Haa... kenapa tak percaya ehh? Hmm saya boleh katakan Irene Nadia adalah blogger seangkatan dengan ramai blogger wanita terkenal lain seperti Hanis, Fatin Liyana, Cik Epal, Pen Merah, +Nisa Kay , +Yuyu Zulaikha - sekadar menyebut beberapa nama blogger Malaysia.
Irene telahpun mendirikan rumahtangga bersama Amirul yang juga seorang photographer dan pemilik blog Vel Oliver.
Irene Nadia Marcello - Blogger of The Year DiGi WWWOW Awards 2013
Populariti Irene Nadia memang tidak disangkal dalam dunia blog kerana mempunyai lebih daripada 30 ribu follower selain mempunyai lebih daripada 80 ribu pengikut di Facebook Fanpage. Malah, majlis perkahwinan Irene Nadia dengan suaminya Amirul merupakan antara wedding yang dihadiri ramai blogger, termasuklah blogger terkenal Malaysia.Kalau nak imbas, boleh imbas gambar kahwin cun cun perkahwinan Irene - Amirul kat entri-entri ini:
- 9 Foto Cantik Perkahwinan Irene Nadia Marcello Bersama Blogger Malaysia
- Gambar Perkahwinan Blogger Irene Nadia Abd Rahim
Dan mungkin tak ramai yang tahu, bahawa abang Irene juga merupakan seorang blogger yang dikenali ramai, malah juga berkahwin dengan seorang model dan bekas blogger juga ... :) iaitu Aizul Marcello - Lynda Roslan.
Rezeki Anak Sulong Irene
Ini mungkin rezeki berganda Irene atas kelahiran anak sulongnya Fiska Medina. Bayi perempuan Irene-Amirul dilahirkan pada pukul 2.46pm, bertarikh 6 Jun 2013 (27 Rejab 1434H) - jatuh pada hari Isra' Mikraj. Comel anak sulong Irene-Amirul ni .... anda boleh lihat koleksi gambar cun cantik baby comel Fiska Medina di blognya - Irene Nadia Marcello.Rasanya belum terlambat lagi untuk ucap tahniah pada Irene dan suaminya Amirul atas kelahiran baby yang sangat comel ini. Padan ahh dengan kekacakan dan kelawaan ibu dan ayah ye tak?
Gambar Fiska Medina - Anak Irene-Amirul
Sekali lagi, tahniah buat Irene Nadia Marcello atas kejayaan dinobatkan sebagai Blogger of The Year dalam DiGi WWWOW Internet for All Awards 2013.
Kredit Foto: Irene Nadia Marcello
SALAM. TAHNIAH BUAT IRENE.
BalasPadamta kenal dia..baru nk tau ni..
BalasPadamTahniah Irine. Kita sama umur ye. Hoho :|
BalasPadambaru nak terjah blog dia nie...tak kenal ler......
BalasPadamTahniah buat beliau..memang buat saya kagum baca artikel yang bro tuliskan ni..hehe
BalasPadamsalam tahinah kepada beliau.. She deserve it :)
BalasPadamwah...tahniah buat irene
BalasPadampeminat setia blogger irine... mesti nak bukak blog die :)
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.