Pengunjung Hargai Entri Anda
Ya, bukan mudah nak menghargai orang lain yang menghargai kita. Saya bukan orang berduit, jika ada pendapatan saya kena langsaikan perkara perlu dalam hidup dulu - terutama hutang piutang. Lain pada mereka yang mungkin rezeki lebih baik, boleh berikan hadiah setiap minggu pada mereka yang tinggalkan komen merata-rata. Apa yang saya mampu buat adalah balas komen yang ada, atau simpan seperti mana yang saya lakukan kini. Kalau anda mahu dapatkan hadiah pengomen terbanyak ... maaf, blog ini tak dapat sediakan.14000 Komen Semenjak 2010
14K komen ... nostalgia tu kalau saya baca balik satu persatu, boleh buat buku dah dengan tajuk Koleksi Komentar Terpilih Blog Hasrulhassan.com ... hehhee.. memang jenuh baca, tapi serius ... setiap kali saya ulang baca komen-komen pengunjung blog, akan ada yang buat saya tersenyum sorang - bukan sebab saya jadi gila kerana baca komen, tetapi sebab betapa ada kemesraan dijalinkan walaupun hanya pada sepotong ayat.
Komen dalam blog memang punyai pengaruh kuat. Ada kata ianya tangkal azimat buat seorang blogger terus menulis, ada pula kata ia menjadi petanda blog itu sebuah blog yang popular.
Ruang Komen Mesti Mesra Pengunjung
Apapun kata mereka, seharusnya andai mahu entri dalam blog dikomen, jangan sukarkan pengunjung yang mahu menulis sesuatu. Elakkan meletakkan sesuatu halangan yang menyukarkan komen itu ditulis dan diterbitkan.Satu perkara yang saya belajar, jika mahu sesuatu entri itu dikomen, pastikan juga sistem komentar adalah yang paling boleh diterima oleh ramai. Kalau tidak, akan lebih ramai merungut dalam hati dari berikan pendapat bernas lagi bijaksana menerusi kotak komen blog anda.
singgah ptg sebelum berbuka..wah byk tu bro,kenangan
ReplyDeletetu..m3h byk dah delete..heee
Simpan selagi boleh ... :) seronok bila baca komen-komen lama
Deletedapat mengenang kembali sejarah komen mula2 kita berblogging hingga kini
ReplyDeleteBetul tu, ingat kembali bagaimana ramai yang dah bantu dan tolong blog ini berkembang sehingga hari ini
DeleteTahniah HH...
ReplyDeleteTerima kasih ... saya ingat lagi Kancil antara yang selalu komen ... :)
Deletesaya sangat kagum..tahniah!
ReplyDeleteKagumkan mereka yang sering singgah di blog saya ni ... :) merekalah yang terbaik
Delete14k ... memang dasyat tu bro.
ReplyDeletekagum momoy. momoy baru lagi di blog ni
pertama kali kenal time bro buat segmen singgah sahur tu =)
Ohh ye ke? Hmm sbb Bro klik kat follower .. rasanya dah lama kita 'kenal' ..hehehehe
DeleteOwh..mcm tu rupanya HH hargai komen pembaca..:)- saya tak simpan dlm email sebab tak suka kotak email penuh. ckp psl kotak komen, sy nak tny HH, Sy guna thesis blogger template, bleh tak sy psg commentluv kat blog saya? terima kasih.
ReplyDeleteBoleh. Saya dulu pun pernah pakai Commenluv ... :)
DeleteWah, tahniah. Yup sistem komen yang paling ramai boleh guna ialah yang terbaik. Sekarang nor komen guna mobile. :) Selamat berbuka.
ReplyDeleteYang pasti saya bukanlah seorang pengomen tegar..
ReplyDeleteHanya pengomen suam2..hehe
Harga Siling Ayam RM7.70 Sehingga 11 Ogos
Satu persamaan dengan saya .. :) Bro lebih suka baca, pastu beri pendapat secara kumulatif dalam blog sendiri ... sbb selalunya ramai yang tulis entri lebih kurang sama, namun ada cara, pendapat berbeza. :)
DeleteNak komen jugalah cuba nasib
ReplyDeleteCuba nasib apa ehh? Ada misi apa2 ke nih???
DeleteNampaknya sejak tukar ruangan komen dari disqus, makin bertambah komen di blog ini. Tidak minat nak tambah dgn format komen G+ ke?
ReplyDeleteSaya pernah bercerita mengenai komen G+ sewaktu ia mula diimplimentasikan oleh Blogspot ni. Saya agak kurang gemar dengan hakikat hanya pengunjung yang ada Google+ Profile je leh komen. Nampak macam nak monopoli ruangan komen je.
DeleteSekarang gmail dah format baru, masalah nya ada 3 kategori, email masuk merata2...Ada cara utk tetapkan jenis email masuk utk setiap kategori tak? Sekadar bertanya...jika HH tahu la...
DeleteTahniah bro. 14k komen tu memang banyak. Itu menunjukkan blog bro ni memang popular sebagai rujukan. Saya sendiri telah letakkan blog bro ni dalam senarai blog yang akan dibaca setiap entri baru. Tahniah sekali lagi dan terima kasih.
ReplyDeleteTerima kasih Amir.. ya saya perasan blog amir ada letakkan blog ini dalam bloglist .... saya dah tak letak sbb nature blog ini seperti itu, lagipun seperti pernah saya ceritakan mengenai SEO, bagi sebuah blog yang ada niche sendiri, bloglist berkaitan adalah cara paling penting dan baik untuk SEO.
DeleteJuga tetapan 100 url/permalink dalam satu2 page :)
wow...banyaknya komen larat dengan tak larat jer nak baca......hehe
ReplyDeleteYa, betul .... kadangkala nganga gak bila nampak bertaburan komen terjah masuk ..... gagahkan juga baca walaupun ada yang tak sempat nak dibalas.
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.