As-Salam. Mungkin ada yang tidak tahu bahawa Churp Churp juga membolehkan anda menerima pendapatan menerusi akaun Instagram anda. Dan bayaran yang anda akan terima juga adalah lebih lumayan berbanding yang lain - Social Seeding dan Social Sharing.

Sebelum ini, saya dah cerita mengenai Social Seeding di mana mereka yang terpilih akan menerima satu tugasan untuk diterbitkan menerusi akaun Twitter dan juga Facebook, termasuk juga di forum-forum. Dan kali ini saya ceritakan pula satu lagi cabang buat duit dengan Churp Churp menerusi Instagram.
Buat duit dengan instagram bersama churp churp

Snap Share - Buat Duit Dengan Instagram Bersama Churp Churp

Kalau anda ada akaun Instagram, maka jangan ketinggalan untuk daftar percuma dengan Churp Churp untuk mula menjana pendapatan (kalau belum). Jika anda sudahpun mendaftar dengan Churp Churp, maka langkah berikut mesti anda buat supaya anda layak untuk mendapatkan kempen yang dinamakan Snap Share.
Tips buat duit dengan instagram bersama churp churp

Anda perlu pastikan 3 platform media sosial yang anda ada dikemaskini seperti yang saya tunjukkan di atas. Pastikan akaun Twitter, Facebook dan juga Instagram - Connected.

Snap Share Dalam Churp Churp

Apabila anda telah membenarkan Churp Churp 'akses' akaun-akaun ini, maka barulah anda boleh menerima Social Seeding mahupun Snap Share.

Bagaimana Snap Share Beri Ganjaran Tunai Churpers?

Peraturannya ringkas sahaja. Apabila anda ada akaun Instagram yang aktif, anda akan menerima satu undangan atau kempen khas yang dihantar oleh Churp Churp ke email anda (pastikan email anda betul dan berfungsi). Anda akan dikehendaki untuk kongsi gambar-gambar dengan kriteria tertentu yang ditetapkan dalam kempen tersebut.

Gambar menerusi kempen tersebut boleh dihantar atau dikongsi seberapa banyak yang anda mahukan - asalkan telah tepati syarat yang disediakan. Berbeza dengan Social Seeding menerusi Twitter, yang hanya dilakukan sekali dan secara automatik. Anda akan dibayar sehingga nilai ganjaran maksima yang telah ditetapkan bagi setiap kempen.


Snap Share akan secara automatik mengesan mana-mana gambar yang dikongsikan oleh ahli Churp Churp dengan katakunci tertentu semasa dalam jangkawaktu kempen. Katakunci itu perlu berada di dalam caption gambar bagi membolehkan Churpers menerima ganjaran tunai yang disediakan.

Maka, pastikan anda telah mendaftar percuma dengan Churp Churp dan memastikan bahawa akaun Instagram anda telah connected dengan akaun Churp Churp anda.

Selamat mencuba.

*p.s: Dah add saya dalam Twitter, Facebook dan juga Instagram



Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement