Selama ini, apa yang akan membantu seseorang blogger itu menjadi terkenal adalah blogger juga. Tak ada orang lain pun. Bukan akhbar, bukan majalah, bukan media masa elektronik. Blogger juga bantu blogger lain jadi dikenali ramai.
Bantu Blogger Baru Jadi Terkenal
Apa yang saya perhatikan dan pengalaman sendiri - untuk menjadi blogger dikenali ramai ialah dengan menjadikan blogger lain terkenal terlebih dahulu. Bermaksud, anda bantu blogger lain yang lebih baru daripada anda untuk menjadi terkenal. Ya, betul-betul ni ... anda bantu blogger baru jadi terkenal, dan in Sha Allah ... anda juga akan turut dikenali oleh blogger lain.Cara menjadikan mereka terkenal adalah bantu mempromosi. Ada banyak cara boleh dilakukan. Ia terserah pada kekuatan yang ada pada anda. Gunakan dengan cara ikhlas dan jujur. Anda boleh gunakan blog anda sendiri, mahupun laman sosial.
Setiap benda baik akan dibalas baik. Jangan kedekut sangat untuk mempromosikan blog-blog atau blogger lain. Jika anda punyai kelebihan sedikit, maka gunakan kelebihan itu untuk bantu blogger baru dikenali. Cuba anda di tempat mereka, tentu seronok bukan apabila ada blogger lain yang support anda untuk berada di dalam dunia blog Malaysia?
Lagipun nanti, anda akan dengan sendirinya mengembangkan jaringan kengkawan dalam dunia blog. Pasti anda dapat bantu membina sendiri jenama anda sesama blogger yang anda promosikan. Lihat sahaja contoh bagaimana Denaihati, Ben Ashaari membina jaringan dunia blog mereka dengan bantu promosikan rakan blogger yang lain.
Tak susah mana pun, anda boleh guna banyak cara untuk bantu. Dan kena ingat juga, yang akan menjatuhkan seorang blogger - juga akan datang daripada blogger .... :)
Adakah anda setuju dengan apa yang saya kata?
Kredit Foto: Lyssa Secret
betul tu
BalasPadamsalam abang HH, saya blogger baru sebulan berblog. minta support segmen saya.. jemput2.. terima kasih..
BalasPadamBlogger sokong blogger! Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira
http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html
ini geng blogger sengal ;)
BalasPadamtrue3 :)
BalasPadamsebenarnya blogger baru bukannya nak terkenal sangat pon, cuma sesekali akan berbesar hati kl blogger senior dtg blog dan baca entri kite..:)-
BalasPadamkdg2 blogger baru bole terkenal dgn cepat asal pandai bw diri...boleh kalah blogger otai..
BalasPadamteringin nak jd blogger yg dikenali..hihiih
BalasPadambetul betul betul. popular tu awal2 letak belakang. yang penting, tringin je nak berkomunikasi dengan blogger yang femes. itu jer. kadang-kadang, nak komen kat blog diorang pun rasa macam malas, sebab dah banyk sagt org mengkomen. g+ je lah sebb tu je yg skit. Hee boleh lah juga nak raih perhatian diorang tu. huhu
BalasPadamsetuju ....teringin nak dikenali.
BalasPadamTak mahu jadi blogger terkenal tapi mahu blog terkenal...boleh ke cam gitu?
BalasPadamassalamualaikum hh...betul tu mudah2an...
BalasPadamkena tolong menolong antara satu sama lain...ceriakan segmen orang
BalasPadamsetuju :) sesama bantu kita
BalasPadamBetul tu..selaku blogger yang sangat baru, saya sangat2 sokong tu..Kita dalam dunia yang sama..so just try achieve the best together..=)
BalasPadamwww.parklee324.com
mari lah tolong saya jadi terkenal :p
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.