Trafik ke blog memang penting. Andai blog tiada trafik, boleh diibaratkan tiada nyawa. Blog hidup segan, tutup tak mahu-mahu. Haha... saya banyak blog camni - segan-segan nak hidup, padamnya tidak juga, masih lagi berawangan di dalam dunia maya ini.

Ramai blogger terutama blogger baru seperti buntu akal nak mendapatkan trafik buat blog mereka. Almaklumlah, saingan kini banyak, ramai dah manusia yang pandai guna komputer dan internet ni sudah ada blog sendiri. Ada banyak sebab ramai yang buat blog, saya pernah terbitkan entri mengenai di sini - Mengapa Blog Semakin Banyak?

Jadi, apabila dah ramai yang ada blog, kesukaran sesebuah blog terutama blog baru untuk menerima trafik memang nyata. Walaupun terdapat lebih daripada 20 cara dan sumber sesebuah blog itu menerima trafik, namun bukan semua blogger Malaysia dapat atau berupaya memanfaatkannya.

Trafik ke blog boleh dijana menerusi kaedah memikat, memaksa, persefahaman dan juga semulajadi.
Panduan menulis blog OHBlogger Blogspot Malaysia

Dan saya melihat ramai blogger lama yang berjaya terima trafik ke blog peroleh trafik ke blog mereka menerusi 4 sumber utama berikut:

4 Sumber Trafik Utama Blogger Lama

  1. Media Sosial - Facebook, Twitter, Instagram dan juga Google+
  2. Enjin Carian - Penggunaan kata kunci, tajuk sensasi dengan penerapan cirian SEO (Search Engine Optimization).
  3. Bloglist - Ramai blogger lama menjana trafik ke blog disebabkan blog mereka disenaraikan dalam bloglist blogger lain.
  4. Laman Web Ping Blog Agregator - Pingje, Kartikel, Busuk, Ohbelog, Apesal dan banyak lagi.

Dengan 4 sumber utama tersebut, blogger lama guna kaedah tajuk entri yang memikat. Pengguna laman web dengan sekali pandang terasa teruja dan secara semulajadi klik pada setiap tajuk yang diterbitkan.

Saya pernah terbitkan satu entri sebelum ini untuk bagaimana umpan pengunjung ke blog menerusi laman sosial - 3 Teknik Umpan Pengunjung dari Laman Sosial.

Dan saya juga pernah kongsikan pengalaman dan pengetahuan saya mengenai penggunaan kata kunci yang boleh memikat samada manusia mahupun robot carian - menerusi Seni On Page SEO.

Sebenarnya banyak tips dan panduan yang telah diterbitkan dan dikongsikan, bukan sahaja oleh saya tetapi ramai blogger hebat dalam dunia blog Malaysia ini. Terserah pada diri nak gunapakai dan adaptasi menerusi blog yang kita miliki.

Guna 4 sumber trafik yang saya katakan tadi. Cuba cari ilmu mengenai kaedah terbaik untuk peroleh trafik ke blog dari sumber tersebut, in Sha Allah ... anda boleh lakukan.


9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Terima kasih atas info..sy bloger baru nak belajar berblog.

    BalasPadam
  2. tq atas perkongsian.. done follow sini.. ;)

    BalasPadam
  3. haa..entri yang sangat bermanfaat untuk saya.. tq tuan. :)

    BalasPadam
  4. salam jumaat..terima kasih berkongsi tip2 yg bagus ni..antara 4 senarai kt atas tu,yg no 1 sekali..m3h x buat,m3h x share ke fb atau twitter

    BalasPadam
  5. Terima kasih Bro ...panduan yang berguna untuk blogger baru nak blajar mcm saya...

    x0x0 ^_^

    BalasPadam
  6. good info...ada yang saya praktikkan ke dalam blog........

    BalasPadam
  7. setuju entri ini ..thanks sharing HH

    BalasPadam
  8. 1,3 dan 4 menjadi pilihan..
    nom 2 tu still dalam pembelajaran..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement