As-Salam. Mulai awal tahun 2013 kalau tak silap saya, pihak Google telah aktifkan sistem verifikasi umur untuk membolehkan pengguna aplikasi dan juga perkhidmatan Google selamat daripada penyalahgunaan. Ia diperkenalkan kerana ada perkhidmatan Google contohnya YouTube yang memerlukan pengesahan umur bagi membenarkan penyiaran kandungan yang agak eksplisit - untuk umur tertentu sahaja. Ia juga membolehkan pengguna Google dalam Crome dan juga Firefox dilindungi dari iklan-iklan bersifat tak bersesuaian dengan umur - contoh iklan arak, iklan berunsur seks dan seumpamanya.
OhBlogger - Verifikasi umur untuk Google

Verifikasi Umur Dalam Perkhidmatan Google

Had Umur Ikut Negara

Verifikasi ini walaubagaimanapun tertakluk juga pada verifikasi umur dewasa mengikut negara, malah ia juga ada beberapa pengecualian untuk aplikasi atau perkhidmatan yang bersifat pembelajaran (educational).
  • United States: 13 or older
  • Spain: 14 or older
  • South Korea: 14 or older
  • Netherlands: 16 or older
  • All other countries: 13 or older

Beberapa perkhidmatan Google yang memerlukan verifikasi umur adalah seperti berikut:
  • YouTube: Apabila video YouTube yang punyai kebenaran umur (age-restricted), satu skrin amaran akan dikeluarkan dan hanya pengguna 18 tahun ke atas sahaja dibenarkan untuk menonton. Lebih info mengenai perkara ini, anda boleh baca di sini - age-restricted videos.
  • Google Wallet: 18+
  • AdSense: 18+
  • AdWords: 18+

OhBlogger - Verifikasi umur untuk Google
Bagi saya, pendekatan Google ini sangat dialukan bagi melindungi pengguna bawah umur (13 atau 18 tahun ke bawah) dari tersesat ke laman-laman yang tidak sepatutnya, atau melihat video-video atau gambar yang ada unsur seks dan ganas dari dipaparkan.

Saya pernah mencuba verifikasi umur ini dalam akaun Google anak saya - saya daftarkan untuk dapatkan aplikasi dari Google Play Store dan YouTube. Memang apabila sign-in menggunakan akaun Google anak saya - bawah 18 tahun, ada video-video dalam YouTube serta aplikasi untuk 18 tahun ke atas tidak akan dipaparkan. Malah iklan-iklan Google Adsense dalam blog-blog dan juga laman web pun banyak macam kanak-kanak je ... lebih kepada iklan game online dan game percuma.

Selamatkan Minda Anak-Anak Anda

Namun begitu, anak-anak boleh bypass verifikasi umur ini tanpa perlu login. Cara itu sebenarnya sangat mudah, tetapi tidak mudah diketahui oleh anak-anak. Maka, saya tidak akan ceritakan bagaimana, cukuplah sekadar mengetahui, andai anda mahu anak anda menggunakan internet, pastikan anda menggunakan pelayar internet Google Crome atau Firefox dengan id anak-anak, dan bukan id anda yang berumur 18 tahun ke atas.

Kita tahu, dunia internet adalah dunia sumber informasi pelbagai dan tanpa batasan. Ia boleh dimanfaatkan sebaiknya atau disalahguna. Cara dan kaedah ada, terpulang pada diri untuk mengaplikasikan cara dan kaedah diberikan.

Kesilapan Isi Verifikasi Umur - Akaun Kena Disabled

Oh ya, mungkin ada di antara anda tersilap mengisi butiran umur - verifikasi umur dengan memasukkan tahun kelahiran yang salah, dan pada masa yang sama anda cuba akses secara sengaja beberapa kali perkhidmatan yang punyai age-restricted - akaun Google anda bukan disekat atau disabled. In Sha Allah, saya akan ceritakan bagaimana nak dapatkan kembali akaun anda ini dalam entri yang akan datang.


2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. ooo... hehehehe biasalah tu. kalau tak budak2 ni takleh dikawal..

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronJune 25, 2013 at 10:31 AM

    amat penting sebab budak sekolah sekarang dah terlebih pandai penggunaan dari kita orang dewasa.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement