Ada yang sedar, tapi tak ramai yang mahu ambil kesempatan. Dalam mahu mengejar sesuatu, anda perlu bertindak pantas. Jangan tunggu orang lain dah rebut peluang tersebut baru anda mahu masuk barisan. Nanti, bila orang lain bermegah dengan pendapatan mereka, jangan pula merasa jeles ..eceh ..hehehe..
Rahsia iklan Nuffnang tak banyak, cuma tak ramai yang dok bercerita mengenai. Kalau ada, tak ramai pula yang ambil kesah. Jadi, buat pembaca blog ini, anda perlu ambil kesah kerana saya tahu ramai antara anda memasang iklan Nuffnang dalam blog.
Rahsia Iklan Nuffnang Patut Anda Tahu
Iklan Nuffnang Mesti Berada di Kedudukannya
Saya lihat ada di kalangan blogger Malaysia seolah tak ikut nasihat yang diberikan oleh pihak Nuffnang. Nuffnang dah beritahu awal-awal, dimanakah tempat paling mujarab perlu diletakkan iklan mereka, namun ramai blogger Malaysia main suka hati letak merata. Dah ada panduan, ikut sahaja ... itupun kalau mahu iklan anda menari-nari dalam blog dan berikan apa yang anda hajati. Tips ringkas - iklan tersebut mesti mudah untuk kelihatan.Masa Iklan Nuffnang Keluar/Timbul
Ramai macam tak ambil port sangat, tapi percayalah, dengan adanya pengetahuan ini, anda boleh memaksimakan kemungkinan untuk menerima lebih ganjaran daripada Nuffnang. Apa yang perlu anda tahu ialah masa iklan Nuffnang keluar atau muncul adalah pada waktu malam (antara jam 8-10), selepas tengah malam, awal pagi dan di waktu puncak tengahari (12-2). Tatkala ini, apa yang perlu anda lakukan ialah buat entri dan dapatkan trafik sebanyak mungkin ke dalam blog.Ambil Masa Perhatikan Ruang Iklan
Lihat ruang iklan Nuffnang. Jika iklan semacam je banyak keluar, samada di blog anda mahupun blog rakan blogger lain, maka cepat-cepat fikirkan sebuah entri untuk anda terbitkan. Tips ringkas - nampak iklan mengenai ubat ketiak, maka cuba cari idea mengenai ubat ketiak dan sebagainya. Ada bonus disebabkan tips ini.Ketahui Siapa Yang Beriklan Dengan Nuffnang
Anda lihat iklan Nuffnang, iklan apakah yang keluar? Ambil kesempatan ini untuk memancing pengiklan daripada Nuffnang. Ini merupakan antara tips untuk anda mendapatan CPUV (BE) mahupun Advertorial. Anda buat entri yang ada kaitan dengan iklan yang sedang menari-nari di blog anda. Tak perlu buat secara direct, boleh je buat cerita santai, tapi punyai katakunci sesuai dengan iklan yang sedang dipaparkan oleh Nuffnang.Ok. Itu sahaja yang dapat saya berikan mengenai rahsia iklan Nuffnang yang patut anda tahu. Rahsia ini mungkin akan terkait pada panduan pengiklanan yang lain yang mungkin boleh anda praktikkan.
Tips-tips ini merupakan antara banyak panduan yang telah saya peroleh daripada mereka yang telah berjaya mendapat income yang menarik daripada Nuffnang.
Tak cuba tak tahu... kan kan?
Maka, selamat mencuba.
Erm..buat entri berdasarkan iklan..gud info
ReplyDeleteEntry Terkini : [ Video ] Jaringan Gol Malaysia Vs Chelsea 21 July 2013
Hmm ... tu tips terbaikk tu .. antara cara nak dapat Advertorial dan juga CPUV
Deletekalo letak nuffnang bwh header takpe ke?
ReplyDeleteTak mengapa ... asalkan tak jejas perwatakan blog anda. Nanti kalau header tak perasan .. orang tak tahu blog apa lak kan.
DeleteTerima kasih HS. Entry yang sangat bermanfaat. =)
ReplyDeleteSama-sama V ... :)
DeleteThanks atas info yang dikongsikan.. amat berguna.. :)
ReplyDeleteTerima kasih ... saya harap sudikan untuk kongsikan entri ini .. LIKE atau G+ sudah memadai.
DeleteWaauu..begitu rupanya.. Thanks HH..∩__∩
ReplyDeleteYa.. gitulah rupanya Mieza, kalau dah tahu bolehlah praktikkan, mana tahu rezeki akan ada lebih lagi dari iklan Nuffnang ni. In SHa Allah.
DeleteTerima kasih..
Deleteterima kasih..entry yang sangat berguna...
ReplyDeleteSama-sama Diyana ... :) terima kasih kerana membaca
Deletenice HH...mcm ni ek cara nya?nnti iman nk tny lgi boleh ke?andai x phm..
