As-Salam. Janganlah tercengang tengok tajuk entri ni, buat biasa-biasa dah. Saya cuma nak kongsikan kepada anda mengenai satu perkara yang mungkin jarang orang ambil kesah, tetapi kalau kena caranya, blog anda akan diminati dan disukai oleh pengunjung.

Blog Perlu Berikan Lebih Dari Sepatutnya

Apakah yang saya maksudkan dengan blog perlu berikan lebih dari sepatutnya? Ok. Katakan anda tulis tajuk entri anda - Pergi Melancong ke Cameron Highlands. Dalam entri anda tu, anda tulis cerita anda bersuka ria, beli belah, tangkap gambar itu, tangkap gambar ini tapi ... itu setakat cerita anda sahaja. Apa yang perlu anda berikan lebih kepada pembaca entri anda itu adalah ... seperti contoh di bawah ini.

  • Berikan tips tempat paling best untuk ambil gambar di Cameron Highlands
  • Berikan panduan tempat mana yang boleh anda beli sayur dengan segar tetapi murah
  • Berikan juga cara nak pergi ke satu-satu tempat yang menarik di Cameron Highlands.

Haa .. tu sekadar contoh. Ia boleh anda tulis dalam entri asal anda tadi - Pergi Melancong ke Cameron Highlands, atau anda boleh tulis secara berasingan tetapi anda sertakan permalink atau link ke entri-entri yang saya sebutkan di atas tadi .. yang tips tips tu la.

Inilah yang saya maksudkan berikan lebih daripada sepatutnya. Mereka mungkin sekadar nak tahu cerita anda, tetapi anda berikan pula tips itu dan ini mengenai percutian anda. Haa .. ini yang buatkan entri anda menarik, dan mungkin blog anda juga menarik.

Tak mustahil nanti, entri anda dirujuk pula oleh pengunjung blog anda untuk tahu mengenai Cameron Highlands.

Saya tulis ni sebabnya ialah, ada entri saya yang menjadikan saya seolah pakar mengenai Parit Buntar. Ada yang tanya saya soal rumah sewa, ada tanya saya tentang tempat menarik kat Parit Buntar, mengenai Shopping Mall baru nak buka pun mereka tanya saya, gara-gara sebab entri saya mengenai Parit Buntar.

Jadi, cubalah berikan lebih daripada apa yang anda ingin ceritakan. In Sha Allah, nanti akan ramai suka dan mungkin menjadi pintu rezeki juga buat anda. Tak percaya? Cubalah buat.


6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya pulak, tulis cerita pasal pengalaman sebagai pelajar farmasi. tapi bila musim budak2 baru nak masuk U, utk kos farmasi terutamanya, ramai yg bertanya macam2 pasal study farmasi. buku apa nk beli la, assigment la, dsb. ada yg mntak nasihat, mcm saya ni pakar motivasi la pulak.. hehe..

    BalasPadam
  2. Nurfaezah Abdullah15 Jun 2013 pada 11:41 PG

    hehe best gak ye share info/story ngan readers

    BalasPadam
  3. Saya akan menulis tentang bagaimana mengenal kereta anda...dan bagaimana menjaganya kereta anda. Penerangan yang paling mudah dan bersantai, tak lama lagi....ikuti semua ini dalam akmalshamsuri.blogspot.com....

    BalasPadam
  4. saya sentiasa mengikuti blog anda...good info. nanti saya akan keluarkan entri tentang KERETA dan ANDA. Layari blog saya... akmalshamsuri.blogspot.com

    BalasPadam
  5. Ok..ada juga saya buat sesekali bila saya post entri saya pergi jalan-jalan cari makan. hehe..

    BalasPadam
  6. minat terhadap gajet dan teknologi menjadikan saya menulis mengenai teknologi di iAwani, ramai pengunjung bertanya kepada saya harga gajet terbaru dan perbandingan di antara beberapa gajet, misalnya iPhone 5 dengan Samsung Galaxy Note II. Minat punya pasal. Tak sangka sampai ke tahap tu bila mana kita ini dilihat sebagai 'pakar'.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement