Canggih mana sekalipun sesebuah telefon pintar itu, semuanya dihidupkan dek kerana satu bateri. Jika bateri ini tidak elok, lantaklah guna iPhone 5 ke, Samsung S4 ke, Sony Ultra Z ke, LG Optimus ke .. semua tu tak ada hebat manapun. Andai bateri tidak cukup cekap, orang lain pakai telefon tak berapa pintar boleh tahan cakap lama-lama; lebih tahan nyawanya daripada telefon yang dikatakan pintar itu.
8 Tips Penjagaan Bateri Telefon Pintar
Pengecasan Buat Kali Pertama
Apabila anda membeli telefon pintar baru, proses pengecasan bateri adalah perkara paling utama dan pertama sekali perlu dilakukan. Sebaik sahaja anda keluarkan telefon canggih dari plastik dan kotak, anda perlu mengecas bateri sehingga semua sel bateri dihidup dan diaktifkan. Lakukan pengecasan pertama kali dalam tempoh yang telah disyorkan dalam buku manual yang disediakan.Pengecasan bateri selama 8 jam adalah diperlukan untuk telefon model lama yang menggunakan bateri jenis Ni-Mh atau Ni-Cd, dan bateri jenis Lithium tempoh pengecasan pertama adalah selama 3 jam. Kebanyakkan telefon pintar menggunakan bateri jenis Lithium.
Pengecasan Dilakukan Ketika Bateri Habis Guna
Bateri perlu dicas ketika ia sudah berada di tahap kritikal. Ada sebab sistem notifikasi amaran bateri digunakan dalam telefon pintar, ia adalah untuk ingatkan anda cas bateri telefon. Elakkan cas bateri telefon pintar ketika ia masih lagi boleh digunakan, ini adalah kerana untuk mengelakkan sel-sel dalam bateri kehilangan kekuatannya.Pengecasan Dilakukan Dengan Menutup Telefon
Tutup atau off telefon pintar anda ketika melakukan pengecasan. Jangan ganggu proses pengecasan bateri telefon dengan menghidupkannya kerana sel-sel bateri akan terganggu dengan aliran elektrik keluar masuk dan penggunaan tenaga.Cekap Guna Bateri
Anda sepatutnya sedar bahawa telefon pintar mempunyai kapasiti untuk memuatkan pelbagai aplikasi. Aplikasi-aplikasi ini pula memerlukan sumber tenaga berterusan, seperti wifi, bluetooth, notifikasi push-email, push sms dan sebagainya. Jika anda tidak menggunakan aplikasi-aplikasi tersebut secara berterusan, maka hendaklah anda padam fungsi atau tutup aplikasi tersebut bagi mengelakkan ia menggunakan lebih banyak tenaga dari bateri.[Promo] Nak beli bateri baru original? Boleh beli di Lazada, murah tapi originalAntara fungsi telefon pintar yang akan 'makan' bateri adalah seperti fungsi getaran, gps, tahap kecerahan bateri, tahap suara (volume), screen saver, wifi dan juga pencarian signal telekomunikasi.
Elak Terlebih Cas
Setiap telefon pintar, apabila proses pengecasan telah tamat, ia akan berikan notifikasi untuk tutup suis dan mencabut palam pengecasan. Jangan ambil sikap tidak peduli. Apabila telah lengkap proses pengecasan, sila tutup aliran elektrik dan cabut palam cas dari telefon pintar anda. Untuk lebih selamat, tutup fungsi pengecasan sebelum ia sampai ke tahap 100 peratus pengecasan.Jika tidak, anda sebenarnya memberikan over-charging pada bateri dan ia akan membunuh secara senyap sel-sel aktif di dalam bateri. Elakkan mengecas bateri ketika anda ingin masuk tidur - penting kerana ramai yang buat cara ini untuk cas bateri telefon pintar mereka.
Elak Guna Telefon Ketika Bergerak
Tenaga bateri akan lebih banyak digunakan ketika anda menggunakan telefon pintar anda dalam keadaan bergerak. Adalah lebih baik jika hendak menggunakan telefon pintar, anda berada di dalam keadaan statik. Contohnya ketika dalam perjalanan atau memandu, berhenti dahulu dan barulah guna telefon anda.Hanya Guna Pengecas Original
Hanya pengecas original yang tahu had aliran arus yang sepatutnya untuk bateri anda. Penggunaan sebarangan pengecas akan membuatkan bateri cepat haus dan memori dalam bateri mudah rosak kerana perbezaan aliran serta mode sesebuah pengecas bateri.Elak Pengecasan Dalam Kenderaan
Aliran elektrik dalam kereta adalah sangat tidak stabil. Jangan cas bateri telefon pintar anda menggunakan pengecas mobiliti untuk kenderaan menggunakan port 'pemetik api'. Buat pengecasan di tempat sepatutnya. Jika dalam perjalanan dan telefon pintar habis bateri, sila cas di kawasan berhenti rehat dan rawat (RnR), malah ada kawasan disediakan perkhidmatan pengecasan bateri ini.Sehebat mana sekalipun sebuah telefon pintar, ia masih lagi memerlukan manusia untuk memastikan ia hidup dalam kepintarannya. Maka kawan-kawan, jangan malas untuk ambil kisah mengenai tip penjagaan bateri telefon pintar anda. Andai mahu ia tahan lama, maka pastikan baterinya terjaga untuk membolehkan ia tahan lama, supaya nilai wang yang anda laburkan tidaklah nanti jadi satu sia-sia ehh ....
Selamat mencuba.