As-Salam. Jatuh dalam bertatih lebih baik, kerana selalunya anda akan bangkit dan bangun. Kalau jatuh ketika berlari, selalunya ... nak bangkit dan bangun agak sukar sedikit. Kenapa? Sebab lukanya lebih parah, dan lebih dalam, parutnya juga lebih nampak.

Begitulah dalam dunia blog ini. Anda tak boleh jangka bahawa apa yang anda impikan, apa yang anda inginkan dalam dunia blog Malaysia akan datang dan hadir dengan mudah. Ia tidak sesenang pada mata dan pandangan kasar yang anda nampak. Ia bukan satu kesimpulan mudah dengan hanya melihat pada kejayaan.

Jarang antara kita melihat kegetiran dan susah payah. Pada ramai, mereka lebih suka melihat pada yang seronok sahaja, yang bagus dan yang menggembirakan. Hanya sedikit yang akan melihat sedih dan pilu dalam pemerolehan sesebuah kejayaan. Bagi mereka itu sejarah yang tak perlu diungkap lagi, biarlah ia dibenam dan ditenggelamkan oleh zaman dan masa silam.

Inilah kesilapan dalam mencari kejayaan. Itulah yang sebenarnya pada kita yang sedang bertatih ni harus lihat. Bukan nak mencari jalan mudah, tetapi memahami dan mempelajari kesilapan orang berjaya supaya kita tak mengulanginya. Adakah kita mahu terjatuh dalam lubang yang sama, andai kita dah tahu ramai yang melalui jalan itu patah kaki kerana lubang tersebut? Tidak ... seharusnya anda elak melalui jalan itu, namun, kalau mahu ikut juga, waspada dengan lubang yang ada, kerana anda sudah pun diberitahu dan diamarankan. Anda telah diberikan pengetahuan dan ilmu mengenainya.

Ali berjalan di satu lorong, dia terjatuh dalam lubang. Dia bangun, tetapi dia membiarkan lubang itu tidak bertutup. Esoknya, Ahmad melalui lorong yang sama, lalu jatuh juga di lubang sama di mana Ali telah jatuh semalam. Ahmad bangkit tetapi kali ini dia meletakkan papan tanda "Di sini ada lubang".

Dua tiga hari selepas itu, Kasim pula melalui lorong itu. Kasim ada rabun jauh, dia tidak nampak papan tanda "Di sini ada lubang", maka Kasim pun terjatuh di dalam lubang yang sama. Kasim tak mahu orang lain yang rabun macam dia jatuh ke dalam lubang, lalu dia cabut papan tanda, dan tutup lubang tersebut dengan batu dan pasir.

Kemudian, Hasrul pula melalui lorong yang sama. Hasrul tidak jatuh, tetapi terhentak apabila melalui lubang tersebut, sebab Hasrul sedang memandu kereta Porshe yang sangat laju. Akibat hentakan, kereta Porshe ada sedikit kerosakan. Hasrul tak mahu orang yang ada kereta sepertinya melalui lorong itu dan termasuk ke dalam lubang yang sama. Lalu dia pasang papan tanda, pasang lampu amaran, tutup lubang dengan lebih baik dan uji lorong itu agar tak timbul masalah lagi.
Ya, lorong itu sudah diperbaiki, lubang juga sudah ditutup malah sudah ada tanda amaran bahawa terdapat bahagian yang tidak rata.

Namun, selang tahun, papan tanda jadi lusuh, lubang itu juga mula membentuk semula. Kali ini, Ali Kasim pula yang lalu, dan dia rabun, tidak pula perasan akan amaran, dan dia memandu Ferrari yang juga laju. Lubang yang dulunya tertutup kini sudah kembali menjadi lubang. Apa akan berlaku pada Ali Kasim?

Kesilapan tetap akan berlalu walaupun sejarah dah beri buruk dan baiknya. Malah, walaupun berlaku kesilapan dan kesalahan yang sama, masih banyak ruang yang boleh diperbaiki mengikut kefahaman dan kebolehan seseorang.

Setiap kali anda terjatuh, berilah pedoman pada yang lain. Bukan hanya cerita soal gembira, tetapi juga soal getirnya. Setiap kali anda bangun, jangan tinggalkan pengalaman pahit, tetapi sematkan dan ingat supaya ia tidak kembali dalam kehidupan.

Orang yang jatuh bertatih agak untung, kerana sudah ada sikap berhati-hati. Mereka tidak melulu dalam mencapai sesuatu. Bingkas bangun dan belajar. Luka kecil boleh baik dengan mudah.

Orang berlari, jatuhnya mungkin lebih teruk... walaupun berlari dengan memakai kasut mahal. Mungkin dirinya tak cedera tetapi kasut mahal mungkin rosak.

Fikir-fikir.



1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mendalam dan penuh bermakna entri kali ni..terima kasih kerana perkongsian yang pelbagai tafsirannya ini.sendiri2 fahamkan entri ini..:)-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement