Muzik Berikan Mood Menulis Entri
Muzik boleh berikan mood dan mempengaruhi lentok dan liuk bahasa semasa menulis entri. Jika anda mahu menulis sesuatu yang segar, pilih dan mainkan lagu-lagu segar. Sangat sesuai apabila anda menulis entri mengenai kesihatan, mengenai makan-makan atau kisah anda bersama rakan taulan.Jika terfikir mahu buat entri mengenai motivasi atau berbentuk dakwah, pilih lagu atau muzik ketuhanan, nasyid umpamanya. Dengan alunan lunak serta bait-bait lagu yang menikam jiwa, pastinya nanti tulisan dakwah anda lebih terbekesan di hati. Mungkin juga boleh buat orang membacanya terasa insaf dan menangis dalam hati.
Mungkin juga diri sedang dihimpit rasa sedih, gelisah, kecewa; muzik beralun syahdu adalah peneman terbaik untuk membolehkan anda menulis entri menusuk kalbu, yang menyorot pembaca blog anda untuk sama menangisi apa yang anda sedang alami.
Andai anda belum mencubanya, cubalah selepas ini, buatlah entri yang anda mahu pembaca baca di blog anda. Pasangkan lagu berdasarkan rasa anda, ketika itu nanti akan ada satu aura yang bakal memberikan anda segala idea terbaik dalam mengarang setiap ayat anda. Ia seolah menari dengan corak penulisan anda .... ada unsur kejiwaan, ada unsur lagu ....
Cara mudah pasang lagu semasa buat entri, gunakan YouTube.
Tapi .....
Jangan pula masukkan lagu yang tidak boleh pengunjung blog anda tutup atau hentikan dalam blog anda. Nanti lari pula mereka apabila lagu terpasang lagu K Pop ... tapi entri yang sedang mereka baca adalah entri mengenai kekasih anda mati kena langgar lori ... haaa kan tak sesuaiiii tu ...
Selamat mencuba.
selalu jugak menulis sambil dengar lagu, kadang kadang termasukkan lirik dalam penulisan hehe.
ReplyDeletetapi kalau blog yg ada music, mmg paling xsuka. kdg tu tiba2 kuat bunyi. terkejut aku . terus tutup blog tu. cr butang pause tak jumpa.
ReplyDeleteblog yg de muzik tnpa lagu sedap didengar mmg blh tngkn minda, tapi kalau de lirik sekali serabut kepala, trus close je blog tu...
ReplyDeleteHmm ya .. kalau ada lirik .. cam melalak la pulak kan?
ReplyDeleteHmm ..isu yang sepatutnya blogger baru ambik serius kan?
ReplyDeleteyup.. tapi mostly buat tak kisah.
ReplyDeleteLepas ni harapnya ada blogger yang ambik kesah, sbb selalu sgt yang rungut tak ada mood nak tulis entri baru.
DeleteBetul juga, terima kasih atas perkongsian ini
ReplyDeleteHahaa.. tergelak saya baca ayat2 perenggan yg terakhir tu.. hadoii.. dpt bayangkan mcm mana situasi pembaca ketika tu.. Mmg betul, salah satu inspirasi berblogging.. muzik & lagu2 yg sesuai dgn jiwa.. setuju sgt2.. terbaiklah.. :) :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.