ReplyDeleteBoleh je tanya .. tak salah bertanya, yang salahnya ialah tidak bertanya .. :)
DeleteHaha.. Lawak laa.. Bro HH..
Deletetak terfikir idea siapa yg beriklan tu.eheh thanks berkongsi
ReplyDeletesalam pg bro hh..terima kasih berkongsi tip2 mengenai nuffnang.
ReplyDeletememang best lah tips ni.. :)
ReplyDeleteTerima kasih Norhasniza ... saya harap cik dapat gunakan di blog cik nanti.
Deleteterima kasih atas ingo yg sgt berguna ni.
ReplyDeleteapa tu ingo?
Deletesejenis buah fikiran heh
DeleteAduhhh .. info tu .. typo error ..biasalah .. :P apa la korang ni ..
DeleteHEHEHE
Deleteterima kasih ats info/peringatan di ats .. sy prnh tfkir utk bt dmkian krn sy rsa itu mgkin blh pancing readers/viewers..hehehe tp sygnya sy ni blum ckup kreatis, kritis dn bijak utk bfkir scra pntas dn tuntas dmikian .. idea slalu stuck di tgah jln ..
ReplyDeleteTak mengapa, lebih baik mencuba dari tidak buat apa2 ... sekrngnya kita dah tahu teknik yang boleh berikan pendapatan yang bagus menerusi blog.
DeleteIlmu yang menarik.. Terima kasih HH atas perkongsian ilmu ni.. =)
ReplyDeleteTerima kasih Rosmiza .. :)
Deletetip menarik nih..
ReplyDeleteHmm terima kasih .. terima kasih.
Deleteterima kasih...boleh praktikkan lepas ni..
ReplyDeleteincome dari iklan tak pernah merasa
ReplyDeleteKena banyak bersabar Bro ... bukan mudah sbb blog ni ada beribu-ribu, kena ikut turn .. :)
Deletesangat bermanfaat.. terima kasih tuan!
ReplyDeleteSama-sama. Tak sia-sia rasanya bila ramai yang boleh ambil manfaat dari entri ini. Alhamdulillah.
Deletebest punya tips ni..:D
ReplyDeleteTerima kasih ... lagi best kalau ramai yang guna pakai.
Deletedah lama buang iklan nuffnang. hehe
ReplyDeleteSaya masih lagi ada di blog-blog yang lain ..
DeleteBlog Bro HH yg lain ade berapa? Boleh nyatakan di sini tak? Sy nak berblogwalking blog bro yg lain tu.
DeleteTerbaik.. new knowledge.. thanx hh.. :)
ReplyDeleteTerima kasih kimi .. saya suka memberikan sesuatu yang orang lain mungkin tak tahu .. lagipun saya sendiri pun bukannya reti sangat ..
Deletesaya dah lama tinggalkan Nuffnang atas sebab tersendiri, bukan kerana Nuffnang tak bagus. Sebelum ni saya dah banyak bereksperimentasi dengan Nuffnang dari segi kedudukan iklan, trafik juga jumlah klik.
ReplyDeleteBagi blog personal Nuffnang memang menyerlah sebab blogger boleh tulis apa saja produk-produk yang mahu dipromosi oleh advertiser dalam sponsored post yang mana akan menambah pendapatan selain CPC.
Tapi bagi blog dalam niche tertentu misalnya teknologi, dari pengalaman saya Nuffnang gagal menyerlah kerana Nuffnang kurang menumpu kepada topik teknologi sebaliknya lebih menumpu kepada lifestyle.
Inilah sebab kenapa saya tidak gunakan Nuffnang. Ini perkongsian saya dari pengalaman yang saya lalui selama dua tahun berblog serta setelah menguji Nuffnang di blog saya yang dalam niche teknologi.
Akhirnya saya beralih ke Adsense. Dari situ, iklan amat cemerlang sekali. Saya tak kata Nuffnang tak bagus. Nuffnang amat sesuai dengan blog personal, blog pelancongan atau blog lifestyle kerana majoriti advertiser yang beriklan dengan Nuffnang berada dalam kategori itu.
Ya, banyak kebenaran di situ, saya snediri pun tak pasang Nuffnang pada blog yang ada niche ni...sbb rugi. Adsense adalah yang terbaik.
Deletea great tips.. thanx for sharing HH =D
ReplyDeleteSama-sama, moga dapat berikan kebaikan pada yang lain ..
DeleteLama dah tinggalkan nuffnang ni. ='(
ReplyDeleteCPUV saya mmg x gerak wpun dah ikut tips mr. nuffnang . Nak cuba praktis tips bro pulak ... thanks sharing ...
