Khusus untuk blogger remaja yang mahu blognya dikenali. Boleh mencuba kaedah nakal promosi blog ini. Tapi awas, anda perlu bertanggungjawab dengan setiap tindakan yang dibuat. Dan oh ya, jangan sebut mengenai OhBlogger ye ... :P
Kaedah ini sesuai digunakan semasa anda sedang belajar, samada di sekolah menengah biasa, ataupun sekolah berasrama. Dan mungkin boleh juga anda praktikkan teknik nakal promosi blog ini semasa belajar kat kolej atau IPT.
Kaedah Nakal Promosi Blog Buat Remaja
Conteng Letak URL Blog
Ya, conteng mana-mana tempat yang anda fikirkan sesuai untuk promosikan blog anda. Jika dulu kalau bab conteng ada tandatangan, doodle atau alamat email, sekarang cubalah pula letakkan url blog anda. Conteng meja anda sendiri atau letakkan url blog pada buku latihan, buku nota atau mungkin conteng sedikit pada papan kenyataan kelas anda. Elakkan terlalu obvious, pandai-pandailah agar ia tidak terlalu ketara.Letak URL Pada Barang Kepunyaan Anda
Tambah satu benda yang perlu anda tulis kat beg sekolah, kamus, bekas pensil, alat geometri, kalkulator. Selain letak nama, tingkatan ... atau dorm, bolehlah letak url blog anda. Oh ya, juga boleh tulis kat loker atau katil andai anda seorang pelajar remaja yang duduk di asrama.Tulis Pada Buku Autografi
Selalunya bila tamat sesuatu sessi sekolah macam PMR atau SPM, ada buku sekolah - majalah sekolah yang ada gambar kiut anda, maka pandailah tukar-tukar dapatkan alamat atau nombor telefon atau apa-apa sahaja ... tetapi kali ini selitkan alamat blog anda. Dalam buku autografi pun jangan lupa selitkan. Kadangkala masa belajar segan nak beritahu, jadi dah abis belajar ni bolehlah jadikan blog sebagai salah satu cara nak tahu perkembangan teman sekolah.Nama Panggilan = Nama Blog
Kalau kat sekolah menengah, selalunya ada nama panggilan masing-masing. Kadangkala nama Ahmad Abdullah .. jadi Dol Biol atau Dol Botak. Kali ini ambil kesempatan perkenalan diri dengan menggunakan nama blog anda. Maka, penting sekali ada nama blog yang unik dan menarik. Kalau tidak pun, gunakan nama blogger anda. Seperti contoh nama anda Hakimi Alias ... nama blog anda mungkin Kimi Lias atau Kimi@ .... maka gunakan nama blogger atau blog Kimi Lias untuk dikenali di tempat belajar anda.Promosi Semasa Orientasi
Haa... masa orientasi memang masa sangat sesuai untuk promosikan blog. Daripada anda 'buli' junior dengan ntah apa-apa perkara yang tak baik, elok anda suruh mereka hafal url blog anda ... hahaha... atau suruh mereka cari nama blog dan url blog anda. Secara tak langsung, akan ada promosi dari mulut ke mulut dan juga membuatkan blog anda menjadi bualan ... :)Set Home Pada Komputer Sekolah
Kalau sekolah ada Kelab Komputer atau Kelas Komputer, maka gunakan komputer di situ untuk set Home pelayar internet ke alamat blog anda. Jadinya, bila time belajar komputer, secara automatik akan terpapar blog anda bila buka internet. Cuma jangan buat kat komputer Pengetua sekolah dah le .. hehehe...Ok, cukuplah kot .... rasanya remaja skrang dah lebih kreatif daripada biasa. Ada je cara mereka, yang mungkin saya sendiri tak dapat nak fikirkan. Namun, andai saya masih remaja .... mungkin cara-cara dan kaedah nakal mempromosi blog yang dikongsikan ini akan saya praktikkan ... :)
Erkk ceh .. gila glamor ehh .. hmmm nak elak kalu, jangan letak le gambo anda dalam blog .. jadi tiada isu gila glamor .. yeahhhh .....
Kalau saya pun saya tak buat. Cuma yang tulis url blog kat barang peribadi tu mungkin la ada 2-3 barang yang ditulis.
ReplyDeleteTerima kasih sebab bagi idea sebegini..nak try lah
ReplyDeleteBukan untuk remaja ja tapi remaja purba pun boleh gak..bukan buat kat sekolah tapi buat kat pejabat..tapi harus ambil risiko sebab bukan semua orang suka apa yang kita suka..tq untuk info..
ReplyDeletehehe , tips best nie , suka number 1 dan 2 :)
ReplyDeleteHmm terima kasih @Mymy Mushie ... saya pun suka no 1 dan 2 .. hehhee
ReplyDeleteHahaha .. lama tak dengar remaja purba ...
ReplyDeleteTerima kasih @Teena Tna
ReplyDeleteYa, bukan semua sesuai, ini hanyalah cadangan dan idea sahaja
ReplyDeleteconteng dalam toilet..haha...letak kat facebook timeline..
ReplyDeleteok.dah tua..tak sesuai..:P
ReplyDeleteHahahaaa.. idea nie bunyiknya agak giler tapi rasanya memang berhasil kowt.. :)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.