As-Salam. Saya tersilap langkah, dan mungkin anda juga ikut jejak yang sama. Ini adalah satu kesilapan besar yang telah saya lakukan hingga menyebabkan blog kehilangan trafik, dan pada masa yang sama menjejaskan kredibiliti. Saya tersedar, dan saya ingin maklumkan kepada anda mengenai kesilapan ini.

Apa yang saya silap? Saya silap kerana ping entri yang sama dalam masa yang sama di laman sosial Facebook terutama di laman-laman group blogger seperti Kelab Blogger Ben Ashaari, Gengblogger, pastu kat Kami Blogger pastu kat Sahabat Blogger ..  sampai lebam nampak entri saya je.

Kesilapan Dalam Ping Entri di Facebook

Ohblogger - Kesilapan ping entri blog dalam Facebook

Cara gini memang la bagus untuk promosikan blog tapi silap besarlah kerana ping benda yang sama dalam satu masa. Apa yang patut saya buat ialah ping entri berbeza. Walaupun akan nampak entri-entri saya je, tapi paling tidak ia bukan entri yang sama. Bukan apa, kekadang ada je nampak nyampah asyik muka mamat ni je muncul.

Ping Nampak Seperti SPAM

Yang akan baca adalah orang yang sama gak nanti. Jadi apa guna ye tak? Lebih baik pelbagaikan dalam satu masa tu dalam satu-satu group. Cara ini akan menarik pengunjung yang berbeza-beza ikut minat terhadap entri kita tu.

Ini adalah kesilapan saya. Anda mungkin tak buat macam saya yang gila ping sana-sini sebab saya tahu ramai daripada anda lebih bijak dari saya yang ntah apa-apa ni. Saya bajet terrer je tapi habuk pun tarak .. hahahaha....

Oklah, buat anda yang baca entri ni, jangan buat apa yang telah saya buat ... ping entri yang sama merata dalam masa yang sama. Cuba buat sela masa, dan cuba ping entri berbeza dalam satu-satu group tu di Facebook. Paling tidak akan nampakkan kita rajin update entri ... huhuhuhu... ye tak?

*p.s: Saya baru sahaja terima komisen dari Jobdirumah untuk kali errr .. ntah berapa ntah .... dah join? Belum? Boleh join di sini - http://jobdirumah.com/jobmudah2013


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sering berlaku... dah terlajak kan


    sabo jelah yeop

    ReplyDelete
  2. errr.. teman selalu buat macam tu gak HH.. x bole ke?

    ReplyDelete
  3. err,,, rasa macam ok je,,, tak tahu la,, haha

    ReplyDelete
  4. Selalu gak ping entri sama serentak dalam satu masa.. Huhu.. Salah rupanya teknik tu.. Lepas ni kena pelbagaikan entry kalau nak ping dalam satu masa.. =)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. baru sheila tahu. mujur sheila dah leave kebanyakkan group. tinggal lagi 5 je. sayang nak buang semua. hehehhee. haritu sheila ping 1 entri yang sama kat semua group sampai dia kira kita spammer. sedih. terus log out fb.

    ReplyDelete
  6. Sekarang semakin tahu, kenapa bila ping byk2 di FB group tapi habuk tak dak....sia2 saja usaha kita selama ini.

    ReplyDelete
  7. Rupanya buat begitu...tak mendatangkan hasil...kena cuba cara yg Tuan HH sarankan. Supaya ia tidak menjadi spam.

    ReplyDelete
  8. ooo..ok...huhuu..sy kerap buat..lepas ni tak buat lg...buat mcm HH sarankan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement