As-Salam. Zaman sekarang zaman teknologi, banyak dah alat-alat canggih yang boleh didapati. Ada yang murah, ada yang mahal. Gajet yang paling mendapat sambutan paling hangat ialah telefon pintar. Apatah lagi bila kerajaan Malaysia beri bajet khusus untuk belia mendapatkan telefon pintar menerusi Rebat RM200 dalam Bajet 2013.

Ramai belia seronok dan tersenyum dengan rebat yang diberikan. Malah, syarkat telekomunikasi juga berlumba-lumba menarik minat para belia untuk mendapatkan gajet yang disukai - telefon pintar serba canggih dengan tawaran harga menarik di sebalik rebat yang digunapakai.

Awas Blogger - Maklumat Anda Mungkin Disalahgunakan

Nah. Ini termasuklah para blogger Malaysia sekalian. Ada blogger yang ambil kesempatan ini untuk mendapatkan telefon pintar yang serba canggih bersesuaian dengan kehendak dirinya sebagai seorang penulis blog. Banyak telefon pintar dengan kemudahan Android Market, Blackberry Market serta AppStore menjadi pilihan para blogger.

Ada aplikasi yang mudah dimuat-turun dengan percuma, hanya dengan sekali atau dua kali menekan butang. Semua atas sebab blogger mahu ambil kesempatan bagi kemudahan dia berblog - ini termasuklah penggunaan aplikasi-aplikasi yang boleh bantu untuk terbitkan entri secara terus, aplikasi perkongsian gambar, aplikasi muat naik foto, aplikasi monitoring blog dan macam-macamlah.

Agen Curi Maklumat Peribadi

Namun, awas ... aplikasi yang anda muat-turun itu mungkin juga 'agen' untuk mencuri maklumat peribadi anda!

Dua Pertiga Rakyat Malaysia Berisiko Data Dicuri

Kajian Indeks Keselamatan Unisys mendedahkan hampir dua pertiga rakyat Malaysia; ini termasuklah anda yang menggunakan telefon pintar berada dalam risiko maklumat peribadi dicuri.Hanya satu pertiga saja pelanggan menyimpan data peribadi secara selamat ketika menggunakan aplikasi pintar.

Pengarah Program Keselamatan Unisys Asia Pasifik, John Kendall, penyalahgunaan informasi berlaku mungkin disebabkan pengguna tidak faham mengenai terma yang dinyatakan selain percaya maklumat itu tidak dibocorkan. Ramai yang ambil mudah dengan bersetuju untuk berkongsi maklumat peribadi mereka apabila diminta oleh sesuatu aplikasi tanpa meneliti terma yang disediakan ketika memuat turun aplikasi. Apa yang mereka tahu hanyalah tekan butang yes atau accept. Selalunya berlaku apabila memuat turun aplikasi yang diberikan secara percuma.

Anggap Data Diberi Tidak Jejas Privasi

Mereka menganggap maklumat peribadi diberi seperti nama ibu, tarikh perkahwinan serta nama haiwan kesayangan tidak menjejaskan privasi sedangkan itu antara kata kunci maklumat mereka dicuri.

Ini kerana telefon pintar dilengkapi dengan aplikasi mengenai maklumat peribadi individu seperti alamat tempat tinggal, tarikh lahir dan transaksi kewangan. Maklumai ini sebenarnya boleh dikumpul dan dijual kepada pihak lain. Malah, ada juga risiko maklumat itu dipalsukan atau digunakan untuk mengakses benda lai, termasuklah perbuatan jenayah.

Bukan itu sahaja, ada aplikasi telefon pintar yang akan secara diam-diam menggunakan data peribadi untuk melakukan email spam serta penyebaran virus.

Baca Terma Syarat Dengan Teliti

Jadi para blogger, awas dengan telefon pintar anda (jika adalah); baca terma dan syarat dengan baik sebelum melakukan apa-apa. Jangan ambil mudah, kerana nanti yang akan terima akibat adalah diri anda.

Dan satu lagi, jangan mudah sangat percaya dengan sesuatu aplikasi itu hatta ianya merupakan produk dari syarikat ternama.



4 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. bahaya juga kan...apapun terima kasih...

    BalasPadam
  2. assalamualaikum hh...bahaya nyer kena la berhati2 kan...selamat pagi selamat bersahur...

    BalasPadam
  3. alamak, kalau begini kena lebih banyak berhati-hati .. kelak identiti kena curi..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement