As-Salam. Sudah tahu mengenai Snap Share tak? Belum lagi? Ia adalah salah satu cara untuk anda memaksimakan pendapatan menerusi akaun Churp Churp anda. Jika anda belum daftar dengan Churp Churp, pastikan anda telah berbuat demikian. Pendaftaran adalah percuma, dan saya sangat galakkan mana-mana blogger yang dah ada akaun Nuffnang, menyertai juga Churp Churp ini.

Snap Share - Terima Ganjaran Kongsi Gambar Instagram

Snap Share adalah antara cara untuk anda memaksimakan income menerusi Churp Churp, caranya telah saya terangkan di dalam entri lepas - Buat Duit Dengan Instagram Bersama Churp Churp. Untuk entri kali ini, saya nak kongsikan kepada anda mengenai syarat tertentu yang perlu difahami dan diikuti bagi membolehkan anda menjana income menerusi Snap Share.

Syarat Kempen Snap Share

  • Gambar dikongsikan mestilah dalam akaun Instagram peribadi milik anda, dan perlu berada di dalam keadaan public bagi membolehkan gambar tersebut dikesan oleh Churp Churp Snap Share dan dimasukkan ke dalam laman mereka.
  • Tidak boleh memadam gambar yang dikongsikan tersebut selama mana kempen tersebut berjalan.
  • Gambar mesti memenuhi syarat kempen yang ditetapkan seperti Hashtag atau meletakkan kata kunci tertentu pada gambar tersebut.
  • Gambar mesti bebas daripada hashtag atau caption yang tidak relevan dengan kempen, ini bagi mengelakkan salah tafsiran serta konflik kempen.
  • Memastikan caption gambar tersebut mempunyai kata kunci kempen yang disertakan.
  • Dilarang sama sekali melakukan penipuan atau teknik automatik untuk menambah followers atau Likes pada gambar tersebut.
  • Akaun Instagram anda mestilah aktif dengan mempunyai sekurang-kurangnya 25 pengikut.

Contoh Kempen Snap Share


Kredit: PerenLee.com


1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement