As-Salam. Ramai yang macam tertarik nak tukarkan bentuk kekotak dalam layout blog menjadi sedikit melengkung. Border melengkung ni dah menjadi satu keunikan dan cara untuk menjadikan blog nampak lebih kemas dan menarik. Tiadalah nampak kotak sana sini kan? Dalam istilah template blog ia dinamakan CSS Border Radius. Dalam entri ini saya akan berikan cara paling mudah untuk buat border melengkung ini.

Cara Mudah Buat Border Lengkung

cara mudah buat border radius

Anda tak perlu susah-susah nak fikirkan soal koding CSS atau HTML untuk dapatkan bentuk lengkung samada di layout blog keseluruhan mahupun hanya pada sidebar blog anda. Dengan bantuan Border Radius Generator, segalanya telah dipermudahkan.

Contoh Guna Border-Radius

Lihat gambarajah berikut:
cara paling mudah buat lengkung dalam blog

Apa yang perlu anda buat ialah hanya memasukkan angka atau nombor radius (sebesar mana lengkungan yang anda mahukan) di dalam kotak-kotak kecil di penjuru seperti yang ditunjukkan pada bahagian 1. Anda boleh pelbagaikan angka untuk melihat kesan pembentukan lengkungan tersebut secara real-time.

Anda boleh masukkan sama semua nombor sama, atau mungkin anda hanya mahu lengkung di kotak sebelah kiri mahupun kanan - atas atau bawah.

Bahagian 2 ialah cara kod tersebut dijana samada menggunakan fungsian CSS3 atau Webkit, atau kedua-duanya sekali. Saya tak sarankan Gecko sebab tak ramai blogger gunakannya. Saya lebih suka CSS3 sebab kebanyakkan kod dalam blog saya menggunakan CSS3. Tidak salah menggunakan kedua-duanya untuk memastikan ia compatible dengan semua jenis pelayar internet.

Bahagian 3 adalah penjanaan kod dilakukan secara automatik. Setelah anda isikan angka-angka di penjuru dan memilih jenis kod yang mahu digunakan, kod-kod untuk penghasilan lengkungan akan dipaparkan. Anda boleh copy-paste kod tersebut dalam ruangan CSS blog anda di mata anda mahukan bentuk lengkungan itu diguna-pakai.

Contoh:
Mudah je kan? Hanya pergi ke border-radius.com dan lakukan tatacara tadi. In Sha Allah, anda sudah boleh buat border lengkung dengan mudah - atau dinamakan border radius.


Selamat mencuba.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum...


    Di mana "ruangan CSS" dalam sistem Blogger?

    BalasPadam
  2. Kalau nak tambah cara mudah, klik bahagian template - klik customize - klik advaced, ada bahagian CSS bawah sekali selalunya lepas bahagian post-footer.


    Kalau dalam kod, klik arrow tepi kat bskin.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement