As-Salam. Apakah tips terbaik untuk buat sebuah blog remaja terbaik? Saya pasti ramai blogger remaja mahu blog mereka tampil terbaik kan? Memang bukan mudah tapi tak mustahil untuk seorang remaja menghasilkan sebuah blog yang awesome. Ada yang fikir secara rumit tetapi sebenarnya ada banyak cara mudah dan simple untuk blog seorang remaja menyerlah.

Ok. Saya nak kongsikan beberapa tips mudah untuk blog remaja tampil terbaik dan disukai, dengan sasaran pembaca blog adalah juga remaja, bukan mak pak, orang tua macam saya ... bukan orang politik, bukan juga selebriti.

Untuk seorang remaja hasilkan blog berkisar remaja terbaik, paling penting adalah menyerlahkan sifat keremajaan anda di dalam blog. Mari lihat tips-tips yang saya sediakan ini.
3 Tips Mudah Hasilkan Blog Remaja Terbaik OhBlogger

3 Tips Mudah Hasilkan Blog Remaja Terbaik

Biodata Sebagai Seorang Remaja

Kalau anda seorang remaja aktif, maka serlahkan apa kebolehan anda. Anda perlu lengkapkan butiran diri atau biodata anda sebagai seorang remaja samada dalam Blogger Profile atau di dalam Google+ Profile. Jika ada join mana-mana kelab remaja, nyatakan dalam profile tersebut. Letakkan kebolehan yang anda ada, seperti berkayak, aktiviti sukan, gimnastik atau sebagainya.

Perkara ini perlu supaya anda menarik minat remaja lain berkongsi minat yang sama, dan mungkin menjadikan blog anda salah satu rujukan untuk aktiviti-aktiviti atau minat remaja seperti dinyatakan tadi.

Takpun, anda buat satu entri mengenai biodata atau profile anda, ceritakan secara terperinci apa yang anda suka buat dan aktiviti apa yang pernah anda lakukan. Kemudian, pastikan ada permalink ke entri profile anda itu di sidebar blog atau menu blog anda.

Lebih Banyak Tulis Aktiviti Dari Personal

Saya lihat ramai blogger remaja suka tulis perkara personal dalam blog. Kalau boleh cuba elakkan, atau kurangkan sedikit. Jika nak tulis juga, jangan terlalu peribadi sehingga ada yang cuba menangguk di air keroh. Tulis secara am, dan elakkan ayat-ayat mengada-ngada yang boleh buat pengunjung jadi menyampah dengan entri tersebut.

Tulis aktiviti-aktiviti best yang anda lakukan, kerana kadangkala entri-entri sebegini buat blog anda jadi unik kerana bukan semua remaja boleh lakukan apa yang anda lakukan. Entri-entri tersebut boleh anda tulis secara berkala atau berepisod agar blog dapat pengunjung berulang yang memungkinkan mereka jadi pembaca setia blog anda.

Entri-entri ini boleh dikumpulkan dalam satu tag atau label dan jadikan satu group entri yang boleh anda letakkan di sidebar blog anda. Cara ini akan mudahkan pengunjung tahu kelebihan blog anda selain menarik minat pengiklan untuk iklan atau mungkin jemput anda buat aktiviti bersama mereka; seperti contoh ambil bahagian dalam promosi berkayak, berbasikal atau event bersama personaliti tv (dan anda mungkin dibayar untuk buat perkara ini).

Gambar Menarik

Gambar sangat penting. Pilih gambar yang sesuai dengan entri-entri anda. Gambar tersebut tidak perlu terlalu besar - seperti mana saya pernah sebut dalam entri-entri lepas, saiz gambar maksima paling sesuai adalah 600px.

Pilih gambar yang berkumpulan, kerana sifat seorang remaja, bila ada gambar mereka (bukan tuan punya blog), mereka akan jadi seronok dan akan LIKE serta Share entri tersebut dengan rakan-rakan yang lain. Jadi teruja bila gambar masuk dalam blog remaja best macam anda .. :)

Jika ada event atau aktiviti yang tak ramai orang join, anda boleh eksklusifkan gambar-gambar tersebut dengan letakkan watermarks. Mana tahu kot-kot ada yang nak ambil gambar anda tu, boleh promosikan blog anda sekali bila ada watermarks dengan link blog anda.

Ok, rasanya cukup kot tip-tip yang saya kongsikan ini. Lebih banyak tip mengenai blog saya kongsikan dalam FB Fanpage (klik). Jika suka dengan 3 tips mudah hasilkan blog remaja terbaik ini, boleh copy-paste dalam blog anda.

Selamat menjadi blogger remaja yang dikenali ramai dan awesome ...

Kredit Foto: Journey of Syalyn Asmira


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Tip ni bukan untuk remaja jer....orang remaja tua pun boleh guna jugak ni...Interesting...

    ReplyDelete
  2. Tips berguna untuk saya yang baru je merangkak ni.. TQ abang HH..

    ReplyDelete
  3. betul juga kan. contoh mudah SAYA lah itu. huhu

    ReplyDelete
  4. wow...menarik artikel nih

    ReplyDelete
  5. errr,,,,, ok,,, nanti muja join macam2,, :D

    ReplyDelete
  6. blog remaja ni subjektif sikit.. kadang2 blog remaja, tapi pemilik blog dah masuk era dewasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement