As-Salam. Sebelum ini saya pernah menulis mengenai puisi yang dikatakan dan didakwa dinukilkan oleh Noor Dayana Lokman, isteri kepada aktor kacak Asyraf Muslim. Puisi itu telah mendapat perhatian ramai terutama pengguna Facebook, yang menzahirkan rasa simpati kepada Noor Dayana. Malah ia menjadi bahan hangat diperkatakan dalam sebuah rancangan Gosip di TV9 bagi menceritakan mengenai perkahwinan Asyraf Muslim untuk kali kedua dengan seorang wanita bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, pada 7 Julai 2013 di Thailand.

Puisi penuh syahdu itu yang dianggap merupakan reaksi Noor Dayana telah disebarkan dan dikongsi oleh ramai pengguna Facebook, termasuklah saya sendiri. Bagai satu kejutan, puisi itu telah menjadi bahan taruhan untuk memperlihatkan kesalahan Asyraf Muslim, walhal sebenar-benarnya puisi itu bukan hasil tulisan, luahan dari Noor Dayana.


Rata-rata mereka melahirkan rasa empati dan simpati atas takdir yang menimpa wanita yang sedang menjalani latihan praktikal sebagai seorang doktor itu malah tidak kurang juga yang seakan-akan menyalahkan Ashraf seolah-olah apa yang dilakukannya itu suatu dosa.

Memandangkan saya juga 'terlibat' dalam menyebarkan puisi yang dianggap hasil nukilan Noor Dayana ini, maka eloklah juga saya perbetulkan. Bukan apa, takut apa yang sepatutnya tidak berlaku ... menjadi kenyataan. Dari sudah ada dua masjid cantik molek, kena roboh satu hanya kerana cat dindingnya ada lebih umphhh ... maka tak eloklah begitu. Saya semestinya mahu kebaikan pada pasangan Asyraf Muslim - Noor Dayana - Wan Sakinah, doakan yang terbaik, namun seperti selalu ... berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

Puisi Itu Bukan Luahan Hati Dayana Lokman - Ana Hawana

Penulis sebenar puisi yang dikatakan luahan hati Noor Dayana itu dikenali sebagai Ana Hawana. Puisi itu ditulis buat ditujukan kepada Noor Dayana bagi melahirkan rasa simpati atas apa yang berlaku, dan bukan niat Ana Hawana itu untuk mengeruhkan lagi keadaan.

Itu Bukan Puisi Tetapi Hanyalah Update Status

Paling menarik sekali adalah pengakuan Ana Hawana bahawa apa yang ditulis itu bukan sebenarnya sebuah puisi pun, tetapi hanyalah barisan ayat untuk update status dirinya - sebagai satu simpati atas apa yang berlaku pada Noor Dayana.
Sebenarnya status tersebut telah di copy-paste dengan tidak sempurna sehingga membuatkan orang menyangka bahawa apa yang ditulis oleh Ana Hawana merupakan luahan hati dan rasa sedih Noor Dayana mengenai perkahwinan kedua Asyraf Muslim.

'Puisi' Sebenar yang Dianggap Sebagai Luahan Hati Noor Dayana

Dan mungkin anda tertanya-tanya akan status sebenar Ana Hawana sebelum disebar-luas dalam media sosial dan juga blog-blog Malaysia kan? Ok, ini saya tampilkan status sebenar Ana Hawana yang dikatakan merupakan puisi luahan Noor Dayana.

Nampak tak .. yang terakhir tu, tak dimasukkan sekali ... hmmmm .....

Sekali lagi, saya mohon maaf atas entri terdahulu ini - Puisi Dayana Buat Asyraf Muslim

Kredit: http://lekatlekitgurl.blogspot.com/2013/07/panas-ana-hawana-penulis-sebenar.html

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. itulah. hari tu ada momoy baca kat blog lekat lekit gurl
    kesian dayana.
    ini mesti kes plagiat tak bertanggungjawab nih

    ReplyDelete
  2. dunia laman sosial nie kadang2 yg tipu dibenarkan, yg benar ditipukan.

    ReplyDelete
  3. tu sebab tak nak komen apa-apa pasal kejadian ni. takut tersalah komen sebab kita tak tahu hujung pangkal... doakan yang baik-baik sudah..

    ReplyDelete
  4. Bersama membantu menyebarkan kekhilafan yang terjadi ini untuk membaiki situasi yang terlibat.

    ReplyDelete
  5. Puisinya betul-betul sangat puitis, mengena di hati seorang yang sedang sedih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement