masih banyak lagi nak kena kejar ni nampaknya

    ReplyDelete
  25. byk sgt nak kena kejar ni...huhu...btw, thanks for sharing bro HH ^^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement