As-Salam. Semalam ada rakan blogger bertanya, bagaimana nak pindahkan blog wordpress (WP) ke blogspot? Hmm ... kalau ikut pengalaman, memang saya tak pernah la buat lagi, dari blogspot ke Wordpress pernah la. Lagipun agak pelik juga bila ada blogger bertanya mengenai benda ni - ibarat anda berpatah balik ke belakang. Bagi saya, siapa yang ada blog WP ni, dah kira lain level dah.

Kelebihan Wordpress

Sistem WP dengan Blogspot tak sama, malah sistem WP lebih baik dari banyak segi. Kalau bab SEO, memang blog dengan platform WP ni champion la. Hari ni buat blog, esok lusa dah boleh tersenarai dalam enjin carian kalau kena kaedah dan tatacaranya. Ramai blogger yang nak buat duit secara maya akan gunakan WP kerana ternyata ia lebih berkesan selain berikan banyak kelebihan yang tidak ada dalam blogspot.

Sebab Pindah WP ke Blogspot

Tapi, tak semua orang boleh intim dengan WP ni, ada yang tak berapa ... jadi mereka yang dah berada dalam persekitaran tersebut dan dapati mereka tak boleh nak go on, maka pindah ke blogspot adalah jalan penyelesaian.

Bukan itu sahaja sebab, mungkin satu lagi sebab ialah kekurangan dana untuk tampung hosting berbayar, almaklumlah, bukan semua blogger mampu. Banyak dah blog WP yang hosting sendiri berkubur begitu sahaja. Selalunya blog WP yang hosting sendiri ini agak renyah sikit, bukan apa .. nak kena maintain tu ... kejap-kejap nak kena update, kejap-kejap nak kena backup .. ishh macam-macamlah, dan blog WP sangat terdedah dengan kegiatan gila penggodam dan pencuri maklumat.

Oklah. Sudah-sudah saya merapu, tentu yang mahu cari info tentang bagaimana nak pindah WP ke blogspot dah naik menyampah baca ... maaf, saya memang mulut tak reti nak berenti kalau bab nak mengomen ni.

Cara Pindah Wordpress ke Blogspot

Caranya mudah sahaja - walaupun saya tak pernah cuba .. hehehehe.. hanya pergi ke aplikasi online berikut - Wordpress2Blogger (klik) ikuti arahan yang diberikan, dan in Sha Allah ... semuanya akan ok. Oh ya, cara ini hanya untuk blog wordpress.com dan bukan wordpress.org ye. :)

Ohblogger pindah blog wp ke blogspot

Cuma satu je masalah, jika blog WP anda tu dah terlebih saiz 1MB, mungkin tak boleh nak guna cara ini. Jika begitu, cuba rujuk entri ini - Teknik Pindah WP Saiz Lebih 1MB ke Blogspot

Selamat mencuba.


4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. minimum size 1 MB je bro HH? biar betul...just tanya. Tak pernah terlintas nk pindah dari WP ke Blogspot. Cuma hairanlah, kecik benar size tu

    ReplyDelete
  2. Ini untuk mereka yang baru cuba WP tetapi tiba2 ... macam blur ... lalu nak guna blogspot balik ...

    ReplyDelete
  3. haha perlu ke tukar balik ke blogger?


    ikut sendiri jelah :D

    ReplyDelete
  4. 1MB..boleg buat apa dgn saiz sebesar tu..pasal tu dia tukar..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement