As-Salam. Ada rakan blogger telah tersilap langkah dalam memasukkan data peribadi mengenai tarikh lahir, akibatnya, dia tak boleh akses ke perkhidmatan Google, termasuklah blogspot (blogger.com) yang mana hanya mereka berumur 13 tahun ke atas sahaja dibenarkan memiliki blog (kalau tak silap). Kerana kesilapan ini, blog yang dibuat bertahun dengan entri sudah bertingkat 'hilang' dan blog dipadamkan dari dunia blog.
Apa boleh buat, perkara nak jadi, nasi yang tadi dah boleh enak disuap masuk mulut, rupanya dah jadi bubur. Tapi tak mengapa, ia bukan satu kesudahan terakhir, nasi yang jadi bubur masih lagi boleh dimakan selagi ianya tidak basi.
Di sini, saya nak kongsikan kepada anda, seandainya berlaku masalah seperti yang disebutkan di atas, maka cepat-cepatlah anda membuat tindakan susulan dengan hubungi pihak Google.
Tatacara Dapatkan Kembali Akaun Google
Selalunya, pihak Google akan menghubungi anda menerusi email seandainya terdapat kesilapan dalam memasukkan data peribadi khususnya mengenai tarikh lahir. Namun, kadangkala kita tak ambil pusing, lalu berlakulah apa yang tidak diingini. Jika akaun Google anda telah disekat (disabled), paparan berikut selalunya akan muncul bila anda nak login ke mana-mana perkhidmatan Google, contohnya YouTube atau Blogspot.
Contoh Akaun Google Disekat
Apabila anda mendapat paparan seperti di atas, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan akaun Google anda. Maka dengan itu, pengesahan pemilikan dan umur perlu dibuat dengan segera, kalau tak silap dalam tempoh 30 hari dari hari anda tidak boleh akses ke perkhidmatan Google. Jika tiada sebarang tindakan atau pengesahan dibuat, akaun Google anda akan dipadamkan terus; dan anda tidak boleh lagi akses ke mana-mana perkhidmatan yang sedia ada.
Cara paling mudah adalah dengan buat akaun baru, bermakna anda perlu bermula dari kosong, mana-mana kenalan yang terkait dalam akaun Google akan hilang, blog yang dibuat juga sudah tidak wujud malah anda perlu memasukkan butiran diri anda dari A-Z semula.
Maka, sebagai langkah yang harus dilakukan untuk kembalikan akaun Google anda yang telah kena disabled itu, boleh ikuti cara-cara ini.
3 Tatacara Kembalikan Akaun Google Disabled
Apabila anda berada di halaman seperti ditunjukkan di bawah,
klik pada start a new request.
Kemudian, anda akan dibawa ke laman berikutnya dengan 3 pilihan pengesahan umur anda. Masukkan tarikh lahir sebenar anda, dan kemudian pilih mana-mana pilihan pengesahan umur yang sesuai buat diri anda.
Terdapat 3 pilihan untuk pengesahan umur yang telah anda masukkan, iaitu menggunakan kad debit/kredit, menggunakan kad pengenalan dan satu lagi dengan mengisi borang khas. Antara 3 cara disediakan,
cara paling mudah dan senang adalah pengesahan menggunakan kad debit atau kad kredit. Proses ini akan dikenakan caj oleh pihak Google menerusi kad kredit atau debit yang anda masukkan.
Tatacara Pertama - Guna Kad Debit/Kredit
Apabila anda pilih pilihan pertama, anda akan dibawa ke laman seperti di atas. Perlu pengesahan semula, dan anda perlu klik
I Agree untuk ke halaman
proses pembayaran caj menggunakan kad debit atau kredit. Isikan butiran kad kredit anda yang disediakan, dan klik butang pembayaran. Dalam masa kurang dari 5 minit, akaun anda akan kembali semula seperti biasa tanpa sebarang masalah. Anda dah boleh login seperti biasa ke mana-mana perkhidmatan Google.
Tatacara Kedua - Guna Kad Pengenalan Diri
Untuk pilihan kedua, anda perlu
sertakan satu salinan kad pengenalan depan belakang dalam bentuk imej (BMP, GIF, JPEG, PNG). Ini bermakna anda perlu scan kad pengenalan anda untuk disertakan dalam ruangan yang disediakan seperti ditunjukkan di bawah ini. Tekan
I Agree bila dah muat naik kad pengenalan anda. Jangan risau mengenai privasi dan dokumen anda, pihak Google akan memusnahkan segala bentuk pengesahan tersebut apabila telah disahkan dokumen yang disertakan. Proses ini akan ambil masa sedikit tetapi tidak lebih dari 24 jam - kalau tak silap.
