As-Salam. Masih ada lagi berlaku kejadian di mana blog kepunyaan rakan blogger dipadamkan oleh pihak Google Blogspot/Blogger.com. Ia bukan perkara baru, malah dah sering sahaja berlaku. Dan jangan terkejut andai blog yang baru sahaja restored daripada kena removed, akan kena sekali lagi. Ada je bukti terdapat sesetengah blog yang berkali-kali kena padam oleh robot blogspot/blogger.com ini.

Mengapa ini berlaku? Sebabnya ialah ketidakpastian yang berlaku oleh robot selenggara blogspot yang memantau aktiviti dalam blog kendaliannya; seperti yang pernah saya terbitkan sebelum ini mengenai bagaimana Google Tersilap Padam Blog.

2 Tips Kembalikan Blog Kena Padam (Removed by Blogger)

Tips Pertama - Hantar Email Pemberitahuan

Apa perlu buat kalau hadapi masalah seperti ini? Pertama sekali, anda perlu tahu bahawa satu email pemberitahuan akan dihantar menerusi akaun email yang anda gunakan untuk daftarkan blogspot anda. Kena periksa email daripada mereka. Selalunya terdapat langkah-langkah yang diberikan untuk kembalikan atau verifikasi blog anda adalah blog yang baik-baik belaka (bukan spam, bukan lu cah, bukan scam).

Namun, kalau katakan anda tidak jumpa email yang saya maksudkan tersebut, anda boleh sahaja menghantar email ke bahagian bloggerhelp@blogger.com. Anda boleh tulis seperti yang ditunjukkan di bawah ini.
Tak perlu la kot nak describe apa 1...2...3 dan 4 tu ehh, boleh faham kan cara hantar email? :P In Sha Allah, pihak Google Blogspot (blogger.com) akan memberikan respon yang perlu atau terus sahaja mereka aktifkan kembali blog anda.

Tips Kedua - Verifikasi Menggunakan Telefon

Kadangkala, blog anda kena padam atas sebab anda tidak mengemaskini data peribadi anda dalam Google, terutama dalam Google+ Profile. Kesilapan ramai blogger ialah mereka cuba menjadi perahsia atau terlalu misteri sehinggakan pihak Google tidak dapat memastikan bahawa blog anda benar-benar dikendalikan oleh seorang manusia atau hanya blog yang isi kandungannya auto-generated.

Untuk memastikan anda sentiasa alert dengan sebarang perubahan pada akaun Google anda termasuklah blogspot, anda dinasihatkan untuk kemaskini no telefon terkini anda. Dan juga pastikan email, termasuklah secondary email disertakan.

Mengapa perlu berikan nombor telefon? Ini adalah kerana terdapat kes yang memerlukan anda untuk membuat verifikasi mengenai akaun anda. Jika berlaku, anda diperlukan untuk melakukan langkah-langkah berikut untuk mengembalikan akaun Google dan juga blogspot anda.


Anda akan diminta untuk verifikasi akaun anda menggunakan telefon bimbit anda dengan dua cara, SMS atau Voice Call. Kalau SMS, ia akan hantar satu kod enam angka/aksara dan angka/aksara untuk anda masukkan kemudian bila diminta. Atau anda guna Voice Call, mereka akan telefon dan anda akan dengar kod dibacakan kepada anda. Selalunya Voice Call ini kalau anda tak ada telefon bimbit.

Setelah buat verifikasi, anda akan terus diminta untuk login dengan menggunakan password lama. Pastikan kemudiannya anda tukar password untuk mengelakkan perkara tidak baik berlaku.

Ok. Selamat semuanya. In Sha Allah.

Kredit: SunahSukaSakura



8 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. dulu time fyna guna blogspot pernah gak kena macam nih. tapi.... malas nak pikir panjang, terus fyna buat blog yang baru guna wp sekarang nih. ^_^

    BalasPadam
  2. Google oh google. Banyak peraturan kena ikut, tapi google masih lagi di hatiku. Hehe.

    BalasPadam
  3. Good tips ni, maklumlah wajib beringat sebelum kena. Thanks admin.

    BalasPadam
  4. o... bagus tips ni. beringat sebelum terkena. Terima kasih sifu :)

    BalasPadam
  5. x pernah lagi terkena,namun kena hati2...terlanjur komen kat sini,nak tanya,macamana nak letak ads ditengah2 post entry?bukan bawah tajuk entry,tapi kat baagian tengah2 entry...mohon tunjuk ajar ku sifu...terimakasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak letak iklan di tengah entri ... tiada cara lain melainkan meletakkan kod iklan secara manual semasa menulis entri baru tersebut.

      Padam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement