As-Salam. Sistem komen yang baik membolehkan interaksi berlaku antara pengunjung blog dengan pemilik. Salah satu ciri sistem komen yang bagus ialah adanya fungsi membalas komen sedia ada atau dengan kata lain ada butang balas (reply). Blogspot sudahpun menyediakan sistem komen yang mempunyai fungsi balas ini. Namun, masih ramai lagi blogger blogspot yang belum 'memasang' sistem komen ini dalam blog mereka.

Secara default, bagi sesebuah blog yang baru dibuat menggunakan template biasa blogspot, sistem komen ini akan tersedia dengan sendirinya, dengan syarat berikut mesti dipatuhi:
  • Pastikan pada site feed blogspot anda, Settings - Other - Site Feed - Allow Blog Feed pilih Custom kemudian Per-Post Comment Feeds pilih Full.
  • Dan kedua, pastikan sistem komen blogspot anda berada pada mode Embedded. Hanya apabila dua fungsi ini berada di dalam keadaan yang disebutkan ini sahaja anda boleh enable fungsi komen berangkai (threaded comment) dalam blogspot anda.


Sistem komen blogspot yang mempunyai fungsi reply akan segera atau automatik tersedia setelah 2 perkara di atas dipatuhi.

Jika Tak Jadi?

Seandainya, sistem komen anda tidak berada dalam keadaan sepatutnya seperti yang saya tunjukkan di awal entri ini - punyai butang reply, ini bermakna bahagian css atau tetapan HTML pada bahagian komen blogspot anda telah diubah. Untuk itu, anda perlu reset template blogspot anda bahagian terbabit - blog post, untuk membolehkan sistem ini digunakan.

Caranya untuk reset bahagian blog post bagi membolehkan fungsi balas (reply) digunakan dalam sistem komen blogspot anda ialah dengan menukar id blog1 kepada blog2 di dalam HTML blogspot anda.

Anda perlu buka HTML blogspot anda dan cari bahagian yang saya sebutkan tadi iaitu blog1. Namakan ia semula menjadi blog2. Sekarang simpan (save) template anda tersebut.

Akan keluar satu tanda amaran untuk DELETE WIDGETS. Anda perlu benarkan atau tekan butang delete untuk membolehkan bahagian blog post anda kembali ke asalan.

Ok, sekarang blog anda sudah boleh menggunakan sistem komen reply blogspot yang telah sediaada.

Satu kelemahan sistem ini ialah, ia hanya membolehkan interaksi antara pengunjung dengan pemilik blog dalam satu peringkat sahaja - berbeza dengan sistem komen Disqus yang membolehkan ruangan komen ada ruang balas atau diskusi; tiada had ruang balas - pengunjung boleh balas komen sesama pengunjung dan komen dibalas antara pengunjung dengan pemilik blog.

Cadangan saya yang lain ialah menggunakan sistem Google+ Profiles untuk sistem komen anda. Anda boleh rujuk entri ini - Cara Pasang Sistem Komen Google+

Selamat mencuba.

*p.s: Tutorial atau panduan ini dibuat atas permintaan +Violet Sofia , sebenarnya ada banyak cara lain untuk letak reply dalam blog, antaranya ialah dengan custom kotak komen.


27 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Gud info
    Tp xtau nk buat ke x
    Sebab kalo seting feed ke full
    nanti pembaca melalui email x masuk blog
    sebab dah baca full kat email

    Entry Terkini : Lagi Kes Menghina islam di Bulan Puasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. setting cmne..kalo dah set ke full??

      Delete
    2. Guna Feedburner, anda setting full dalam blog tapi belah Feedburner, boleh ambil separuh je.

      Delete
    3. Pada setting Feedburner, kalau tak silap feed html ke apa ke ...

      Delete
    4. X phm..sy dah godek2 pun x jupa

      Delete
  2. Yeaaa!!! Dah jadik. Dah boleh reply komen kat blog. Hahaha. Seronoknye! Sukenye! Huhuhu. Thanks abang HH sebab sudi beri tunjuk ajar. Kembang kejap rasa ade sebut nama kita dalam entry dia. Hahaha. Komawo! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama ... inilah perkara paling seronok .. dapat bantu blogger lain capai apa yang mereka mahukan.

      Delete
  3. assalamualaikum hh...perkongsian yg baik ni...;)

    ReplyDelete
  4. lepas pasang sistem ni baru nampak flow comment tu kan. baru menarik. siapa tak pasang lagi cepat pasang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm ... setiap sistem ada kelebihan dan kekurangan, pandai-pandailah pilih untuk disesuaikan dnegan blog.

      Delete
  5. Saya x suka org yg letak komen google plus dgn komen facebook kat blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak suka .. tak perlu komen ... :) saya pun agak ralit gak.

      Delete
  6. Last time kita ada problem dengan button reply bila guna customized template. Almost give up. At last dapat jugak..kalau guna default template mungkin tak ada problem sgt kot HH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Customized pun boleh, langkah diatas tu tunjukkan cara untuk customized template.

      Delete
  7. Alhamdulillah, dah lama nak cari info tentang ni. Terus ikut step.

    Thanks abg HH. :)

    ReplyDelete
  8. Yes!! HH..Terima kasih..menunggu2 entry ini..Ada jugak upenya tutorial...hihi...dah menjadi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. In Sha Allah, perkara2 biasa yang ada dalam blogspot boleh jumpa dalam blog ni. Terima kasih sekali lagi sbb sudi cari dan godek blog tak seberapa gah ni

      Delete
  9. abg HH... saya baru jumpa tutorial ni. alhamdulillah jadi dengan blog saya...
    terima kasih.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah ... tahniah ... :) dah berjaya buat?

      Delete
  10. Terima kasih tuan HH... saya dah setting apa yang telah dikongsi di sini. Sebelum ini saya tidak tahu caranya. TQ bro....

    ReplyDelete
  11. trima kasih utk tutorial.. sy berjaya buat

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement