As-Salam. Mengambil kata-kata ini, Start Small, Aim Big; maka saya terjemahkan ke dalam dunia blog Malaysia. Siapa yang tidak pernah bermula dari kosong, dari kecil? Tipulah kalau-kalau buat blog terus dah hebat sangat, ye tak? Lahir pun keluar kecil comel je, sekarang ni je dah lama, dah jadi guru besar, dah jadi bapak besar, dah jadi tauke besar ... dah jadi blogger 'besar'.

Sebagai seorang blogger baru, apa yang diperlukan ialah impian yang besar. Jangan perlekehkan diri sendiri sebab setiap orang ada potensinya. Anda mungkin tak tahu sekarang, tapi esok lusa ... siapa yang tahu ye tak? Anda ingat, blog yang dah juta-juta pageviews tu terus dapat juta ke? Tu semua bermula dari nombor kosong - kalau tidakpun bermula dari satu.

Bila anda melihat kejayaan blogger lain, lihat juga kejayaan diri anda berbanding mereka yang belum mencapai tahap yang anda kecapi sekarang. Anda segan dengan blog yang ada 10 pengikut? Tetapi anda lupa, ada yang segan dengan anda kerana mereka ada hanya 1 pengikut! Jadi, apa kurangnya anda, dan apa lebihnya mereka?

Semua orang bermula dengan permulaan yang sama. Usahalah dengan bersandarkan impian yang besar, kerana impian inilah yang akan menggerakan tindakan dan usaha anda.

Saya juga pasang impian yang besar untuk blog ini. Setakat ini ia masih belum tercapai lagi. Walaupun angka pageviews dah cecah hampir 5 juta, tapi itu bukan impian sebenar saya dalam dunia blog. Terkial-kial lagi, walhal ada blogger lain, yang sudah jauh mencapai apa yang saya inginkan itu. Dan mereka pula, baru sahaja berblog jika nak dibandingkan dengan saya ini.

Ya, tak akan berhenti walaupun terasa kepala otak sudah penat dan letih. Saya cuba juga berlari ... dengan harapan masih ada tangan yang memimpin saya - walaupun sebelum ini mereka hanya duduk memerhati di tepian padang.

Blogger kecil impian besar, itulah saya. Saya juga macam kebanyakkan dari anda, seorang blogger kecil yang tak punya apa-apa ... hanya angka dan logo oren yang sudah muak dilihat ramai.


8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Permulaan kita semuanya sama, Dari bayi hanya tahu menangis dan menyusu, mula merangkak, berjalan, berlari dan terus membesar. Tapi sepanjang tempoh utk dewasa itu penting utk menentukan dimana anda berada sekarang....


    Begitulah juga dengan blog. Hanya anda sendiri yang akan menentukan nasib anda sebagai seorang blogger. Impian perlu ada, matlamat perlu tepat barulah anda dapat cari hala tuju yang sebenarnya...


    Semoga HH akan berjaya...dan blog anda tetap menjadi rujukan utama, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. saya ni tengah mengah mengejar matlamat tu.haha

    ReplyDelete
  3. belajar dari bawah..makin banyak masa dilalui makin banyak pengalaman yang kita dapat...

    ReplyDelete
  4. saya juga blogger kecil.. tak ada apa-apa.. err, kecuali rupa yang kacak lagi bergaya.. hehehe

    ReplyDelete
  5. Hahahaa... kacak tak terkalah tu

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Pengalaman itulah yang buat kita jadi cekap dan menjadikan diri kita pakar ...:)

    ReplyDelete
  7. Semoga @Bin Muhammad juga akan berjaya.

    ReplyDelete
  8. seperti mana HH juga kan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement