As-Salam. Dulu, kalau tak puas hati, isytihar perang, guna askar, kapal terbang, kapal perang dan kereta kebal, roket dan macam-macamlah. Sekarang, zaman itu bakal berlalu, dan kalau berlaku pun ia mungkin cara 'peperangan' terakhir. Terbaru, saya mendapat khabar bahawa ada blog serta laman web Malaysia diserang oleh penggodam (hacker) daripada Bangladesh, dengan satu mesej yang jelas.
Penggodam Bangladesh serang laman web Malaysia
Mesej mereka adalah untuk menuntut keadilan bagi pekerja-pekerja Bangladesh yang bekerja di Malaysia - ironinya setelah PRU13 tamat dengan penampilan banyak cerita dan berita mengenai pekerja Bangladesh.

Respect Our Workers, We Will Respect You

Penggodam Bangladesh Serang Laman Web dan Blog Malaysia!

Ya, mereka ini dikenali sebagai Bangladeshi Hacker. Kebanyakkan laman web dan blog yang terjejas adalah yang menggunakan .com.my dan juga .my. Antara laman web yang saya dapati terkena bahana mereka ialah.
Penggodam Bangladesh serang laman web Malaysia

Senarai Laman Web Terjejas dengan TiGER-M@Te

  1. dell.com.my
  2. google.com.my
  3. msn.com.my
  4. skype.com.my
  5. microsoft.com.my
  6. yahoo.com.my
Malah ada rakan blogger melaporkan lebih banyak laman web Malaysia terkena tempias ini - dikatakan sehingga cecah puluhan laman web. Senarai di atas - setakat entri ini ditulis masih lagi belum dapat diakses sepenuhnya dan mesej di atas masih lagi tertera.

Menurut seorang rakan blogger, cara untuk atasi masalah mereka tak boleh akses laman web Malaysia itu adalah dengan menukar pelayan DNS yang berada di komputer masing-masing.

Anda boleh baca mengenainya di sini - Puluhan Nama dot com dan my Digodam Hacker Bangladesh

Jika anda ada apa-apa maklumat tambahan, sila sertakan dalam ruangan komen.



12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Mana perginya team rilekscrew? Knp mereka tak dapat nak mengatasi pakar hacker mat bangla?

    ReplyDelete
  2. Alamak bangla nie, dah laa awek2 melayu disebat nya, laman web lak nak digodam...

    ReplyDelete
  3. Hmm ... bukan godam apa pun, cuma dia berjaya racun ip je ...

    ReplyDelete
  4. Hmm apa yang dilakukan oleh penggodam ini hanyalah papar mesej, tiada kerosakan teruk pun. Banyak yang kena sbb menggunakan ip getaway daripada Google.

    ReplyDelete
  5. Laman web untuk cek keputusan periksa anak-anak pun kabarnya turut menjadi mangsa. Mungkin esok baru boleh diakses semula. Orang Malaysia tak akan kalah dengan pengodam dari Bangladesh ni ???

    ReplyDelete
  6. dia saja testing security malaysia tu.

    ReplyDelete
  7. Yahoo.com.my dah ok, yang lain masih lagi sama setakat jam 5:10 petang.

    ReplyDelete
  8. Ada yang masih lagi tertera mesej yang sama. Untuk info, ia berkaitan dengan dns pada setting komputer anda juga. Ada yang dah ok kerana dah betulkan lencongan dns.

    ReplyDelete
  9. Pukul berapa lagi ni kena godom...saya online pukul 4.00pm, tiada apa2 pun?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement