As-Salam. Salah satu cara untuk anda melayari internet dengan laju, berkesan dan tanpa tersekat-sekat ialah dengan menukar setting DNS pada capaian internet komputer anda. DNS ialah Sistem Nama Domain yang merupakan satu sistem untuk memudahkan pengguna internet seperti saya dan anda untuk mencapai satu rentetan alamat IP.

Apakah Itu DNS?

Sebagai contoh, alamat ip untuk blog ini - http://www.hasrulhassan.com adalah 216.239.38.21. Tentu anda sukar nak ingat, berpinau mata dibuatnya dengan nombor sebegitu banyak, lebih-lebih lagi kalau IP itu berbentuk dinamik yang sentiasa berubah-ubah. Untuk memudahkan, sistem DNS ini dicipta bagi membolehkan anda hanya taip www.hasrulhassan.com di pelayar internet anda. Senang diingat dan tak perlu hafal.

Komputer menggunakan alamat IP untuk menyambung antara satu sama lain. Alamat IP adalah satu siri nombor yang bertindak sebagai alamat digital yang membolehkan komputer untuk menghantar maklumat secara berulang-alik antara komputer anda dengan Internet. Apabila anda melihat IP, anda dapat melihat rentetan panjang nombor yang mudah untuk komputer ingati, tetapi ia bukan dibuat untuk manusia (jadi, sukar untuk kita mengingatinya. Jadi, untuk memudahkan manusia, sistem DNS dicipta.)

Setiap Pembekal Internet Ada DNS Tersendiri

Tiap-tiap pembekal perkhidmatan internet (ISP) biasanya mempunyai pelayan DNS mereka sendiri, ia adalah berbeza-beza mengikut syarikat pembekal. Contohnya DNS untuk Streamyx tak sama dengan DNS untuk Maxis Broadband. Setiap satu DNS itu akan jadi samada paling pantas atau paling hampeh. Selalunya, pelayan DNS yang paling cepat adalah yang paling dekat dengan lokasi anda - atau komputer/laptop anda. Semakin dekat maka semakin pantaslah anda melayari internet.

Kadangkala DNS yang ditetapkan pada komputer kita tidak cukup pantas, malah kadangkala bermasalah. Jika berlaku, anda boleh mencuba menggunakan Public DNS percuma ini sebagai salah satu alternatif. Malah, ada di antara DNS yang disediakan ini mempunyai daya ketahanan serta keselamatan yang tinggi terutama untuk menapis laman-laman web yang akan beri masalah kepada komputer anda.

16 Public DNS Percuma Untuk Melajukan Internet


Provider Primary DNS Server Secondary DNS Server
Level31 209.244.0.3 209.244.0.4
Google2 8.8.8.8 8.8.4.4
Securly3 184.169.143.224 184.169.161.155
Comodo Secure DNS 8.26.56.26 8.20.247.20
OpenDNS Home4 208.67.222.222 208.67.220.220
DNS Advantage 156.154.70.1 156.154.71.1
Norton ConnectSafe5 198.153.192.40 198.153.194.40
SafeDNS7 195.46.39.39 195.46.39.40
DNSResolvers.com8 205.210.42.205 64.68.200.200
OpenNIC9 74.207.247.4 64.0.55.201
Public-Root10 199.5.157.131 208.71.35.137
SmartViper 208.76.50.50 208.76.51.51
Dyn 216.146.35.35 216.146.36.36
censurfridns.dk11 89.233.43.71 89.104.194.142
Hurricane Electric12 74.82.42.42
puntCAT13 109.69.8.51

Anda perlu ubah Primary DNS Server dan Secondary DNS Server ini di setting Network komputer anda, seperti yang saya tunjukkan di bawah ini. Anda perlu ubah Properties Internet Protocol Version 4 (TCP/IPv4) dengan memasukkan angka-angka pilihan anda yang saya paparkan tadi.
Dan simpan, maka anda perlu reboot komputer untuk hasil yang optimum.

Oh ya, ada lagi satu cara lain yang lebih pantas yang akan saya tunjukkan dalam entri akan datang. Cara ini memang sangat mudah.

Selamat berjaya.


7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. sukmawati binti haronJuly 4, 2013 at 9:26 AM

    interested...tapi HH nak tanya berbaloi tak penggunaannya....?

    ReplyDelete
  2. sukmawati binti haronJuly 4, 2013 at 10:05 AM

    provider yang mana satu menjadi pilihan HH...boleh cadangkan tak?

    ReplyDelete
  3. Salam abang HH, jemput..

    Blogger, jom ramai2 meriahkan! Segmen : Sebulan Berblog By Shakira

    http://lotsoflovebyshakira.blogspot.com/2013/07/segmen-sebulan-berblog-by-shakira.html

    ReplyDelete
  4. Berbaloi le .. memang tgh pakai pun .... :P

    ReplyDelete
  5. Ambil Google sbb blog ni hostingnya kat Google

    ReplyDelete
  6. sukmawati binti haronJuly 4, 2013 at 11:01 AM

    thanks HH.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement