As-Salam. Apakah yang sangat-sangat dimahukan oleh blogger-blogger baru dalam komuniti blogger Malaysia? Saya cuba rungkaikan apa yang mereka sangat suka dan mahu apabila berada di dunia blogger Malaysia. Inilah keseronokkan seorang blogger baru apabila mereka buat blog. Dan buat blogger lama, sudah tentu anda yang punyai pengalaman lebih baik dapat cuba bantu memberikan sedikit keseronokkan buat mereka.
OhBlogger keseronokkan blogger baru

Keseronokkan Seorang Blogger Baru

  • Blogger baru seronok jika ada blogger lama hargai apa yang mereka tulis dan kongsikan dalam blog.
  • Blogger baru seronok andai entri mereka dikomen oleh pengunjung dan pembaca blog.
  • Blogger baru seronok jika blog mereka diberi review secara percuma.
  • Blogger baru seronok kalau ada blogger yang suka mempromosikan blog mereka secara percuma.
  • Blogger baru terasa seronok jika earnings menerusi iklan dapat 20, 30 sen; terutama menerusi iklan Nuffnang dan Churp Churp yang diberikan oleh pengunjung yang sudi klik iklan mereka.
  • Blogger baru sangat teruja apabila blog mereka jadi perhatian dalam majalah dan blogger-blogger hebat dan terkenal.

Ya, blogger baru mahukan perhatian daripada blogger-blogger yang dah lama berada di dalam dunia blog Malaysia yang banyak duri dan liku ini. Mereka bukan saja dahagakan perhatian, tetapi juga bimbingan dan pedoman supaya kekal berada di dalam dunia blog.

Tak banyak yang mereka minta, dan anda pun tak perlu banyak memberikannya. Jika anda blogger lama yang punyai kelebihan, cubalah berikan sedikit ruang buat blog-blog baru dan blogger baru ini menapak.

Mungkin ada blogger berpendapat, blogger baru perlu belajar sendiri untuk berjaya ... tapi tak salah bukan kalau ada ilmu dan pengalaman sedikit-sedikit itu dikongsi dan dicurahkan. Bukan luak pun ... malah kalau anda sebagai blogger yang ada kelebihan dapat bantu, sudah tentu akan ada lebih kejayaan menanti, in Sha Allah.



11 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. seronok jadi blogger...

    jom lepak santai kat blog kawan...

    ReplyDelete
  2. Tidak kira lama atau baru...masing2 perlukan sokongan,

    ReplyDelete
  3. saya ni x tau nk masuk katagori mana.. nk kata lama, masih banyak yang tak tahu, masih belajar dalam dunia blog.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Benar bro..


    Sebagai blogger kena selalu hargai blogger yang baru nak naik.. hehe


    Bro HH.. adalah sifu saya.. :)

    jadi silent reader akhir2 ini.. :)

    ReplyDelete
  5. yuppp... sebab itu kita mesti sokong mereka...

    ReplyDelete
  6. betul tue. tue yang diinginkan sebagai blogger baru. ^_^

    ReplyDelete
  7. Teringat masa zaman mula2 buat blog ... sedeyyy siot .. hehehehe

    ReplyDelete
  8. @Naim ... anda pula adalah kekuatan saya ...

    ReplyDelete
  9. Ya. Blogger Malaysia perlu saling bantu membantu .. yang ada ilmu berikan ilmu.... yang ada kepakaran, kongsikan kepakaran.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement