As-Salam. Buruk nama dibuatnya, mana tidak, hadiah dijanjikan kepada kita, bila dah ada pemenang tapi hadiah tak sampai-sampai lagi kepada mereka yang berhak. Penat buat kontes, dan letih pilih pemenang, akhirnya kegembiraan yang patut diberikan, menjadi satu penyesalan yang tak sudah.

Bila Penaja Kontes Berdiam Diri

Sejak akhir-akhir ini, ramai blogger yang anjurkan kontes atau peraduan di dalam blog terpaksa berdepan dengan masalah penaja yang tidak 'menunaikan janji'. Terpaksalah si penganjur berdepan dengan masalah para pemenang yang bertanyakan soal hadiah yang tidak kunjung tiba. Apa boleh buat, benda dah berlaku, ingatkan segalanya berjalan dengan baik, tetapi .....

Sayang sekali. Yang buruk dan busuk adalah penganjur, penaja kontes berdiam diri.. tak boleh nak kata apa. Kata mahu serah dan berikan kepada para pemenang, tapi tak ada bayang pun hadiah yang dijanjikan. Aduh nasiblah pada mereka yang dapat situasi begini.

Saya pasti ramai blogger yang rajin anjurkan kontes, malah segmen tertentu berdepan masalah ini, cuma mungkin mereka lebih suka berdiam diri.

Nampaknya cara paling baik lepas ini - kalau mahu mencari penaja adalah dengan mengkehendaki penaja berikan penajaan dalam bentuk wang ringgit. Cara begini lebih mudah. Dan paling baik, ia disalurkan atau diserahkan sebelum kontes itu dimulakan lagi bagi mengelakkan sebarang perkara yang tak dapat dielakkan berlaku.

Bila penaja kontes berdiam diri, tak dapat tidak, sebagai penganjur kena juga berjawab dan berikan penjelasan kepada mereka yang menunggu buah durian yang tak gugur-gugur walaupun dah dijolok-jolok dengan galah panjang.. hurmm .. :(


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement