Salah satu cara untuk mendapatkan trafik ke blog di bulan Ramadan ini adalah berkongsi perkara yang ada kaitan dengan bulan penuh mulia ini. Selalunya pengguna internet akan mencari informasi yang pelbagai berkaitan dengan bulan Ramadan. Ya, mungkin ada sesetengah entri itu sudah tepu tetapi tidak mustahil dengan sedikit trik tertentu, blog anda boleh mencuri trafik menerusi enjin carian.
Inilah yang sering saya perkatakan mengenai SEO di mana penggunaan kata kunci sangat penting dalam memastikan blog anda dapat menyampaikan, dan seterusnya memberikan apa yang dikehendaki pencari informasi.
Antara kata kunci yang popular yang mungkin anda boleh cari dan gunakan sebagai entri menarik trafik di bulan Ramadan ini, adalah seperti ...
- Berikan tips-tips berkaitan dengan berpuasa untuk anak-anak.
- Berikan tips-tips berkaitan dengan menu, atau resepi yang sesuai di bulan puasa, juga biskut raya yang mudah.
- Cadangkan beberapa petua mengenai dekorasi untuk hari raya.
- Kongsi informasi mengenai cuti, jadual perjalanan balik kampung.
- Bercerita mengenai informasi dan pengalaman berbuka puasa di restoren, hotel atau mana-mana tempat yang menyediakan buffet Ramadan.
- Berkongsi mengenai pengalaman puasa di perantauan.
- Video iklan atau lagu raya.
- Tips pilih baju raya, langsir, ataupun kuih raya.
- Bercerita mengenai sesuatu perkara yang hanya berlaku di bulan Ramadan, contohnya mengenai pesta panjut di Kuala Kangsar, atau menu kerang rebus yang popular di Parit Buntar selepas Solat Sunat Terawih.
Itu antara beberapa tips dan panduan untuk blog anda mendapatkan trafik di bulan Ramadan. Mungkin ia tidak sensasi, tetapi seperti yang pernah saya katakan sebelum ini, tak perlu jadi jaguh kepada sesuatu yang besar (kata kunci banyak digunakan) tetapi menjadi juara kepada perkara-perkara yang mungkin kecil.
Cubalah, sebab saya dah mencuba beberapa entri yang mungkin tak nampak begitu popular tetapi telah berikan trafik yang cukup baik untuk blog ini. Contohnya, mengenai senarai barangan kawalan musim perayaan, klip video iklan hari raya terbaru, tips dekorasi bajet untuk Aidilfitri .... sesuatu yang bukan kebiasaan, tetapi in Sha Allah berbaloi.
Fikir apa yang anda mahu cari sempena bulan Ramadan, maka itulah yang patut anda tulis dalam blog anda.
HH cakap pasal kerang rebus Parit Buntaq..memang pcl teringat nak balik sana cepat..haha. tempat jatuh lg dikenang. terima kasih dgn tips nya.
ReplyDeletebaru terfikir nak paparkan resepi dlm bulan Ramadhan ni. Terima kasih sifu beri tips yg berbaloi2 ni :) Sy letak entri ni dlm panduan blogging kat tab page sy tau :)
ReplyDeleteterima kasih ats cdgn topik yg diberi. sy ada juga cuba buat entri ttg resepi mudah buat kuih. mmg betul. tak sangka traffic bnyk juga cr resepi tu. betul sranan yg diberi tu..:)
ReplyDeleteThanks HH for the tips..next week dah minggu akhir berpuasa kan..mesti kisah raya jadi tumpuan, selain malam Lailatul Qadar
ReplyDeleteBetul tu, bulan puasa saya rehat tapi trafik blog paling mantop di blog saya ialah pada bulan puasalah
ReplyDeleteAssalamualaikum. nice sharing HH :)
ReplyDeleteMenarik tetapi macam ni bermusim :'( tak bagus untuk long term.
ReplyDeleteBermusim tetapi PASTI ... itu sebab Denaihati sering dapat trafik tinggi setiap tahun, hanya kerana update benda-benda ni dalam blog. Evergreen ... :) dan seluruh umat Islam cari ... banyak tu.
Deleteterbaik..thanks HH
ReplyDeletesekurang-kurangnya saya ada ide nak buat
ReplyDeletePerkongsian berkenaan dengan agama sekurang-kurangnya kita dapat pahala kerana menyampaikan perkara yang baik lagi-lagi berkenaan dengan Ilmu agama.
ReplyDeleteSyira pun dah ada plan nak buat mcm tu..ttbe bro hh bg tips yg sama..nice ! Ade masa..entry akan ditulis :)
ReplyDeleteTerharu baca perkongsian jujur ni encik hasrul...saya mmg suka baca blog encik...sbb byk manafaat saya terima dan buka pekung di dada bagaimana nak belajar tentang blog...syabas...tetap akan cari entry2 lain nanti dlm blog HH :)
ReplyDeletehaah..memang berguna.., trapik pree.. =)
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.