As-Salam. Alahai alahai remaja sekarang ... belum apa-apa, sudah berjanji setia weih, yang paling best dimuatkan dalam video - ke laman YouTube lagi. Aiseh, fikir pendeklah ni, tak fikir kesannya, dan nah .. sekarang apa dah jadi?

Makin jadi parah ialah ramai pula respon dengan komen-komen yang adakala tak sedap dibaca. Dah tu lagi, ada pula dengan kreatifnya buat parody pula mengenai Video Baru Couple Seminggu tu. Aiseh aiseh ... saya kasihan sebenarnya, kasihan pada si gadis yang lebih teruja melafazkan cinta, janji setia, sehidup semati segala bagai; berbanding si remaja lelaki.

Baru Couple Seminggu Sudah Janji Setia?

Ya, jiwa remaja, bila asyik masyuk dilamun cinta (kononnya) kadangkala lagu Oppa Gangnam Style pun leh jadi satu kisah cinta terhebat. Wallahweihh .. aduhai aduhai. Tak tahu nak kata apa. Mungkin dunia teknologi zaman sekarang lebih membawa banyak mudarat, mana taknya, hanya kerana satu video - sudah kecoh satu Malaya.

Adik-adikku yang syok layan jiwang tu, jangan buat benda yang tak sepatutnya. Adakah anda fikir cinta yang dijalinkan sekarang akan membawa anda ke pintu syurga? Bercinta zaman sekolah ni mengarut je lebih.... betul .. tak percaya? Tanyalah ibu dan bapa anda.

Cinta Sekolah Mainan Jiwa

Saya? Saya mula bercinta akhir semester di tahun ketiga di Universiti. Cinta putus cinta putus... macam tulah. Saya pernah lihat seorang sahabat saya, bercinta bagai nak rak sejak dari sekolah, masuk IPT, keluar IPT, mula kerja ... tapi ... last-last, masing-masing kahwin dengan orang lain. Sia-sia bercinta selama hampir 10 tahun! 10 tahun tu. Mula dari tingkatan 4 (16 tahun) sampai berakhir lepas mula dapat kerja (25 tahun) - kan hampir 10 tahun tu!

Itu satu cerita, ada kawan saya, bercinta di sekolah orang lain, habis sekolah orang lain, tunang orang lain ... dan kahwin pula dengan orang lain. Jadi?

Baca kisah yang pernah saya tulis ini - 5 Tahun Bercinta Namun Akhirnya ...

Pesanan Khusus Untuk Pemilik Video

Buat pemilik video - "Adik manis, harapnya apa yang telah terjadi menjadi satu ikhtibar berguna, bukan buat diri adik sendiri tetapi juga untuk remaja lain yang mungkin sedang memikirkan cara yang sama meluah cinta janji setia menerusi video. Ini bukan masanya lagi dik .... banyak lagi lorong hidup yang akan ditempuhi. Jangan sedih dengan apa yang berlaku ye dik, moga harapnya selepas apa yang berlaku, adik manis jadi lebih matang dan menilai setiap gerak dan langkah, in Sha Allah ... jagalah diri sebaik mungkin dan elakkan dari terlalu mengikut hati dan perasaan"



Maaf kalau anda yang membaca tidak senang dengan entri ini. Ini hanyalah satu ingatan dan teguran, dan juga iktibar. Kadangkala ada ketika, kita akan bertindak sesuatu tanpa fikirkan kesan - walaupun ia bertujuan baik (mungkin). Ingatan ini buat saya, kita dan anda semua ...

*p.s: Ramadan tiba, peluang untuk perbaiki skru yang longgar.




3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Speechless bila tengok video ni semalam..
    hehehe

    Kelebihan Setiap Hari di Bulan Ramadhan

    ReplyDelete
  2. di mana-mana nampak ayat ni "baru couple seminggu sudah janji setia"

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah sy tak terlihat video ni. Takpe, nasihat dan teguran ikhlas utk tujuan kebaikan. Mybe adik ni terbaca teguran ikhlas dari sifu, terus dia buat penjelasan n minta maaf tu. Bagus juga jd blogger ni. Sesungguhnya, da'wah itu tidak menghalang siapa pun kita. Lagi2lah seorg penulis. Besar pahalanya tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement