As-Salam. Salam Ramadan buat semua pengunjung dan pembaca blog ini. Alhamdulillah, kita semua sedang berada di dalam bulan penuh keberkatan. Saya pasti suasana bulan Ramadan bukan suasan biasa, ia suasana sangat luar biasa, dan suasana ini bukan hanya dirasai oleh umat Islam semata, tetapi juga oleh orang bukan Islam. Tak percaya? Cubalah tanya rakan Cina dan India anda, adakah mereka suka bila bulan puasa tiba.

Dalam dunia ini, ada banyak agama, dan bukan hanya agama Islam sahaja yang mensyariatkan puasa. Agama lain juga ada. Namun, perbezaan paling utama puasa umat Islam dengan agama lain, kepercayaan lain adalah sahur. Hanya sahur yang membezakan kita, umat Islam dengan orang bukan beragama Islam.

Amr bin al-‘As berkata, Rasulullah bersabda: “Perbezaan antara puasa kita dengan puasa orang Yahudi dan Kristian adalah bersahur. (H.R Muslim)

Maka, penting sebagai blogger beragama Islam bersahur. Dan kerana itulah, saya anjurkan Segmen Blogwalking Singgah Sahur untuk anda semua. Sebuah segmen khusus yang akan hanya terbit di waktu sahur setiap hari sepanjang Ramadan ini. Jika belum menyertainya, boleh menyertainya sebelum 15 Julai 2013 - KLIK SINI untuk memeriahkan segmen unik ini.

Hanya sahur membezakan kita, kalau umat Islam tidak bersahur, maka puasa mereka yang beragama Islam akan dilihat sama sahaja dengan kepercayaan, agama dan budaya lain.


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Assalamualaikum. sheila dah joined. yeayyy. selamat berpuasa HH :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement