Saya dah banyak kali 'ungkit' kisah ini. Bukan nak keruhkan keadaan, cuma mahu perbetulkan persepsi - terutama blogger-blogger baru yang cuba mendapat perhatian dan sokongan daripada blogger yang sudah ada nama, sudah ada pengaruh, sudah dianggap berjaya dalam dunia blog Malaysia.
Bila Blogger 'Otai' Dianggap Sombong oleh Blogger Baru
Pertama sekali, mengenai ungkapan dan panggilan otai ni. Otai ni bukan bererti hebat, tetapi berasal dari Old Timer atau dibahasa Melayukan menjadi Old Taimer .... maka wujudlah perkataan Otai. Ia bukan bererti dah cekap, dah hebat, dah berpengalaman luas - tetapi lebih kepada umur. Bukan semua blogger yang dah berusia macam saya ni ada ilmu cukup bagus nak diajar, sebab pembelajaran itu meniti masa. Tak akan jadi pandai punya - sehingga masuk ke liang lahad sekalipun.Realiti. Ini bukan cerita direka, tetapi inilah hidup. Kadangkala bila kita mahu bantu, orang pula buat sombong. Bila tak bantu, dikata pula kita sombong dan memandai-mandai. Ada pernah terjadi, seorang blogger baru minta bantuan, tetapi bila bantuan itu diterima dan hasilnya tidak seperti yang diharapkan ..... si blogger baru rasa kecewa, maka dipalu dicanang bahawa blogger 'otai' itu tidak ini dan tidak itu. Aiseh ... busuk nama, blogger 'otai' itu bawa diri.
Ramai yang sangka blogger yang dah lama berada dalam dunia blog Malaysia ini semuanya hebat, dah padat ilmu blog, tetapi tidak semuanya. Masih ada yang mencari rentak dan corak. Malah, ada yang sudah menguburkan blognya akibat rasa kecewa.
Blogger baru ramai yang dah hebat. Ada yang setahun buat blog sudah boleh tulis bermacam-macam entri tutorial, berkongsi widget dan sebagainya. Malah, ada di antara mereka ini telah capai kejayaan yang lebih hebat daripada blogger lama. Itu yang buat blogger lama jadi segan ... apatah lagi jika pertolongan diminta tak dapat ditunaikan.
Blogger lama bukan sombong tetapi tahu mana kelebihan dan kekurangan. Blogger lama bukan sombong, tetapi masa terhad tidak macam blogger baru yang berlari-lari mahu kejar kejayaan dalam dunia blog. Blogger lama bukan sombong tetapi segan ilmu yang diberikan nanti takut tak menjadi. Blogger lama bukan sombong tetapi lebih berhati-hati untuk beri tunjuk ajar.
Sekalung terima kasih buat Kak Kujie yang sekali lagi buat saya mahu tulis mengenai perkara ini. Bukan pertama kali dan bukan juga menjadi yang terakhir.
Perkongsian yg terbaik.. Mohon share..
ReplyDeletesokong dengan entri HH nie...
ReplyDeleteBlogger baru dan blogger lama rasanya saling memerlukan, so berbaik sangka adalah yang terbaikkan..
ReplyDeleteShare. Copy paste sehendaknya... saya tiada bangkangan
ReplyDeleteTerima kasih .... @kancil 8349 ... terima kasih kerana masih berada di sini.
ReplyDeleteYa, cuma yang lebih mengharapkan ialah blogger baru yang kadangkala tak berapa faham situasi ... apa boleh buat. Seperti kata @Raudzah ... berbaik sangka ...
ReplyDeletehmm... sy pun pernah salah anggap begitu.
ReplyDeletekalau boleh, sy malas nak memikirkan pasal otai blogger ke, apa ke..
baik saya naikkan raking blog saya dari kata otai sombong ke, apa ke...
p/s: abg hensem kita tu tak sombong pun... nanti mesti ada komen balas hehehe
kat melesia ni je yang duk kecoh....:D
ReplyDeletesaya juga dah terkena hal yang sama .. dah banyak kali dah .. tapi saya diamkan saja .. bagi saya,lebih baik biarkan blogger baharu belajar sendiri. Jika mengajar pun, saya akan buka kelas yang berbayar beserta support. Ilmu percuma jarang dihargai.
ReplyDeletebelajar sendiri lebih baik dr mengajar kan... kadang2 kepala bukan betul sangat kan hehehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.