Bukan Semua Orang Faham
Kadangkala apabila kita menulis sesuatu, kita merasakan pembaca akan faham apa yang kita tulis, apa yang kita sampaikan - tapi saya terutamanya sering terlupa, dalam menulis tiada tanda intonasi dan corak pembacaan juga berbeza. Saya pernah menulis mengenai perkara ini satu ketika dahulu, yang mana menekankan pengolahan ayat untuk membolehkan pengunjung membaca dan memahami cara isi kandungan disampaikan. Tapi kini, nampaknya sindrom 'Aku Tulis Aku Sorang Je Faham' dah terjadi pada diri saya sekali lagi!Maaf. Apabila dah merasakan macam ramai baca blog, dan komen-komen pula dah jadi kurang, maka saya anggap bahawa semua orang dah faham dan tahu. Tapi, apabila yang meninggalkan komen dan bertanya balik mengenai apa yang saya tulis - itu bermakna si pembaca itu tidak faham apa yang disampaikan - atau ..... dia memang tak baca dari A sampai Z. :)
Mengapa Komen Itu Sangat Penting Buat Pemilik Blog
Jadi, bagi sayalah, amat penting komen itu ditinggalkan, pendapat diluahkan kalau-kalau tak faham apa yang ditulis. Saya sangat perlu komen-komen anda.....jika ... anda tidak faham. Kalau faham, oklah, bolehlah saya menarik nafas kelegaan.Pemahaman Adalah Berbeza
Anda tidak boleh expect pengunjung A akan membaca dengan pemahaman sama dengan pengunjung C, begitu juga pada pengunjung B. Mungkin, A itu sekolahnya agak tinggi kat Cameron Highlands, manakala B pula mungkin sekolah di bandaraya besar seperti KL, dan C mungkin hanyalah seorang surirumah yang dulunya pelajar IPT.Entri Dalam Blog Tak Boleh Buat 100 Peratus Orang Faham
Latar berbeza ini akan menghasilkan corak pembacaan dan pemahaman yang berlainan, maka sangat-sangat penting bagi seorang blogger yang mahu menyampaikan ilmu dan berkongsi informasi menulis sesebuah entri yang boleh difahami hampir semua orang (tak boleh capai 100 peratus semua orang faham).Memang sukar, tetapi antara tips terbaik untuk mengetahui samada orang lain faham dan sedar ialah dengan mengakhiri sesebuah entri dengan satu bentuk pertanyaan.
Sama la juga bila cikgu mengajar..ingat cikgu semua murid faham
ReplyDeletekekadang bila entry terlalu panjang ini membuatkan si pembaca mengambil jalan singkat untuk terus komen hanya dengan pembacaan melalui seperenggan ayat sahaja tanpa menghabiskan ayat seterusnya atau memahami isi kandungan..
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.