ReplyDeletesaya dah lama menunggu pendapatan daripada nuffnang ini..sampai sekarang belum ada hasil yang membanggakan
ReplyDeleteterkini dari saya : Revolusi Minda Blogger Dalam Dunia Bisnes
Hmm .. saya tunggu lebih 3 tahun untuk cash-out Nuffnang .. sebnayak RM50 :)
DeleteAssalamualaikum.. wah HH pun tunggu 3 tahun untuk keluarkan RM50.. Apatah lagi saya.. hehe.. xpe, banyak yang perlu saya pelajari lagi..
Deletethanks for the info..masih banyak yg perlu i belajar..
ReplyDeletesaya baru tahu pasal timing post entri yang boleh bantu sy dptkan bnyk trafik dan related dgn ikln nuff ni.sblum ni post entri ikut suka hati je...terima kasih banyak sdr HH:)
ReplyDeleteSama-sama. Kita berkongsi ilmu yang boleh berikan manfaat buat blogger Malaysia. In Sha Allah, semua blogger terutama blogger blogspot akan lebih berjaya.
DeleteAda blogger yang tau..tapi tak mau kongsi sama2 takut pendapatan dorang terjejas..kot huhu..tqvm HH...
ReplyDeleteGood tips! ;) Kekadang rasa nak give up dgn Nuffnang ni huhu. Sabooo je lah
ReplyDeleteJangan mudah putus asa, masih banyak lagi peluang yang ada. Walaupun pada pandangan mata kasar nampak cam sukar tapi dengan usaha, in Sha Allah boleh berjaya.
Deleteterima kasih di atas informasi ini terutamanya mengenai waktu yang sesuai untuk publish entri tu..
ReplyDeleteHarapnya Mizz Aiza akan dapat manfaat daripada perkongsian ini. In Sha Allah, akan berjaya nanti.
Deletesaya x pernah buat entry pasal iklan..
ReplyDeletesebab tu kot nuffnang merajuk x kasi CPUv..
next time kene rajin ler..
thanx HH :)
Terima Kasih atas perkongsian untuk blogger baru macam saya nie.. Susah betul nak dapat pengunjung untuk blog yang baru bertapak macam saya nie..
ReplyDeleteTerima kasih kembali kerana kesudian Fara untuk sama-sama memeriahkan blog ini.
Deletesedikit tip dari ciklaili.com :
ReplyDeletekalau ada CPUV yang 'on going', anda perlu tingkatkan trafik blog supaya earning akan lebih meningkat setiap hari. bayangkan kalau ada 5 CPUV dengan earning mencecah nilai 3 angka, cubalah kira berapa earning yang bakal anda dapat.
Moga ramai yang akan praktikkan tips yang cik Laili berikan.
DeleteTerima kasih untuk tip ni.. akan cuba praktikkan..^___^
ReplyDeleteSebelum komen apa-apa, sempena hari raya ni saya ingin memohon ampun dan maaf kiranya selama ini ada tertulis kata-kata atau komen-komen yang menyinggung En Hasrul secara tak sengaja. Terima kasih atas info tentang iklan nuffnang ini. Akan cuba praktik kan.
ReplyDeleteSalam,Selamat hari raya......tips baik punya bro!,thanks lebih kurang dengan kaedah google adsense kan bro?
ReplyDeleteBetul. Semua pengiklanan media maya lebih kurang je.
Deletebagus tips ni
ReplyDeleteTerima kasih. Jangan lupa untuk cuba tips yang diberikan.
Deleteohh..itu rahsianya..
ReplyDeletenuffnang saya tak begerak skit pun, kenapa yeh?
ReplyDeleteooo..cengitu rupanya...baru ahkak tau..tq ya HH
ReplyDeleteSy tak pernah lagi buat entri iklan yg ada dr Nuffnang. Tapi selalu juga buat cerita pasal Nuffnang. Kelmarin baru dapat beberapa puluh RM huhuhu... Tapi tak mo cashout lagi. Nak cuba pula buat entri tentang Nuffnang nanti. terima kasih berkongsi tips
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas pengalaman anda
ReplyDeletewww.uncledoy.blogspot.com
Kena praktikan ni. Nuffnang banyak bagi iklan sekarang tapi tak semua boleh dapat.
ReplyDeletedlm byk2 tips ni, satu je yg lia thu, yg kedudukan iklan. thanks for sharing!
ReplyDeletesharing yang amat berguna
ReplyDeletewoww.. thanks for the info.. nanti nak cuba
ReplyDeletegodek balik tips iklan HH ni.. he he
ReplyDeleteSalam... good sharing
ReplyDeleteNnti nk cubalah. Mana tau ada rezeki.. tq for the info.
terima kasih kerana sudi berkongsi tips, insyaallah akan saya praktikkan. Salam perkenalan drp saya.
ReplyDeleteTQ share info...nak try pulak la pasni..ilmu ni HH..
ReplyDeleteTips yang sangat berguna. Terima kasig
ReplyDeleteSama-sama, semoga ia bermanfaat untuk lebih ramai blogger yang pasang iklan Nuffnang ni ..
DeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.