Saya dulu sombong nak tanya. Akibatnya, banyak benda saya tak tahu. Paling malang apabila anda sudah berkahwin, anda akan menjadi 'pakar' rujuk ... isteri akan rujuk, anak-anak akan rujuk. Kalau mereka tanya, dan anda tidak tahu, bagaimana? Jelas sekali, anda akan bawa seluruh keluarga dalam kejahilan.
Elakkan Diri Jadi Blogger Jahil, Blogger Kena Cari Ilmu
Dunia blog Malaysia, nak berjaya, kena cari ilmu. Bukan apa, sebab sekarang dah makin ramai yang tahu untuk berblog dengan baik. Siapa yang rajin dapatkan ilmu, mereka inilah yang akan menyerlah. Paling terbaik andai mereka kongsikan ilmu yang mereka ada. Cara inilah yang akan mantapkan lagi pengetahuan yang mereka tahu. Kongsi, dan terima komen dan nasihat daripada orang lain. Tak adalah sesat, tak akanlah jadi jahil sangat.Bila kita jahil, orang akan permainkan kita. Bila kita jahil, kita akan sering diambil kesempatan. Kita akan mudah ditipu - tak kiralah ditipu oleh siapa. Jangan biarkan kita berada di dalam keadaan mudah dijadikan sepak teranjang orang lain. Mahu dihormati, dan disegani, perisaikan diri dengan ilmu. Tak ada ilmu, cari. Dah ada ilmu, kongsi.
Elakkan diri jadi blogger jahil. Tak perlu sombong. Tak perlu ingat diri hebat kerana ada yang lebih hebat. Belajar itu bukan hukuman menjadi pandai, tetapi nikmat yang diberikan untuk mereka yang mahu keluar dari kejahilan.
Blogger baru atau lama, masing-masing boleh belajar sesama. Tak ada istilah kau lebih pandai, aku lebih bijak kerana ilmu ini ada pelbagai. In Sha Allah, blogger Malaysia akan jadi lebih disegani kerana ilmu yang mereka ada, dan mereka kongsi.
*p.s: Mungkin ayat agak keras, tetapi inilah realitinya ...
selalu ingin menjadi blogger yang tau serba serbi.Alhamdulillah blogger yg saya kenali semua tak kedekut dengan ilmu.insyallah akan terus mencari ilmu dari blogger2 yang otai..
ReplyDeleteMemang sukar nak jadi blogger yang serba tau, sbb benda ni adalah yang sentiasa berubah - pengetahuan dunia blog dinamik. Yang penting kita belajar selagi ada kemampuan.
DeleteIlmu akan berkembang kalau kita sebarkan. rugi kalau dah ramai network tapi kita tak ambil can nak buat pahala.
ReplyDeleteentry yang harus dijadikan panduan bagi blogger baru macam mama nih.. terima kasih di atas perkongsian...
ReplyDeleteSama-sama .. sesiapun tidak mahu terus berada di dalam kejahilan.
Deletesaya setuju sangat-sangat dengan entri ni :)
ReplyDeleteTerima kasih Boni Kacak .. :)
DeleteHaku kah itu...hahahaa...baru berjinak-jinak blogging...tq sharing
ReplyDeleteBagus ni HH.... Kena sentiasa belajar dan belajar.... Jangan sombong dan segan untuk bertanya...
ReplyDeleteYa, selagi kita tahu mana diri kita berada.
Deletelately ni ramai blogger dah mula berperangai bodoh sombong, so silalah ubah ye perangai cam tu...
ReplyDeletedi lihat dari mata kasar saya..
Siapakah mereka? Harapnya saya tidak termasuk dalam golongan yang macam tu CikLily .. :)
DeleteBetul tu HH..saya pun sentiasa baca dan tengok macam mana blogger lain maju..mana yg ok saya ambil jadi panduan
ReplyDeletetime ksih HH..sy mmg kne byk lg blaja & cri ilmu sbyk mgkin...
ReplyDeleteSaya suka dengan iltizam sebegini, tak ada jalan mudah untuk dapatkan kejayaan.
Deletesaya pun budak baru belajar...dan banyak belajar dr blog HH juga..
ReplyDeleteTerima kasih Ema, saya pun banyak belajar dari blogger lain.
Deletewalaupun dah dalam blogging nie, banyak lagi nak kena belajar..
ReplyDeletesy pun budak baru belajar..klu blh bro berilah tunjuk ajar skt..hehhee
ReplyDeleteSemuanya ada dalam blog ini, dah bertahun saya kongsikan tips, panduan, wodget, tatacara dan teknik untuk blogger blogspot Malaysia berjaya.
Deletesaya tengah belajar,, sebab tu salu datang blog hh,, heee
ReplyDeletetidak pernah ada limitasi belajar.. selagi masih ada masa, belajar je..walaupun dah tau sesuatu tu , dengar je..
ReplyDeleteSamalah kita, kalau ada tambahan, bleh tambah mana yang kurang.
DeleteSatu peringatan yang baik bang..mmg selalu cek tips2 dari blogger2 yang dah lama terjun dalam bidang ni..
ReplyDeleteTAZKIRAH RAMADHAN : KELEBIHAN DAN KEINDAHAN HARI JUMAAT
Terasa jugak...!
ReplyDeletePeringatan keras tapi benar!! Saya setuju
ReplyDeleteSaya blogger jahil.
ReplyDeletekadang2 kita belajar dari kesilapan..^^
ReplyDeletependapat yg menarik..sy berminat nk bca 2, 3 kali..trima kasih
ReplyDeleteKena banyak membaca dan buat uji kaji jd blogger ni
ReplyDeleteEntry Terkini : Doa Kepada Si Mati Tak Sampai Kata Sham Kamikaze
yeah menuntut ilmu sampai inalilah
ReplyDeleteAyat keras bukan bererti sinis tapi membentuk.
ReplyDeleteTanpa teguran kita akan sentiasa diri kita bagus dan syok sendirilah jawabnya.
ilmu tak pernah abis.. bila di jadikan manusia tak kira blogger ke tak kena sentiasa belajar. Yang jahil selalunya orang yang rasa dia pandai & tahu serba serbi jer bukan orang yang rasa dirinya bodoh. bila kita rasa kita bodoh kita akan terus belajar :D
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.