Tatacara Ketiga - Guna Borang dan Faks
Untuk cara ketiga, anda perlu lakukan secara manual, dan kaedah ini lambat dan memakan masa. Saya tak galakkan anda guna cara ini kerana kemungkinan data peribadi anda tersesat ke tempat lain atau disalahguna agak tinggi, maka ada risiko. Jadi, tak perlulah saya cerita. Gunakan 2 langkah tadi, in Sha Allah, anda akan dapat akaun Google yang kena disabled tadi dengan cepat.
Terima kasih perkongsian ni bro. munkin sekarang x perlukan lagi tips ni. tapi mana tahu satu hari nnt momoy perlukan ia. tips amat berguna bro. really appreciate bro buat seperti entry ni.
BalasPadamhttp://www.momoy-blogirl.blogspot.com
Ia bergantung, susah nak cakap. Saya dulu biarkan je ... masa blog dapat nama domain sendiri. Banyak lagi bloglist yang masih guna nama blog lama - Bangku Kosong, walhal rss dan feed dah tukar jadi Panduan Blogger atau OHBlogger Malaysia
BalasPadamsekrng dh slowly update. sy buat 2 feed, yg lama kekalkn cuma selalu buat resync. kdg tu dia lambat. tnya google blogger group, maybe makan masa, sbb traffic tinggi baru tukar domain. huhu
BalasPadamada setengah blog bloglist yg dimasukkan blog sy update dan ada setengah xupdate. masalah feedburner or mcm mana? biasa masalah ni akan fix berapa lama?
BalasPadamYa, tapi selepas anda buat entri barulah, kalau tak nanti lain jadinya. Buat ping kat tempat lain, cam pingler, autoping, ping-tool ...
BalasPadammaknanya kena selalu buat manual ping kt feedburner utk percepatkan proses?
BalasPadamMemang camtu. Bila kita tukar domain, akan ambil masa untuk feed kita kembali normal dengan alamat baru. Berikan masa. Cadangan saya, guna feedburner untuk percepatkan proses. Lakukan ping rss setiap 2-3 jam.
BalasPadamsaya punya RSS, baru tukar to domain bankami.net. posting pertama rss function. posting kedua, ketiga terus xfunction. not update di bloglist. kenapa ye?
BalasPadamSiapa punya RSS ehh? Saya punya ke? :P
BalasPadamnasib baik aku update haritu pakai tarikh lahir melebihi paras merbahaya. hahaha...
BalasPadamp/s: bro HH, nak tnya, kenapa redirect to domain, jadi masalah pada rss post. latest post xupdate dlm bloglist.
ohhh,....baru tahu...thanks for info...
BalasPadamsalam..sy nak tnya macam mane nak delete blog yang dah tak boleh log in ye?harap boleh bantu...saya nak dapatkan balik blog tu tp password dah brtukar..tak tahu nape jadi macam tu..Terima kasih.hope boleh reply..xtau nk wat cmne
BalasPadamOk. Agak sukar sebenarnya nak delete bila kita tak ada authority untuk melakukannya. Namun, cara paling senang ialah DELETE akaun Google kita. Kalau dah delete akaun ... mana-mana blog yang attach dengan akaun akan turut dipadamkan.
PadamIni termasuklah gambar dalam Picasaweb, Google+ dan sebagainya.
Anda tidak boleh delete blog anda TANPA PERLU login. Tapi anda boleh hapuskan akaun anda yang senaraikan blog itu sebagai anda tuanpunya.
sa hrp cik dpt beri nasht ngn sa,cz akaun sa tu,da d pkai orng,sa x tau mcm mn supya dia xdpt gna akaun sa 2,sa nkblock akaun sa tu,tolng bntu sa.
BalasPadamsaya gagal mendapatkan kembali accgmail saya..no verity cod dihantar pada no tel saya yang lama sudah tidak aktif lagi......sekrang google minta memasukkan tarikh dibuat dan sebagainya....,malangnya mane saya ingat semua tu...tolong
BalasPadamAkaun saya ke hack. Nk buat macam mana nie.??? Tolong lah..��������
BalasPadamAkaun saya ke hack. Mcm mana nk dapatkan kembali akaun saya? Tolong lah.ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
BalasPadamKalau kena hacked, mcmna login id ni?
PadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.