Akal Ibarat Buku Dalam Almari Kaca
Akal kita takkan dapat berfikir dengan baik andai kita tak berikan sedikit kerahan tenaga buat otak. Sebagai manusia, kurniaan Ilahi maha hebat ini mestilah digunakan sebaik mungkin. Kita baca, kita faham tapi kalau kita tak gunakan akal, apa yang kita faham itu akan lansung lama kelamaan jadi lemau. Ala ... macam anda beli buku, simpan dalam almari kaca, kalau tak dijaga .. akan rosak juga. Buku sesekali perlu dibuka, disemak agar helaian tidak terlekat, bila terlekat, nak dibuka jadi payah, silap-silap boleh terkoyak, bila terkoyak sudah hilang satu helaian, dan bila dah hilang sehelai, ilmu yang ada dalam helaian itu ... akan jadi apa? Hmm jadi surat khabar lamalah jawabnya.Menulis Blog Tajamkan Akal
Akal perlu dipertajamkan. Langkah paling bagus adalah dengan anda menulisnya. Oppss bukan paling bagus .. tetapi paling awal. Paling bagus ialah anda praktikkan ilmu itu. Namun, kalau tak ada langkah awal, mana mungkin menjadi langkah seterusnya ye tak?Perkara ini selalu saya praktikkan bila mahu membuat entri berkenaan tutorial. Kalau ada widget atau gajet dalam blog yang ingin saya syorkan, saya akan cuba dan uji dahulu. Lihat mana lebih, mana kurang, eksperimentasi perlu bagi membolehkan saya bercerita lebih baik kepada yang lain. Menyampaikan sesuatu yang kita benar tahu, benar buat, dan benar baca.
Tulis blog, tulis entri dalam blog akan bantu akal kita untuk berfikir. Adakah apa yang kita tulis ini betul atau salah. Disulam pula dengan apa yang telah saya katakan tadi, praktis; makanya otak akan lebih ligat berfikir untuk menentusahkan apa yang cuba disampaikan.
Beruk Dapat Samsung Galaxy S4
Banyak blogger lebih suka membaca, tapi tak berapa ramai yang suka gunakan akal untuk tulis kembali apa yang mereka baca - maka itu jadilah entri copy-paste. Saya selalu buat .. :) heh .. bila malas nak fikir mengenai sesuatu, saya akan salin dan terbitkan sahaja dalam blog ... hasilnya, bila orang atau pengunjung bertanya ... saya jadi pinga-pinga ibarat si beruk yang mendapat Samsung Galaxy S4 .. hehehehe....Ya, menulis blog akan tajamkan akal tapi biar kena caranya ... ye tak?
Kredit Foto: Getty Images
*p.s: Sekarang beruk pun boleh bercakap dah .. kalau dah boleh bercakap ..maknanya bolehlah pakai Samsung Galaxy S4!
ni yg kne lg ligat menulis nih :)
ReplyDeleteMenentusahkan...wauu.. apa maknanya tu Bro HH?
ReplyDeleteEhh tak biasa guna ke perkataan tu? Kalau buat eksperimen Fizik, selalu guna .. tentusahkan, atau clarify ... :)
ReplyDeleteHmm lagi ligat .. maka otak pun lagi ligatlah ...
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.