As-Salam. MyKad Smart Shopper adalah merupakan program inisiatif bertaraf MSC (Multimedia Super Corridor) dan disokong oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia serta Multimedia Development Corporation (MDeC) . Ia merupakan satu program berbentuk Affiliate kepada seluruh rakyat Malaysia yang sememangnya terkenal dengan budaya membeli-belah.

MyKad Smart Shopper (MSSP)

Program ini dibangunkan dan diselaraskan oleh I Synergy Universal Holding Sdn Bhd yang merupakan penerima Anugerah Perniagaan Cemerlang Asean 2013, dan dikenali sebagai Affiliate Junction, merujuk kepada program affiliate yang dibangunkan dalam MyKad Smart Shopper.
Program MyKad Smart Shopper Blogger Malaysia

Program MyKad Smart Shopper atau dikenali sebagai MSSP ini merupakan satu program aplikasi yang dibangunkan khas buat pemegang-pemegang sah MyKad bagi membolehkan mereka menerima ganjaran atau point setiap kali berbelanja. Akses kepada program affiliate ini boleh diperoleh di laman web Affiliate Junction di mana anda boleh menyemak status MyKad serta butiran ganjaran yang telah anda terima menerusi program ini.

Pendaftaran untuk membolehkan MyKad berfungsi sebagai rujukan perbelanjaan dalam program MyKad Smart Shopper adalah percuma. Apa yang perlu dilakukan ialah dengan menghubungi agen-agen Affiliate Junction yang sah untuk urusan pendaftaran mudah. Butiran seperti nama, alamat, nombor telefon dan paling penting nombor kad pengenalan perlu disertakan bagi membolehkan pemilik MyKad menerima kemudahan yang disediakan menerusi Affiliate Junction ini.

Untuk pengetahuan, aplikasi ke 50 MyKad ini boleh juga didapati di AppStore dan Google Play.

MyKad Smart Shopper Mobile App

MyKad Smart Shopper by Affiliate Junction Malaysia


Apakah kelebihan sebenar bagi mereka yang mengakifkan MyKad Smart Shopper ini? Ok, berikut, saya kongsikan beberapa kelebihan yang boleh anda dapat apabila mendaftarkan secara percuma aplikasi ini dalam MyKad anda.

Kelebihan MyKad Smart Shopper

  • Pendaftaran untuk program ini adalah percuma
  • Tiada tarikh luput keahlian, melainkan pemegang MyKad meninggal dunia.
  • Nikmati diskaun segera serta rebat tunai yang disediakan oleh peruncit dan pekedai yang ambil bahagian.
  • Diskaun sehingga 20% di kedai-kedai yang ambil bahagian dengan hanya dengan menunjukkan MyKad.
  • Mata ganjaran dari perbelanjaan untuk penebusan hadiah (RM 1 = 1 Point AJ)
  • Tidak perlu sebarang kad tambahan - hanya guna MyKad dengan aplikasi AJ sahaja.
Terdapat lebih daripada 100 pekedai dan peruncit serta penyedia perkhidmatan menyertai program ini. Sebagai contoh, saya senaraikan antara pedagang (peruncit, pekedai serta penyedia perkhidmatan) di bahagian utara yang telah mengambil bahagian dan akan memberikan diskaun serta ganjaran istimewa kepada pemegang MyKad dengan aplikasi Affiliate Junction (AJ) ini.

Senarai Pedagang AJ Wilayah Utara

  • Nurz Enterprise
  • Aien Beauty House
  • Kuala Gula Sanctuary Resort
  • D Barakah TM Services
  • GHCW Resources
  • Jouhar Ahmad Enterprise
  • D Sha Cafe
  • Gemilang 30 Auto Trading
  • Restoren Klate
  • Changlun Muslimah Beauty
  • Hotel Taiping Perdana
  • PC World Telecommunication and Computer
  • Teruna Ikan Bakar
  • Yasmeen Izani Enterprise
  • Inter Stat Paper
  • Mirage Garage
  • Langkawi Guestroom
  • Klinik Perubatan Zalfa
  • Virgo Batik Resort
  • Mawar Anggun
  • Mak Teh Mee Banjir Udang
  • Georgetown Hotel
  • Kedai Emas Nazmi
  • Hotline Telecommunication and Computer
  • Pasaraya Serai Wangi
  • Butik Kecantikan dan Spa RATU
  • Poliklinik Seri Mutiara
  • Taiping Golf Resort
  • Dayang Collection
  • Casa Lagenda Hotel
  • Restoren Malaysia Raya
  • Cawan Cafe
  • Dan banyak lagi ..... untuk senarai penuh: MyKad Smart Shopper Merchant

Contest SEO - MyKad Smart Shopper


Contest SEO MyKad Smart Shopper ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja bersama SembangHari2, Discount-Hari2, Pak Ya Homestay, GSR2U . Cabaran Contest ini akan berlangsung sehingga 1 September 2013.

Hadiah Contest SEO MyKad Smart Shopper
Tempat Pertama: Wang Tunai RM500 | Tempat Kedua: Wang Tunai RM300 | Tempat Ketiga: Wang Tunai RM200 | Tempat ke 4-10: Wang Tunai RM50 | Info: Contest SEO MyKad Smart Shopper

4 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam singgah sahur brader HH. wow boleh tebus mata ganjaran...lumayan 1 poin rm1.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Hasrul Hassan kerana sudi menyertai Contest SEO MyKad Smart Shopper... Semoga tuan berjaya menjadi salah seorang pemenang Contest ini.. ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement