Cari Jemaah Blogger Sendiri
Ingat mengenai satu lidi dengan seikat lidi tak? Dari situ dah boleh nampak kekuatan yang ada dalam sebuah jemaah yang ramai, dalam sebuah kumpulan, dalam sebuah komuniti.
Anda akan lemah apabila berada di luar jemaah ini. Memang sukar bergerak sendirian. Saya sendiri pernah alaminya. Blog saya hampir tiada pengunjung dan pembaca kerana penyisihan sendiri. Tapi, apabila saya mula aktif dalam satu-satu komuniti, dalam satu-satu jemaah, dalam satu-satu kumpulan, blog saya mula diberikan laluan. Semakin ramai pengunjung dan pembaca singgah di blog saya. Bukan kerana usaha saya, tetapi usaha rakan-rakan di dalam jemaah blogger itu sendiri - saling bantu, saling mengait, saling tolong sesama masing-masing.
Dengan adanya jemaah, kita boleh tepis perkara tidak elok berlaku. Dengan adanya jemaah, kita tahu arah yang betul dalam dunia blog ini. Mungkin tidak seratus peratus, tetapi adalah lebih baik berada di dalam satu kumpulan dengan minat yang sama daripada berdiri, bertatih, berjalan, berlari dalam kesendirian. Tak gitu?
assalamualaikum hh...satu perkongsian yg menarik...:)
ReplyDeletemmg ada benarnya..
ReplyDelete“Tidak banyak yang dapat dilakukan bersendirian,
sangat banyak dapat dilakukan bersama -
Helen Keller
“Alone we can do so little, together we can do so
much”
so true.. satu perkongsian yg sangat bagus dan harus dipraktikkan oleh semua
ReplyDeleteTerima kasih. @adza irdawati adalah antara blogger yang banyak berikan semangat dan boleh dijadikan contoh.
ReplyDeleteWow .. @Mama Pipie buat saya terkesima. Terima kasih Quote yang diberikan.
ReplyDeleteTerima kasih @Maszull
ReplyDeletebetul betul betul.
ReplyDeleteAssalamualaikum,
ReplyDeleteHebahkan apa saja barangan yang anda ingin jual atau iklankan perniagaan di laman web www.produkmuslim.info
Terima kasih
salam. siapa nak join jemaah blog sy? angkat tangan!!!
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeleteterima kasih bro,sy pun masa mula-mula kenal blog ni banyak baca tips dari blog bro..ni pun masih bertatih lagi dan perlu tunjuk ajar dari rakan blogger semua..
Salam abg hasrul..
ReplyDeleteTahniah abg hasrul menang iPad mini. Kenit tengok kat facebook weeclicks sat tadi (^_^). Tahniah again!
Terima kasih, tadi ada terima email daripada pihak mereka.
ReplyDeleteW'salam. Pelan-pelan. Tak ada jalan pintas dan mudah. Yang jadi mudah dan pintas tu adalah disebabkan kadar usaha kita.
ReplyDeleteimpian saya mahu membina jemaah sendiri, yakni kumpulan bloggers yang menulis di blog yang sama. bezanya masing-masing ada kategori tertentu yang mereka tulis namun di publish di bawah satu blog yang sama. Conton terbaik adalah seperti Engadget.
ReplyDeletewahhhh... tajuk entri yang mengancam.... bukan setakat jemaah di masjid / surau. jemaah blog pun ada juga ya...
ReplyDeleteAssalamualaikum. sheila sokong entri HH! tapi payah gak bila run sekumpulan ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.