As-Salam. Haa .. ini adalah peluang yang diberikan oleh blogger yang cukup dikenali - Cik Laili kepada mana-mana blogger yang berminat nak tambah pendapatan sampingan. Kepada sesiapa yang berminat, bolehlah mohon jadi penulis jemputan di blog Cik Laili yang memang cukup mantap tu.

Peluang ini sedang dibuka mulai 1-30 Jun 2013 dan penulisan yang terpilih akan diberikan bayaran saguhati selain ia diterbitkan dalam terbitan blog pada bulan Julai 2013.

37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea

Dapat Duit Jadi Penulis Jemputan di Blog Cik Laili

Syarat-syarat mudah untuk penulisan atau menjadi penulis jemputan di blog Cik Laili adalah seperti berikut:

  • Entri boleh ditulis menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris dan digalakkan untuk menggunakan tatabahasa yang betul.
  • Entri berbentuk fitnah, hasutan, perkauman, kontroversi, politik, lucah dan artis adalah dilarang sama sekali.
  • Gambar dan pautan yang bersesuaian adalah dibenarkan.
  • Pemilihan entri akan dibuat sendiri oleh ciklaili.com.
  • Entri yang diterbitkan akan menerima bayaran saguhati.
  • Entri pilihan berkisar mengenai
    • Pengalaman belajar atau bekerja, catatan percutian, pengalaman menghadapi situasi tertentu dan sebagainya 
    • Perkongsian ilmu - tip, panduan, tutorial, resepi, petua 
    • Penulisan kreatif - cerpen, sajak, pantun 
Amacam? Berminat tak? Kepada mana-mana blogger yang berminat nak jadi penulis jemputan di blog ciklaili.com boleh rujuk entri ini (klik) untuk cara dan kaedah hantar penulisan anda tersebut.
Dapat ganjaran tunai jadi penulis jemputan blog ciklaili

Untuk info, blog ciklaili.com merupakan bawah 1000 blog terbaik trafik Alexa, dan merupakan antara blog mesra SEO yang sering muncul di paparan utama enjin carian.

Buat Duit Dengan Menulis


6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nak join jgk ler cam ni, hehehe

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronJune 11, 2013 at 8:33 PM

    menarik ni...

    ReplyDelete
  3. Nurfaezah AbdullahJune 11, 2013 at 8:48 PM

    for malaysian bloggers e ke?

    ReplyDelete
  4. Faezah : terbuka kepada semua blogger.


    Terima kasih sebab sudi promote di blog ini :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement