As-Salam. Tak relevan, begitulah yang boleh saya katakan mengenai segmen-segmen yang menganjurkan setiap blog yang ambil bahagian untuk follow blog peserta orang lain. Kalau ada pun, daripada 100 blog ambil bahagian, mungkin hanya 20 je yang tepati 'janji' dan syarat disertakan.

Bukan nak kondem mereka yang buat segmen seperti itu, tetapi nyata ramai peserta yang join tak ikut syarat ditetapkan. Tak percaya? boleh baca luahan rakan blogger ini - Operasi Unfollow Blog-Blog Yang Sombong

Saya pasti bukan seorang dua blogger yang luah rasa tidak puas hati, malah ramai lagi. Paling kasihan adalah penganjur, kerana kredibiliti tercalar kerana anjur sedemikian. Ramai yang join ingatkan dapatlah tambah follower, dapatlah naikkan trafik, tapi tak jadi apa-apa pun. Ramai yang hampa.

Dah Berhenti Buat Segmen Follow Follow

Itu sebab juga saya sendiri dah kurang aktif nak anjurkan segmen seperti itu. Kali terakhir saya anjurkan segmen, saya suruh peserta hantar url permalink entri ke borang pendaftaran. Dari situ, saya pilih satu persatu peserta segmen saya tu, dan saya promosikan mereka dalam blog ini sedaya boleh.

Antara blog-blog yang dah saya promosikan menerusi segmen tersebut:
Dan banyak lagi blog-blog yang saya promosikan secara berperingkat di sini - Blog Pilihan 2013

Saya tak senaraikan seperti kebiasaan blogger lain buat. Bukan apa, kalau disenaraikan, belum tentu akan ada yang singgah semuanya. Dari situ, paling tidak kalau tak berjaya tambah follower blog mereka pun, dapatlah juga diberikan atau dikongsikan sedikit trafik blog ini. Ala ... paling busuk pun, kalau ditaip kat enjin carian, akan terpaparlah blog mereka.

Ini cara saya, yang sesetengah orang tak berapa suka. Mungkin mereka nak segmen yang mudah bagi diri mereka.

Salah Penganjur

Ramai juga peserta segmen menyalahkan penganjur, kerana apa yang penganjur janjikan tak berjaya ditunaikan. Nak buat camner, benda percuma ... bukan anda kena bayar. Kalau bayar, mungkin lain ... contohnya bayar untuk letakkan banner blog anda di blog mereka.... haaa tu lain.

Sukarnya Nak Promosi Blog

Memang susah nak promosikan blog. Ada kala, buat cara ini menjadi, ada kala buat cara begitu tak menjadi. Janji ada usaha nak buat. Janganlah fikir anda join satu segmen terus blog anda mencanak dapat ribuan follower, dapat ribuan trafik.

Yang penting ialah .... kandungan blog anda tu. Kalau entri blog dah bagus, in Sha Allah .... perkara lain seperti follower, seperti trafik akan naik dengan sendiri. Bukan takat manusia je suka, enjin carian macam Google pun akan suka.

Ramai nak jalan mudah. Tapi bila dah beri jalan mudah, tak mahu lak ikut .. takutttt kononnn...

Nih jalan mudah untuk ada bisnes online, tak nak join? Percuma je pun - Jomniaga.com





15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. stuju sgt2 ngan bro HH..

    ReplyDelete
  2. ye setuju jugak.tu sebab saya jarang nak join segmen...berdengung setika tengok syarat2 kena follow itu ini...alahai.saya join pun blog kawan2 yang memang dah lama saya follow,yelah masa nilah kena support depa ye tak he3..

    ReplyDelete
  3. sukmawati binti haronJune 14, 2013 at 4:50 PM

    ada pro dan kontra, kadang-kadang ada segmen banyak nak kena like & follow....
    tak sesuai rasanya lagi.....

    ReplyDelete
  4. Baru je ke blog Abe Kie, tgok2 HH terbit entri ni...
    Inilah antara sebab x suka joint segmen, kesian penganjur... dapat peserta yg tidak bertangjawab.
    Tak kesah dgn follower sikit tapi yg penting UV tetap ok...

    ReplyDelete
  5. Sokong.. kandungan tu yg jd aspek utama kalau nak maintainkan blog...

    ReplyDelete
  6. satu keterangan yg padat. apa yg penting penulisan yg jitu padu dan ummpphhhh...

    ReplyDelete
  7. Resam dunia tuan. Ataupun mungkin juga dah lupa dengan janji. Apa-apa pun, kandungan blog yang baik, lebih efektif.

    ReplyDelete
  8. Yea btul juga tu.. banyak yg kena ikut itu ini la ..

    ReplyDelete
  9. Hmm maka bijaklah pilih mana segmen yang sesuai.

    ReplyDelete
  10. Sukar bila berada dalam dunia online ni....semua nak kena pantas, kalau tersadung sikit .. uhh lenguh nak kejar.

    ReplyDelete
  11. Ya, harapnya semua blogger tak kira baru atau lama boleh ikut

    ReplyDelete
  12. Ya, itu sebab saya lebih suka promosikan SEO .... sejak saya mula kurang dengan segmen ni. Ada orang macam tak reti atau sengaja tak faham mengapa SEO itu penting.

    ReplyDelete
  13. Hmm ... @aleasara tentu dah ada banyak pengalaman kan ... tentu boleh share nanti.

    ReplyDelete
  14. ni semua gara2 tak teliti pro & contra sesuatu segmen.
    nk hasil cepat...well said bro!!

    ReplyDelete
  15. salam. tq hasrul krna highlight isu ini. skrg sy x nak join segmen folo memolo ni lg. cukuplah trauma yg sy hadapi selama ini. skrg sy nak fokuskan kpd content blog sy. kalau isi menarik n pandai promosi n main SEO, sure trafik akn dtg mencanak2 kan? InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement