As-Salam. Bagaimana mahu menulis sebuah isi kandungan blog yang original? Sebenarnya anda tak perlu fikir pun untuk menulis sebuah entri bermanfaat yang original, yang tersendiri, yang jadi hak mutlak anda, serius tak perlu. Apa yang perlu ialah .... aha .. inilah rahsia sebenar menulis konten original, yang akan saya dedahkan dalam entri ini keseluruhannya. Saya pasti anda akan angguk tanda setuju bahawa inilah rahsia sebenar untuk menghasilkan sebuah blog yang padat dengan kandungan - tidak terdapat di mana-mana. Sah mutlak anda punya!
Cara tulis entri original dalam blog


Rahsia Sebenar Menulis Konten Original Dalam Blog

Apakah rahsia sebenar menulis konten original ini? Ramai yang seperti tidak tahu, walhal rahsia itu dah anda simpan lama dalam diri, malah sejak anda tahu menulis dan membaca lagi. Oh ya, melainkan anda tidak berada di zaman persekolahan atau mungkin anda banyak ponteng semasa belajar dahulu, jadi mungkin rahsia ini tidak ada pada anda.

Bagi mereka yang pernah mengarang, menulis esei, karangan cereka tentu boleh agak. Alahai, takkan tak pernah tulis karangan cereka atau cerita pendek semasa kat sekolah dulu? Sekolah rendah mungkin tak ada lagi, tapi sekolah menengah? Masa zaman belajar kat kolej ke? Ishhh .. mesti ada punya.

Oklah. Tanya anda - pernah bercinta? Kalau pernah, pernah tulis surat? Oppss .. zaman moden ehh, pernah mengorat tak? Apa ayat-ayat cintan anda tu? Apa ayat pikat anda? Pernah tulis mesej cinta tak?

Erkk, melalut pulak. Tapi itulah, ini yang saya mahu anda fikir balik. Semua benda yang dah anda buat tadi - yang saya sebut dan dok melalut tadi, semuanya adalah hasil fikir, hasil idea dan hasil kreatif anda sendiri bukan? Anda tak ikut pun orang lain .. ye tak? Ada ke anda meniru tulis karangan semasa peperiksaan SRP, PMR, SPM atau peperiksaan bahasa? Tak ada bukan? Anda tulis ikut gaya bahasa anda sendiri, betul tak?

rahsia menulis konten original dalam blog
Inilah rahsia sebenar menulis konten original.

Anda menulis mengikut gaya bahasa anda sendiri. Tajuk mungkin boleh sama - macam karangan bertajuk 'Aku Sebatang Pensil' atau 'Aku Sepasang Kasut Adidas'. Namun, cara anda bercerita dan menulis mengenai tajuk itu tentu berbeza dengan yang lain. Anda mungkin bercerita mengenai 'Aku Sebatang Pensil' bermula dari anda membelinya di Kedai Ah Kit Kacak, mungkin anda menulis 'Aku Sepasang Kasut Adidas' bermula dari penemuan anda sebagai kasut oleh seorang gadis cantik menarik cun.

Olahan Itu Milik dan Citarasa Anda

Pengolahan cerita daripada setiap individu adalah berlainan. Begitulah halnya dengan entri-entri dalam blog. Tajuk mungkin sama, tetapi cara anda menceritakkannya menjadikan ia unik dan original. Jangan tiru orang lain, kerana anda sebenarnya lebih baik daripada anda dok meniru tu.

Rahsia sebenar menulis kandungan original dah lama ada pada anda. Terpulang pada anda untuk percaya pada diri sendiri, kerana diri anda tentunya berharga ... andai tidak mengapa Allah benarkan anda lahir ke dunia?

Jadi macamana? Anda setuju dengan apa yang saya tulis ini? Atau adakah saya hanya mereka cerita dari A sampai Z untuk hanya buat anda geram dengan saya? Kalau benar, berikan sedikit LOVE dengan share entri ini pada orang lain yang mungkin nak tahu rahsia sebenar menulis konten original ini.

Atau .... anda boleh sahaja copy-paste ke mana-mana sahaja ... kerana saya tahu, anda tentu belum lagi mahu mengenengahkan potensi diri sebenar anda sebagai seorang blogger berjaya!

Mahu berjaya? Jadilah diri sendiri - gaya sendiri, cara penulisan sendiri.


7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terbaik..panduan & info yang paling berkesan untuk semua..kadang-kadang tak terfikir sesuatu perkara itu sebenarnya sudah berada dalam diri kita..terima kasih HH..

    BalasPadam
  2. bagi kancil ndak salah tiru orang lain punya gaya penulisan jika tidak yakin...sebab kita dari kecil lagi suka meniru gaya orang dewasa..bila rasa yakin dan kukuh barulah kita membuat gaya penulisan sendiri...selain itu...lebih banyak membaca akan menambah kosa kata kita.

    BalasPadam
  3. betul. saya setuju.

    BalasPadam
  4. Sama-sama @Nor Ariffin Hamzah .. kita semua ada kelebihan, terpulang pada diri sendiri untuk menjadikan ia satu kekuatan. Kadang orang sering rungut tetapi malas nak muhasabah diri.

    BalasPadam
  5. Kita boleh meniru tetapi rentak tetap berlainan. Semasa kecil kita disuruh buat apa yang dewasa buat, tetapi cara nak buat mungkin tak sama. Langkah mungkin berbeza. Anda boleh tiru orang tulis huruf A,B dan C ... tetapi cara ditulis, bentuk huruf pasti berbeza

    BalasPadam
  6. yup....identiti sendiri itu penting.


    Majulah blog untuk negara..ahaks3

    BalasPadam
  7. Input yang amat bermakna buat semua...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement